Hadiah Buat Pengantin Baru

2008 at 10.10 pm06 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tazkirah Rohani | 2 Comments

Entri ini lewat sedikit masuk namun saya tetap ingin dedikasikan khas buat sahabat-sahabat saya. Cuti sekolah yang lalu saya mengisi hari minggu saya dengan berkunjung ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat saya. Terima kasih kerana mengundang dan maaf juga kepada sahabat-sahabat yang menjemput namun tidak berkesempatan untuk hadir. Walaubagaimanapun, saya ucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru.

Dedikasi Khas Selamat pengantin Baru buat :-

1. Ustaz Hafiz Badaruzzaman dan Ustazah Nabilah

2. Ustaz Hanif Zakaria dan Cikgu Nana

3. Ustaz Asrul dan Ustazah Salma

4. Wan Siti Khadijah dan pasangan

5. Nor Faizah dan pasangan

6. Ustazah Railah Akal dan pasangan serta sahabat-sahabat yang lain yang saya mengetahui berita gembira ini namun belum sampai kad jemputannya.;-)

Apa yang saya hadiahkan kepada mereka? Peti Ais ? Kereta Toyota Cambry? Gelas Kaca? bukan jua tetapi hadiah keperluan pasangan dan sebuah buku istimewa “Hadiah Buat pengatin”. buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.

phpThumb_generated_thumbnailjpg

Hadiah

Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan.

Semoga nashkah kecil ini mengabadikan hadiah saya dalam doa mereka. Amin Ya Rabb.

Ya Allah Tuhan Kami, kurniakan kami isteri-isteri dan keturunan kami yang baik dan mengembirakan hati melihatnya. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.Amin

Madah Hiasan Mukmin

2008 at 10.10 pm06 | In Tazkirah Rohani | 2 Comments

Dalam sujud

Tuhan, Engkau Maha Besar,

Jauhkan aku dari segala salah

Seperti Engkau jauhkan timur dan barat

Bersihkan aku dari kesalahan

Seperti pakaian putih bersih dari kotoran

Cucilah segala salahku dengan air,salju dan embun.

Engkau Maha Suci

Dengan memujiMu aku mohon ampun

Semoga Engkau mendengar orang yang memuji

Ampunilah

Kasihanilah

cukupilah

Tunjukilah

Curahkanlah rezeki untukku.

Tuhan, aku berlindung kepadaMu

Dari siksa jahanam dan kubur

Dari fitnah hidup dan mati

Dari fitnah pengembara yang dusta

Berbahagialah dengan rahmat dan berkat Allah Tuhan  yang Maha Pengasih.

Kata-kata ini saya ambil dari buku 40 Hiasan Mukmin : Jalan Mudah Menjadi Mukmin Sejati hasil karya Prof Dr H.Muhammad Chirzin. Ketika saya sedang membaca buku ini, saya temui kata-kata ini yang saya kira penuh falsafah keinsafan. Semoga kita mendapat manfaatnya. Insyallah saya bercadang untuk memasukkan kategori baru iaitu Duniaku Buku.Semoga istiqamah.

Eksplorasi Dakwah ke Kuala Koyan, Pahang

2008 at 10.10 am03 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Tazkirah Rohani, Tips Komunikasi | 4 Comments

Sudah seminggu tidak menjenguk blog sendiri, 7 hari saya bersama dengan pegawai JAKIM dan 70 pelajar Jabatan Dakwah & Kepimpinan UKM ke Perkampungan Orang Asli Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang untuk program Dakwah Semarakkan Budi.

500 penduduk di kampung tersebut namun hanya 4 orang sahaja yang sudah memeluk Islam dan selebihnya tidak beragama. Ekplorasi dakwah kali ini agak mencabar dari segi logistik kampung tersebut yang jauh dari pekan, kekurangan air, terpaksa menggunakan perkhidmatan Jabatan Bekalan Air (TQ banyak2) dan masalah komunikasi bahasa.

