Eksplorasi Dakwah ke Kuala Koyan, Pahang

2008 at 10.10 am03 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Tazkirah Rohani, Tips Komunikasi | 4 Comments

Sudah seminggu tidak menjenguk blog sendiri, 7 hari saya bersama dengan pegawai JAKIM dan 70 pelajar Jabatan Dakwah & Kepimpinan UKM ke Perkampungan Orang Asli Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang untuk program Dakwah Semarakkan Budi.

500 penduduk di kampung tersebut namun hanya 4 orang sahaja yang sudah memeluk Islam dan selebihnya tidak beragama. Ekplorasi dakwah kali ini agak mencabar dari segi logistik kampung tersebut yang jauh dari pekan, kekurangan air, terpaksa menggunakan perkhidmatan Jabatan Bekalan Air (TQ banyak2) dan masalah komunikasi bahasa.

Walaupun selama 7 hari ini, belum ada yang mengucap syahadah namun saya berpuas hati kerana sekurang-kurangnya meninggalkan kesan positif terhadap penerimaan Islam dengan kaedah dan akhlak yang dipamerkan oleh semua peserta program.

dsc01053

Perjalanan masuk kampung

dsc01081

bersama bro. Ameng

dsc01064

Upacara Sewang

dsc01073

Gotong Royong di Kaw Sekolah

Apa yang saya belajar ialah kita dan mereka sama sahaja. Carilah persamaan. Tiada yang mulia dan tinggi darjatnya, semuanya makhluk Allah. Namun yang membezakan kita ialah TAQWA. Taqwa datang dari Islam. Jesteru, apabila berdakwah turunkanlah “level” anda dan wujudkan persamaan antara anda dan mereka. Persamaan itu akan wujudkan kemesraan.

Wahai Umat Manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu dari berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (Beramah mesra antara satu sama lain), Sesungguhnya orang yang paling mulia disi Allah adalah orang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mendalam tafsirannya. (Surah Al-Hujurat -13)

Yang ke-2 ialah utamakan menunjukkan akhlak dan nilai-nilai Islam yang sebenar dan bukannya “syarahan perdana” apabila naik ke rumah mereka. Mempamerkan tingkah laku baik menjadi tarikan kuat untuk orang bukan Islam tertarik kepada Islam.

dsc01092

;-)

Banyak yang saya belajar dengan Penggerak Orang Asli yang turun dari daerah berdekatan. Terima Kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Dr Ghafar, Dr Zulkifli, Dr Badlihisham,Ust Anuar (UKM) dan palajar UKM. Semoga usaha ini dinilai oleh Allah sebagai amal dakwah Islam.

Berkongsi Bersama PPU UIAM

2008 at 10.10 pm03 | In Peristiwa, Tips Komunikasi | Leave a Comment

Minggu ini saya ke UIAM Gombak atas jemputan dalam Bengkel Pengurusan Organisasi oleh Persatuan Pendidik Ummah UIAM iaitu sebuah persatuan Pelajar Diploma Pendidikan DPLI. Saya hadir untuk mengisi slot perkongsian pengalaman atas tajuk Pengurusan Oraganisasi yang berkesan. Terima kasih kepada Ustaz Nik Hakimi Nik Mustapha (Sahabat sejati) atas jemputan.

Yang menariknya mereka ini semuanya sudah berpengalaman dalam aktiviti berpersatuan dari IPT dalam dan luar negara. Jesteru, saya tidak mengajar Teori Ilmu Pengurusan namun lebih kepada perkongsian pengalaman dan maklumat. Secara santai dan 2 way communication dan Alhamdulillah ianya lebih berkesan dan praktikal.

Selamat Maju Jaya PPU UIAM !!!

dsc01023

Foto 1

dsc01018

Peserta berkongsi pandangan

dsc01019

Bakal-Bakal Ustazah

dsc01025

Terima cenderahati dari Pengerusi PPU

Ceramah bersama Pendakwah Muda Malaysia

2008 at 10.10 pm02 | In Peristiwa, Tazkirah Rohani, Tips Komunikasi | Leave a Comment

Hari jumaat yang lalu saya bersama dengan 60 orang ahli-ahli baru Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) dalam program perkaderan generasi kedua ahli SPMM. Saya hadir untuk menyampaikan ceramah bertajuk Membina Karektor Pendawah Muda khususnya dalam berdakwah di dalam kampus. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Yunus (Pensyarah Uniten) yang menaja sebuah Tafsir Quran untuk saya hadiahkan kepada penonton dalam aktiviti magnet komunikasi. Tahniah buat saudara Syafiq.