Walaupun selama 7 hari ini, belum ada yang mengucap syahadah namun saya berpuas hati kerana sekurang-kurangnya meninggalkan kesan positif terhadap penerimaan Islam dengan kaedah dan akhlak yang dipamerkan oleh semua peserta program.

dsc01053

Perjalanan masuk kampung

dsc01081

bersama bro. Ameng

dsc01064

Upacara Sewang

dsc01073

Gotong Royong di Kaw Sekolah

Apa yang saya belajar ialah kita dan mereka sama sahaja. Carilah persamaan. Tiada yang mulia dan tinggi darjatnya, semuanya makhluk Allah. Namun yang membezakan kita ialah TAQWA. Taqwa datang dari Islam. Jesteru, apabila berdakwah turunkanlah “level” anda dan wujudkan persamaan antara anda dan mereka. Persamaan itu akan wujudkan kemesraan.

Wahai Umat Manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu dari berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (Beramah mesra antara satu sama lain), Sesungguhnya orang yang paling mulia disi Allah adalah orang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mendalam tafsirannya. (Surah Al-Hujurat -13)

Yang ke-2 ialah utamakan menunjukkan akhlak dan nilai-nilai Islam yang sebenar dan bukannya “syarahan perdana” apabila naik ke rumah mereka. Mempamerkan tingkah laku baik menjadi tarikan kuat untuk orang bukan Islam tertarik kepada Islam.

dsc01092

;-)

Banyak yang saya belajar dengan Penggerak Orang Asli yang turun dari daerah berdekatan. Terima Kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Dr Ghafar, Dr Zulkifli, Dr Badlihisham,Ust Anuar (UKM) dan palajar UKM. Semoga usaha ini dinilai oleh Allah sebagai amal dakwah Islam.

Kisah 2 Sahabat : Apabila soalan tidak dijawab

2008 at 10.10 pm03 | In Motivasi Diri, Tazkirah Rohani | 1 Comment

Kisah 2 orang sahabat yang sudah bersahabat sejak dari kecil lagi. Mereka bermain bersama, bersekolah sama, bergurau senda seperti adik-beradik yang sangat rapat.

3332155697_6bbe9d6b63

Wahai teman

Namun, masa memisahkan mereka membawa haluan hidup masing-masing membina kehidupan sendiri. Tetapi masih lagi berhubung antara satu sama lain dan setiap kali mereka berjumpa atau berhubung ada soalan lazim yang akan ditanya. Soalan ini berubah-ubah mengikut peringkat umur mereka. Apakah yang ditanya antara mereka bertiga sejak kecil lagi?

Soalan Ketika umur mereka 13 tahun.

Soleh : Hafiz, sekolah dimana skrg ye ?

Hafiz :  ooooo, aku sekolah di SMKA Sultan Muhammad sekarang.

Soalan Ketika umur mereka 17 tahun.

Soleh : Dapat berapa A SPM baru ni ye, mesti hebatkan?

Hafiz : boleh la 8 A je.

Soalan ketika umur mereka 20 tahun.

Soleh : Aku sekarang di UIAM. Kau di mana sekarang?

Hafiz : emm, aku dok UPSI sekarang buat pendidikan.

Soalan ketika umur mereka 25 tahun.

Soleh : Aku dengar kau dh kawin, betul ke?

Hafiz : Betul la tu, aku dh kawin dengan kawan sekelas aku dulu.

Soalan ketika umur mereka 30 tahun.

Soleh : Keje dimana sekarang, susah berhubung sekarang?

Hafiz : ooo, aku dah jadi pegawai di Kementerian Pelajaran.

Soalan ketika umur mereka 40 tahun.

Soleh : Hafiz, dah ada berapa orang anak?

Hafiz : Aku dah 5.  Tunggu yang ke-6 pulak.

Soalan ketika umur mereka 56 tahun.

Soleh : buat apa sekarang lepas pencen?

Hafiz : Biasalah jaga cucu.

Soalan ketika umur mereka 60 tahun.

Soleh : Hafiz, buat apa sekarang?

Isteri Hafiz : Dia dah meninggal bulan lalu.