Saya difahamkan program 4 hari ini disusun dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik antaranya ceramah dari En Lim (MACMA), Penceramah dari Saba Islamic Media dan mereka ini juga akan turun padang membuat praktikal Dakwah Bil Hal di KLCC, Sogo, MidValley.  Sangat menarik.

dsc00678

Foto 1

dsc00682

Foto 2

dsc00683

Foto 3

Saya banyak berkongsi dengan mereka tentang membina personaliti seorang Daie. Membedah sirah Rasulullah s.a.w berdakwah dengan cara yang penuh hikmah dan berjaya menambat hati ramai orang mengikut ajaran Islam. Salah satunya ialah Rasulullah tidak memilih “bulu” atau pilih kasih dalam berdakwah. Lihat sahajalah pengikut-pengikut Rasulullah datang dari pelbagai latarbelakang dan kaum.

Saidina Abu Bakar – Bangsa Arab, Bilal Bin Rabah – Bangsa Negro,  Saidina Ali – Kalangan Kanak-Kanak, Saidatina Khadijah – Kaum Wanita, Saidina Uthman – Golongan Hartawan, Ammar bin Yasir – Golongan Miskin dan ramai lagi.

Lantas, kita dapat fahami bahawa soal memberi Hidayah adalah kerja Allah dan DIA yang Maha mengetahui dan kita hanyalah perantaraan dan berdakwah kepada semua manusia tanpa memilih kepentingan.Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad iaitu Bapa saudaranya sangat kasih dan sayang kepada Nabi. mempertahankan Nabi sehingga ke akhir hayatnya agar Nabi di lindungi namun Bapa Saudaranya tidak juga mendapat Hidayah untuk mengikut ajaran Islam.

Firman Allah : Serulah kepada jalan TuhanMU dengan hikmah bijaksana yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNYa dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang akan mendapat petunjuk (AnNahl 125)

Seni dalam pembentangan / Ucapan – Menyusun Maklumat & Idea

2008 at 10.10 pm10 | In Motivasi Diri, Tips Komunikasi | 1 Comment

Gambar hiasan

Ada ketikanya audience bosan mendangar ucapan dan pembentangan daripada pembentang. Apa yang terjadi? mulalah mereka berbual kosong, gosip-gosip penceramah, melukis gambar dragon ball dan teringatkan intisari rancangan Tv. Puncanya bukan sahaja kerana cara penyampaian penceramah tetapi juga masalah menyusun dan mempersembahkan idea serta bahan-bahan maklumat anda. Bagaimanakah caranya untuk menyusun bahan-bahan dan maklumat pembentangan? Cuba yang ini :-

1. Memilih point penting pembentangan

Jangan iarkan audience anda terpinga-pinga mencari dan mencerap point-point anda tetapi bantulah mereka dengan membuat kata kunci setiap apa yang anda ingin maksudkan. Ia mestilah ringkas, tepat dan padat.

2. Mengaitkan kata kunci dan idea utama

Setelah memilih kata kunci yang penting, anda haruslah cuba mengaitkan idea utama di dalam pembentangan supaya pembentangan ini mencapai tujuannya. Untuk ini, anda haruslah menyenaraikan semua idea yang datang dari minda supaya tiada maklumat yang tercicir. Pilih yang penting dan berkesan.

3. Memudahkan pembentangan

Pendengar tidak akan mampu untuk mengingati semua point-point penting yang anda sampaikan. Justeru, jadikan pembentangan anda mudah difahami dengan menerangkan konsep-konsep yang sukar difahami dengan jelas. Untuk lebih mudah, sediakan nota ringkas untuk tatapan audien.

4. Adakan sub-topik

Apakah yang dimaksudkan dengan sub-topik? Sub topik adalah tajuk-tajuk kecil dibawah tajuk utama yang akan dibincangkan nanti. Sub topik akan memudahkan pendengar memahami anda dan juga memudahkan penerangan anda mengikut tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.

5. Menggunakan peta minda, carta dsb.

Untuk menambahkan pemahaman audien dan penerangan anda sendiri, penggunaan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya amatlah digalakkan memandangkan pendengar akan lebih tertarik untuk menumpukan perhatian terhadap pembentangan yang disertai dengan visual atau audio.

6. Menggunakan power point

Gunakan power point sekiranya terdapat kemudahan ini di tempat anda. Sebagai contoh sekiranya pembentangan dilakukan di sekolah ataupun di universiti, kemudahan ini akan disediakan. Justeru adalah lebih mudah sekiranya anda menggunakan power point ketika pembentangan kerana ia merupakan satu cara yang amat sesuai dan dapat membuatkan anda menyampaikan mesej anda dengan lebih jelas serta dapat memberikan pendengar input yang dapat dibawa pulang setelah selesai pembentangan.

Email Pilihan : Komunikasi dengan Pensyarah

2008 at 10.10 pm10 | In Motivasi Diri, Tips Komunikasi | 4 Comments

From : Nurul_pinky87, saya pelajar baru di sebuah IPT lembah kelang dan mengikuti kursus pendidikan. Dah 2 semester saya di IPT tapi saya agak pemalu dan takut untuk bercakap dengan pensyarah. Nampak saja pensyarah terus mengelak. Ada ape2 panduan tak macam mana saya nak buat.

Gambar hiasan

Terima kasih Nurul, saya mungkin boleh berkongsi sedikit sebanyak tips berdasarkan pengalaman saya di kampus juga. Mungkin ini boleh membantu, jika tidak dapat buat semua jangan tinggal semua. Baik, Hubungan pelajar dengan Pensyarah sangat mustahak dan interaksi keduanya akan membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Komunikasi dengan Pesyarah bukan sahaja terhad didalam bilik kulaih tetapi juga melibatkan komunikasi di luar bilik kuliah. Adakah pensyarah tidak bersikap “mesra alam” menyebabkan para pelajar takut berjumpa di pejabat atau pelajar yang tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan pensyarahnya di dalam bilik kuliah dan diluar bilik kuliah. Berikut beberapa tips untuk berkomunikasi dengan pensyarah dengan berkesan dan akrab :-

1. Kenalpasti pangkat & gelaran jawatan Pensyarah. Dunia akademik IPT akan memberi pengiktirafan dan gelaran pangkat kepada pensyarah atas perkhidmatannya dan sumbangannya. Terdapat beberapa gelaran jawatan kepada Pensyarah di IPT seperti Professor, Professor Madya, Doktor, Ustaz, Encik dan sebaganya. Selain daripada itu, terdapat juga para pensyarah yang mempunyai gelaran tertentu seperti Dato’, Dato’ Seri, datin, Datin Seri dan lain-lain. Jesteru, anda perlu kenalpasti dan mengenali para pensyarah anda sama dia seorang Professor atau Doktor dan sebagainya. Jika beliau tidak mempunyai apa-apa gelaran jawatan maka pangillah dengan panggilan Encik, Puan, Tuan Haji, Ustaz atau Ustazah.

Walaupun serapat manapun anda dengan pensyarah anda tetapi rasa hormat kepadanya sangat perlu dan salah satu daripadanya ialah memanggil dengan panggilan yang betul.

2. Tunjukkan hormat dan penghargaan. Sikap merendah diri dan menghormati pensyarah adalah elemen penting dalam mengekalkan hubungan intim dengan tenaga pengajar. Sebagai contoh “Terima kasih Dr. kerana membantu saya atau Terima Kasih Puan untuk kuliah hari ini”.

Gambar Hiasan

3. Fahami gaya kerja pensyarah anda. Setiap pensyarah atau tenaga pengajar mempunyai gaya kerja yang berbeza-beza seperti mudah bertolak ansur dalam urusan pemberian markah, “pantang” apabila pelajar ponteng kelas, sangat serius dalam kerjanya dan sebagainya. Sebagai contoh pensyarah anda sangat mengambil berat tentang kehadiran dan “pantang” jika ada pelajar ponteng atau datang lewat. Jesteru, anda perlulah datang awal ke kelasnya dan jangan sesekali untuk ponteng kerana mengundang persepsi buruk kepada diri anda. Binalah keserasian antara diri anda dan pensyarah.

4. Serlahkan kesungguhan anda. Kesungguhan dapat diserlahkan melalui komunikasi lisan (berkata-kata) mahupun komunikasi bahasa tubuh. Sikap responsif terhadap apa jua arahan serta saranan daripada pensyarah dibuat secara bersungguh-sungguh.