Soleh :Aku pun menunggu masa juga.

Ini antara soalan wajib mereka setiap kali mereka berhubung. Persoalanya? Adakah soalan ini juga anda akan tanya dan sudah tanya pada sahabat anda.

Inilah soalan umur manusia. Urutan kehidupan manusia bergerak dari hari kehari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Tanpa disedari anda akan menanyakan soalan yang terakhir kepada sahabat anda namun orang lain yang akan menjawabnya. Sama-sama renung-renungkan

dan mengapa hanya Soleh yang asyik bertanya.hehehehe ;-)

Sambutan Hari Kekasih Salah Disisi Islam

2008 at 10.10 pm02 | In Idea Sukses, Peristiwa, Petua Kejayaan, Tazkirah Rohani | 4 Comments

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam oleh Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009. Sumber dari Laman Web JAKIM www.islam.gov.my

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

3270144640_9bb0416e072

Say No To Valentine Day

 

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

 

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.’ Surah al-Ghaafir: 39

Ceramah bersama Pendakwah Muda Malaysia

2008 at 10.10 pm02 | In Peristiwa, Tazkirah Rohani, Tips Komunikasi | Leave a Comment

Hari jumaat yang lalu saya bersama dengan 60 orang ahli-ahli baru Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) dalam program perkaderan generasi kedua ahli SPMM. Saya hadir untuk menyampaikan ceramah bertajuk Membina Karektor Pendawah Muda khususnya dalam berdakwah di dalam kampus. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Yunus (Pensyarah Uniten) yang menaja sebuah Tafsir Quran untuk saya hadiahkan kepada penonton dalam aktiviti magnet komunikasi. Tahniah buat saudara Syafiq.

Saya difahamkan program 4 hari ini disusun dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik antaranya ceramah dari En Lim (MACMA), Penceramah dari Saba Islamic Media dan mereka ini juga akan turun padang membuat praktikal Dakwah Bil Hal di KLCC, Sogo, MidValley.  Sangat menarik.

dsc00678

Foto 1

dsc00682

Foto 2

dsc00683

Foto 3

Saya banyak berkongsi dengan mereka tentang membina personaliti seorang Daie. Membedah sirah Rasulullah s.a.w berdakwah dengan cara yang penuh hikmah dan berjaya menambat hati ramai orang mengikut ajaran Islam. Salah satunya ialah Rasulullah tidak memilih “bulu” atau pilih kasih dalam berdakwah. Lihat sahajalah pengikut-pengikut Rasulullah datang dari pelbagai latarbelakang dan kaum.

Saidina Abu Bakar – Bangsa Arab, Bilal Bin Rabah – Bangsa Negro,  Saidina Ali – Kalangan Kanak-Kanak, Saidatina Khadijah – Kaum Wanita, Saidina Uthman – Golongan Hartawan, Ammar bin Yasir – Golongan Miskin dan ramai lagi.

Lantas, kita dapat fahami bahawa soal memberi Hidayah adalah kerja Allah dan DIA yang Maha mengetahui dan kita hanyalah perantaraan dan berdakwah kepada semua manusia tanpa memilih kepentingan.Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad iaitu Bapa saudaranya sangat kasih dan sayang kepada Nabi. mempertahankan Nabi sehingga ke akhir hayatnya agar Nabi di lindungi namun Bapa Saudaranya tidak juga mendapat Hidayah untuk mengikut ajaran Islam.

Firman Allah : Serulah kepada jalan TuhanMU dengan hikmah bijaksana yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNYa dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang akan mendapat petunjuk (AnNahl 125)

Gerhana Matahari : 4.30 Petang 26 Januari 2009

2008 at 10.10 pm01 | In Peristiwa, Tazkirah Rohani | 4 Comments

Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari

Tarikh : 26 Jan 2009 (Ahad)

Masa : 4.30 ptg

Tempat : Masjid Negara

Rasulullah bersabda yang bermaksud ”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT tidak berlakunya gerhana kerana kematian atau kelahiran sesorang maka apabila berlakunya gerhana hendaklah melakukan solat sunat gerhana dan berdoalah kepada Allah sehingga berakhirnya gerhana.


gerhanawebkg9

Gerhana

Pada 26 Januari 2009, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Pada tarikh yang sama juga Gerhana Matahari Anulus akan berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia. Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari.

Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan. Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Afrika Selatan, Madagascar, Australia kecuali Tasmania, India Selatan, Asia Tenggara dan Indonesia.

Di Malaysia, kita dapat melihat cahaya Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai liputan maksimum sehingga 82.6% dan di sesetengah kawasan ia berlaku sejurus sebelum Matahari terbenam. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 4:30 p.m. hingga 7:00 p.m. sebelum Matahari terbenam.

gerhana51

Kuasa Allah

Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira‐kira jam 4:30 p.m. apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari. Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa.

(Info : Planeterium Negara)

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

Bangkit Muslimin Hayya Bil Jihad

2008 at 10.10 am01 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tazkirah Rohani | 1 Comment

Wahai Saudaraku, Wahai Manusia, Wahai Hamba Allah.

Demi Matahari dan Sinarnya Dipagi Hari,

Demi Bulan Apabila Mengiringi,

BANGKIT MUSLIMIN, BANGKIT BERJIHAD !!

ALLAH sedang Memanggilmu sahabatku

Ya Allah yang Maha Perkasa, Ya Allah yang Maha Gagah. Tiada Tuhan melainkanMu dan Muhammad pesuruhMu. Sahabat-sahabat, marilah kita berjihad semampu kita. Apa yang kita perlu lakukan sekarang ?

1. Boikot Barangan Israel dan AS. Jangan sampai anda merupakan penyumbang peluru yang menembusi tubuh Para Syuhada.

3185872692_44f8898c76

Boikot ISRAEL & AS

boycot3

Jangan Anda menjadi Pelurunya

2. Membaca Doa Nazilah. Ya ALlah yang pernah menghancurkan tentera Musyrikin dengan burung Ababil maka Kami Bermohon Ya Allah hancurkan Israel sedasyat-dasyatnya

qunut-nazilah

Qunut Nazilah

Ya Allah..
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah..
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ahlan Ya Muadz Wajdi

2008 at 10.10 am01 | In Peristiwa, Tazkirah Rohani | 2 Comments
Salam Hijrah.

Sudah lama saya ingin menulis tentang cerita ini. Tertangguh selama hampir sebulan dan kali ini saya berpeluang menulis mengenainya. Sudah lama jua rumah saya tidak kedengaran suara baby dan kini suara itu riang berteriakkan.

TAHNIAH dan SYABAS saya ucapakan kepada kekanda saya Ustaz Mohamad Zarifi dan Isterinya Noorhayati telah dikurniakan anak pertama bernama Muhammad Muadz Wajdi pada 11 Disember yang lalu. Jadi, saya pun sudah bertukar status menjadi “Pakcik Hariri” ;-) .

dsc01171

Muadz

dsc01102

Muadz pikir mslh kewangan.hehehe

1_292580650l

Bersama Pakcik hariri ;-)

Sehari selepas seorang baby dilahirkan, apabila disuap titisan air kemulutnya lalu diminumnya perlahan-lahan. SIAPA YANG MENGAJARNYA ? Adakah ayahnya sudah mengajar cara-cara untuk minum atau ibunya yang memberi arahan. SIAPA? Sudah tentu Yang Menciptanya. Yang Maha Menhidupkan dan Yang Maha Mematikan. Allahu Akbar.