5. Pensyarah sebagai mentor. Anda boleh memilih mana-mana pensyarah yang anda mudah berkomunikasi dengannya dan banyak memberi motivasi kepada anda sebagai mentor peribadi.

6. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Hubungan komunikasi anda dengan pensyarah perlu dibatasi dan tidak berlebih-lebih. Mereka juga mempunyai hal-hal peribadi dan kerja yang perlu diselesaikan setiap hari.  Namun, anda juga jangan sesekali melakukkan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh pensyarah anda seperti berbohong, meniru ketika peperiksaan, menciplak kerja khusus orang lain, menjadi batu api atau mengadu domba.

Anda tidak perlu menyibuk untuk menjadi Personal Assistant (PA) kepada setiap pensyarah anda dan ia membuang masa sahaja..

Petua komunikasi dari Pakar Pidato

2008 at 10.10 pm10 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | 6 Comments

Semakin banyak kita berlatih, kita akan semakin tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu serta apa yang tidak boleh dilakukan semasa berucap. (Daud Mat Din)

Daud bersama Tun Mahathir

Mohd Daud bin Mat Din satu nama yang tidak asing lagi bagi penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan peminat-peminat aktiviti pengucapan awam diseluruh Negara. Beliau sering diangkat menjadi ikon remaja hasil daripada kejayaan dalam bidang pengucapan awam dan kehebatan memukau semua penonton yang menyaksikan ucapan beliau di pentas.

Graduan jurusan Undang-undang ini dilahirkan di negeri Kedah darul Aman dan sangat aktif melibatkan diri dalam bidang pengucapan awam. Saya juga pernah beberapa kali berdebat dengan beliau dalam banyak pertandingan Debat intervarsiti . Fuh penat berlawan hujah dengan beliau :-)

Oleh sebab itu Mohd Daud telah menerima banyak anugerah dan pencapaian yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pendebat Universiti sebelum ini. Beliau telah dipilih sebagai Wakil Belia Malaysia ke Komanwel dan Wakil Belia Malaysia ke Regional Youth Caucus (Asia) dari tahun 2006 sehingga 2008. Selain itu antara kejayaan-kejayaan yang pernah dilakarkan oleh Mohd daud ialah Naib Johan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2007, Johan Debat Perdana Majlis Peguam pada tahun 2003, 2005 & 2006, Johan Debat Diraja Kategori Utama 2007, Johan Debat Alam Sekitar tiga tahun berturut-turut 2005,2006,2007, Johan Pidato Kemerdekaan IPT 2006 dan boleh dikatakan setiap pertandingan debat atau pidato yang pernah dianjurkan untuk pelajar IPT semuanya pernah dimenanginya. MasyaAllah, kelebihan yang tidak disia-siakan.

Apa rahsia pemuda berwibawa ini.

Kata beliau , Ini adalah anugerah dari Allah. tapi sebagai manusia perkara yang paling penting adalah perlu sentiasa mengenali dan mengasah bakat yang diberi. Bukan senang untuk sampi ketahap ini, apa yang saya lakukan selama ini adalah hasil dari latihan dan usaha yang berulang-ulang. semakin banyak berlatih, kita akan semakin tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dan tidak boleh dilakukan  semasa berucap. Lihat, apa yang dilakukan oleh Mohd Daud untuk sampai ke tahap ini, beliau latih, latih, latih dan terus latih.

Apabila anda membuat banyak latihan anda, ia akan menjadikan anda mahir. Apabila sudah mahir, anda akan menjadi cekap. Begitu juga dalam berkomunikasi, anda tidak boleh dapat menjadi seorang best speaker atau best communicator dalam masa sehari latihan tetapi perlu dengan latihan yang berulang-ulang.

Tambah Mohd Daud, beliau juga sering membuat latihan menerusi rakaman video yang dirakam oleh teman-teman ketika beliau berdebat. Latihan menerusi visual ini akan membantu beliau menganalisa dan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan lantas menceri jalan untuk mengatasi kesilapan tadi. Jadi, jika anda berhasrat untuk menjadi seperti Mohd Daud lakukan latihan berulang-ulang dan istiqamah.

Ceramah di Kolej Kediaman USIM

2008 at 10.10 am09 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Tips Komunikasi | 1 Comment

Ceramah di dalam Surau Kolej

Hari ahad yang lalu saya di jemput oleh Jawatankuasa Kebajikan Kolej Kediaman (JAKSA) Nilam Court, USIM untuk memberi ceramah untuk pelajar-pelajar yang terlibat dalam program Smart Group anjuran JAKSA tersebut. Program Smart Group ini menghimpunkan bakal-bakal pemimpin wanita untuk dilatih menjadi pemimpin di Kolej ini. Diwaktu bulan puasa pun namun mereka sangat bersemangat mendengar ceramah saya. TAHNIAH & SYUKRAN buat Cik Faedzah, Raudhah kerana menjemput.

Apa yang saya kongsi bersama mereka dalam slot ini ? Saya telah cuba menjawab Siapakah Pemimpin? Bagaimana menjadi Pemimpin? Kenapa perlu memimpin? Siapa yang perlu dipimpin? Mengapa perlu ada pemimpin ? Sedikit saya selitkan asas-asas pengurusan organiasasi.

Hampir 2 jam ceramah saya berlangsung dan aktiviti-aktiviti praktikal yang saya lakukan kepada mereka untuk lebih faham konsep kepimpinan. ternyata sekali mereka sangat berpotensi besar untuk menjadi pemimpin wanita terbaik, Insyaallah. TAHNIAH kepada 6 orang siswi yang berjaya menang dalam aktiviti “percayakan aku” yang dilakukan. Bukan main gembira mereka :-)

Mencari mangsa untuk menjawab soalan :-)

apa yang ditulis yer

Saya berkongsi dengan mereka tentang KUASA PENGARUH. Pemimpin yang baik mempunyai PENGARUH yang sangat besar. Kata-katanya sering menjadi motivasi dan rangsangan buat pengikut-pengikutnya. Apabila tiada terasa kehilanganya dan apabila ada terasa meriah suasananya. Pemimpin yang sangat mempunyai kuasa pengaruh yang tiada tandinganya ialah Nabi Muhammad S.A.W. Bahkan ini juga diakui oleh barat dalam buku yang ditulis oleh Micheal H.Hart dalam bukunya 100 orang paling berpengaruh sepanjang zaman.

Orang yang pertama disusunnya ialah Muhammad bin Abdullah. Kuasa pengaruh Nabi membuatkan ramai orang terpesona dengan gaya kepimpinan nabi dan akhirnya berminat mengikut Islam. Apa yang Nabi gunakan untuk mencipta Pengaruh yang besar ini? Apakah kaedah yang Nabi gunakan sehingga pengaruh Nabi menjelajah ke pelusuk dunia dan dihargai sepanjang zaman?

Sebelum Kuasa Pengaruh Nabi menyinar, Nabi telah menunjukkan akhlak dan tauladan yang sangat terpuji lantas mencipta pengaruh beliau. Sifat Jujur, Amanah, bercakap benar, bertanggungjwab, bijaksana, kemas dalam berpakaian, hidup bermasyarakat, berbudi pekerti mulia dan telah berlaku banyak kisah sebelum kerasulan Nabi yang membuktikan akhlak terpuji ini.

Lantas, apa yang dapat saya simpulkan bahawa Pengaruh Nabi bermula dengan menonjolkan akhlak dan gaya kepimpinan yang berkesan (Peristiwa Batu Hajarul Aswad, berniaga dengan Saidatina Khadijah, pengembala kambing zaman remajanya, menjadi tempat simpanan harta penduduk Makkah DLL)sebelum Nabi mempunyai pengaruh yang luar biasa. Selepas itu barulah nabi diangkat menjadi Pemimpin teragung.

AKHLAK & KEMAHIRAN membina PENGARUH mencipta PEMIMPIN HEBAT .!

Ada apa dengan Ms Sophie Hogerzeil

2008 at 10.10 pm08 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tips Komunikasi | 1 Comment

Memimpin badan tertinggi pelajar di sebuah Universiti 15 terbaik didunia bukanlah perkara yang mudah. Namun, itulah tanggungjawab yang perlu digalas oleh Presiden of Lieden Students Council iaitu Ms Sophie Hogerzeil dan merupakan pelajar tahun 3 dalam jurusan kesenian di University of Lieden, Belanda. Baru berusia 19 tahun namun sudah menggalas tugas besar sebagai pemimpin pelajar disini.