Orang bertanya kepada Ayah Imam Syafie tentang bagaimana boleh mendapat Imam Syafie yang faqih dan bijak sejak dari zaman mudanya lagi. Apa rahsianya? Jawab Ayah Imam Syafie ” Aku mendidik Syafie sejak aku belum berkahwin lagi (bermula semasa memilih calon Isteri – Ibu kepada Syafie) “

Ini bukan antara Palestin & Israel tapi Islam & Yahudi

2008 at 10.10 pm01 | In Peristiwa, Tazkirah Rohani | 4 Comments

Apabila bercakap tentang Isu Palestin Israel, saya teringat akan buku kecil yang saya tulis ketika menjadi YDP MPP USIM 2006/2007 semasa isu penggalian terowong Masjid Al-Aqsa tahun 2007 yang bertajuk ( Al-AQSA satu analisa ). Buku kecil itu diterbitkan oleh Biro Penerbitan MPP dan diedar percuma kepada seluruh warga kampus.

dsc00663

Buku Isu Palestin

Ramai orang bercakap tentang isu ini dan tiada kesudahannya sehingga hari ini apabila Israel sekali lagi mengganas yang sudah masuk hari ke-7 serangan. Apa yang ingin diperkatakan ialah soal kesedaran dan perasaan ingin membela yang seharusnya ada bagi setiap masyarakat Malaysia khususnya.

Soviet Union sebuah kuasa besar pernah tumpas dengan mujahidin Afganistan. Amerika dihalau dari bumi Vietnam dalam keadaan memalukan dan mengaibkan. Nasib yang sama bakal menimpa Israel.

Apa yang sebenarnya berlaku.

Pada tahun 1948, gerakan pembersihan etnik yang dilakukan oleh pengganas Zionis menyingkirkan 900,000 rakyat Palestin dari bumi mereka dan meningkat kepada 3.9 juta sehingga hari ini. Penduduk Israel di semenanjung Gaza dan tebing barat semakin hari semakin meningkat.

Pelarian Palestin yang tinggal di khemah pelarian Tebing Barat, Jordan, Syiria, Lubnan dalam keadaan naif dan miskin tidak terurus sama sekali. Masalah kesihatan, makanan yang tidak cukup, pendidikan dan krisis kematian kerana kebuluran.

Kekejaman Israel bukan sahaja kepada pencerobohan,pembersihan etnik bahkan menjangkau kepada menjadikan kanak-kanak mangsa. Israel tanpa rasa bersalah menlanggar Deklarasi Geneva dan bagi mereka deklarasi itu hanyalah peraturan semata-samata. Bagi mereka tiada siapa yang boleh menghalang mereka. Kanak-kanak disepak, ditendang, wanita dirogol, rumah dirobohkan dan ibu yang sedang hamil dibunuh.

mh_011

Suasana di Gaza

Pemimpin Arab buat tak tahu

Apa yang menyedihakan ialah bangsa Arab sendiri tidak bersatu dalam pendirian mereka tentang hal ini. Malahan negara Arab mempunyai metlamat mereka sendiri dan mempunyai kepentingan masing-masing. Sikap ego dan ada yang sanggup memberi laluan kapal perang dan menyediakan landasan demi menjaga periuk nasi mereka sahaja.

Rantau Asia Barat bergolak tanpa bantuan jiran sebangsa. pemimpin membawa haluan sendiri dan menjaga kepentingan peribadi. Inilah benteng besar keegoan bangsa dan pemimpian Arab. Sibuk untuk menjadi Pemilik Kelab Bola Sepak Dunia tapi bangsa sendiri menderita.

Bukan sekadar perang biasa

Peperangan antara Palestin dan Israel bukan sekadar peperangan merebut Negara atau permusuhan antara dan Kafir malah ia melibatkan kuasa diktator Israel dan kuasa suara rakyat seluruh dunia menuntut kedamaian. Paling Bengong ialah Presiden Bush yang memeberi lesen kepada Israel untuk teruskan kecaman kepada HAMAS. Kita nantikan apa kata OBAMA yang masih lagi membisu.

Apa yang terjadi ada hikmah yang besar disebaliknya. Yang pastinya Israel dan sekutunya akan tetap menghadapi keaiban. Sejarah telah membuktikan bagaimana kuasa besar yang cuba menakluki negara majoriti Islam akan tersungkur menerima kekalahan. Bila. hanya masa akan menanti dan Allah yang berkehendak.

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.