Ini cerita kembara tahun lalu (2007) tetapi saya baru menulis pengalaman ini. Ketika itu, saya pertama kali mendengar beliau berucap semasa dalam sesi dialog pemimpin pelajar University of Leiden dan pemimpin pelajar Malaysia amat teruja saya dibuatnya. Apa tidaknya, kehebatan beliau menyampaikan ucapan dan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya telah menambat hati semua pendengar. Tidak hairanlah beliau menang besar dalam pemilihan sebagai seorang Presiden pelajar.

Selepas selesai sesi dialog, saya telah berpeluang untuk berbual sambil menikmati hidangan tengahari iaitu minuman oren jus dan sebiji epal. Sempat juga saya belajar beberapa perkataan bahasa Belanda dari beliau. Dalam kerancakkan perbualan kami, saya bertanyakan kepada beliau apakah cabaran kepada beliau sebagai seorang Presiden pelajar seorang wanita, masih muda dan berhadapan dengan karenah pelajar dari pelbagai negara. Kata Sophie, bina hubungan baik dengan semua orang. Anggaplah mereka semua rakan baik anda.

Saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Presiden pelajar tetapi saya jadikan diri saya sebahagian dari mereka. Apa yang saya lakukan ialah Student Council pimpinan saya tidak akan membuat sebarang program. Program hanya dilakukan oleh Kelab dan persatuan yang ada disini. Kami hanya memberi sokongan. Jadi apa yang kamu lakukan?

Katanya, Saya dan rakan-rakan hanya bertindak sebagai penasihat dan penghubung di antara pelajar dan pentadbiran. Tugas saya hanya menumpukan kepada mesyuarat dengan pentadbir dan perkara-perkara dasar Universiti yang berkait dengan pelajar. Itu sahaja.

Mungkin ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari pemimpin wanita ini iaitu membina hubungan baik dengan semua orang dan menumpukan kepada tugas asasi sahaja.

Komunikasi berkesan dalam Minggu Taaruf

2008 at 10.10 am07 | In Tips Komunikasi | 1 Comment

Indahnya ikatan sebuah Pertemuan

Minggu ini, pelajar baru “Penggilan Kedua” akan mendaftarkan diri dan bermula episod Minggu Taaruf bagi sebilangan pelajar ini. Minggu ini juga diadakan Minggu Taaruf peringkat fakulti dan anda akan bertemu dengan ramai kenalan baru sekuliah dengan anda. Sepanjang Minggu ini juga setiap pelajar akan mula berbual-bual, bertanya khabar dan beramah mesra sesama rakan-rakan baru lantas mula bertanya tentang latarbelakang masing-masing. Namun, ramai daripada para pelajar yang “takut-takut” dan kekok untuk memulakan perbualan. Apa yang saya perlu lakukan ?

1. Memberi Salam & Bertanya Khabar. Mulakan komunikasi anda dengan memberi salam sebagai tanda anda ingin berkomunikasi dengannya seperti Assalamualaikum, Selamat pagi, Hai atau Hello. Sapaan yang mesra seperti ini akan menarik individu lain berkeinginan untuk berbual dengan anda. Mulakan perbualan anda itu dengan bertanya khabar dan soalan-soalan yang ringkas terlebih dahulu.

2. Lemparkan senyuman manis anda. Orang yang mudah melemparkan senyuman selalunya mempunyai ramai kawan berbanding dengan mereka yang asyik berkerut dahi, masam sepanjang masa. Anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun dari dompet anda untuk mengukir senyuman dan hanya berbekalkan dengan aset di wajah anda sahaja.

3. Berjabat tangan tanda pengikat. Adab berjabat tangan sangat digalakkan sebagai tanda perhubungan atau perkenalan antara 2 insan. Sebagai contoh masyarakat arab mempunyai budaya tersendiri iaitu berjabat tangan dan saling berpelukan antara sesama rakan satu jantina sebagai tanda keakraban persahabatan.

4. Kenalkan nama anda. Selepas anda memberi salam atau berjabat tangan sebaiknya anda memperkenalkan diri terlebih dahulu anda kepada kenalan baru anda itu agar perbualan seterusnya akan menjadi mudah. Sebagai contoh, ” Saya Husni Zaim, boleh saya tahu nama kamu” atau ” Saya Siti Nazhirah dan kamu pula ? “.

5. Gunakan Kata ganti nama yang betul. Kata ganti diri bagi semua negeri di Malaysia sangat berbeza diantara satu sama lain. Sebagai contoh kalau di utara memanggil “hang”, di pantai timur memanggil “demo, mu,”, negeri-negeri di sebelah selatan memanggil “engkau” dan negeri di kepulauan borneo memanggil “ko”. Longat bahasa seperti ini sering digunakan di kampus dan perlu berhati-hati menggunakannya diawal perbualan ketika di Minggu Suai kenal. Wujud keadaan ketidakselesaan bagi sesetengah orang yang tidak biasa menggunakannya seperti orang johor menganggap panggilan “hang” terlalu kasar namun bagi orang di sebelah utara mengaggap panggilan ini adalah perkara biasa dan tidak keterlaluan. Begitulah jua keadaannya bagi negeri-negeri yang lain.

6. Buang sikap “kenegerian” atau berpuak-puak. Hapuskan budaya berpuak-puak, asabiyah dan “memilih bulu” dalam berkenalan. Luaskan empayar persahabatan seluas yang mungkin dalam Minggu Suai kenal ini.

7. Akhiri pertemuan anda dengan kegembiraan. Sebagai contoh “saya sangat gembira bertemu dengan kamu”, “semoga kita bertemu lagi di lain waktu”, “saya seronok dapat berkenalan dengan kamu” atau “jumpa lagi”.

Saya ditimpa BENCANA di Cheras Jaya

2008 at 10.10 am06 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Tips Komunikasi | 4 Comments

Semalam (27 Jun 2008) saya berkesempatan dengan izin Allah untuk berceramah di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya untuk Kem Solat Bestari sekolah tersebut. Slot saya adalah pengisian Slot Bisikan Nurani (Muhasabah Diri) . Saya sampai ke sekolah tersebut lebih awal, bimbang sesat lagi tambahan pula saya belum pernah sampai ke kawasan tersebut. Selepas selesai solat Isyak, saya dijemput untuk minum terlebih dahulu sebelum memulakan ceramah sambil Ustaz Roslan (Guru Sekolah tersebut) membuat persiapan LCD, Laptop dan sebagainya.

Tungu punya tungu di bilik jamuan sambil berbual dengan beberapa orang guru tentang NGV kereta, saya belum dipanggil untuk menyampaikan ceramah yang sepatutnya bermula jam 9 mlm. Jam ditangan saya menunjukkan 9.50mlm. Apa yang berlaku ? Datang seorang guru memberitahu saya bahawa LCD gagal berfungsi walaupun sudah 3 kali menukar Laptop. Apa ? hati saya mula gelabah namun tetap tenang (Control macho). Ini sudah BENCANA bagi saya.

1. Semua isi penting ceramah saya ada di dalam Pendrive

2. Hampir 3 jam sebelum datang ceramah saya menyiapkan Slide Power Point termasuk gmbar dan video-video menarik untuk slot tersebut.

3. Saya juga telah siapkan video bisikan nurani (Video Maker) khusus untuk slot ini sarat dengan instrumen muzik dan video yang saya upload dari internet. Berceramah untuk pelajar-pelajar sekolah Rendah khususnya perlukan semua ini agar mereka tidak boring dan bermain ketika mendengar ceramah (Strategi menarik minat Audience).

Secara jujurnya saya bergantung sepenuhnya kepada Slide tersebut. Tapi berlaku tidak seperti yang dirancang. Jam menunjukkan 10.00 mlm saya memberitahu Ustaz Roslan bahawa kita teruskan program tanpa alat bantuan LCD, saya ceramah seperti biasa. Saya mulakan ceramah saya dengan BERSEMANGAT, YAKIN, MELUPAKAN MASALAH tadi dan BERTENAGA. Apa yang dapat saya pelajari ialah :-

1. Tidak semua yang dirancang akan berjalan lancar (Belajar mengharunginya).

2. Sentiasa bersedia dengan bahan “Backup” khususnya dalam keadaan seperti ini.

3. Jangan menghampakan penganjur, teruskan berceramah dengan penuh bersemangat, yakin dan bertenaga.

Alhamdulillah saya berjaya juga menjayakan program malam tersebut dengan baik. Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Ustaz Roslan, Ustaz Rosli, Ustazah Afnizah.

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.