Apa yang Dipilih : Kerja atau Gaji ?
2008 at 10.10 pm05 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 6 Comments
Photo by Google Image Seacrh
TAHNIAH kepada mereka yang sudah menamatkan pengajian masing-masing di IPT. Mungkin sekarang ini sibuk membuka laman web, membeli surat khabar dan menghantar seberapa banyak resume kepada syarikat-syarikat terpilih. Itu suasana biasa bagi “fresh graduate”. Ada beberapa orang telah menghubungi saya bertanyakan kerja kosong. Saya pun mencadangkan beberapa tempat dan kerja kosong yang saya ketahui.
Tempat ini ada jawatan kosong. Kerja begini…………. Gaji pula sebanyak ini ……….. Kalau berminat hantar resume dengan segera.
Aku tak retila nak kerja macam ini…..,
Aku tak minatlah……., Carilah yang Ok sikit
Apasal gaji sikit, aku ada digree…..
Ini antara jawapan yang saya terima. saya pun tidak berminat lagi untuk tawarkan kepada orang seperti ini. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan Ahmad Fadzli Yusof dalam artikel yang dipetik dari blog beliau www.kuasamotivasi.com apabila berbicara soal budaya mencari pekerjaan. Mungkin kita juga seperti ini.
Memilih Pekerjaan vs Memilih Gaji
Jauh bezanya di antara memilih pekerjaan dengan memilih gaji. Jika seseorang itu ada matlamat jangka panjang, dia sepatutnya memilih pekerjaan yang ada kaitan dengan impiannya itu; tidak kira berapa jumlah bayaran yang dia terima. Masalah ramai penganggur ialah; mereka tiada impian yang besar, tiada impian jangka panjang. Akhirnya, otak mereka tertumpu kepada pekerjaan yang senang, dengan bayaran yang tinggi. Mereka melompat-lompat dari satu industri, ke industri yang lain. Mula-mula operasi perkilangan, lepas itu pengurusan hartanah, lepas itu pemasaran pertanian, dan kemudiannya khidmat pelanggan di bank. Selepas itu dia asyik lompat dan lompat, tanpa membina kredibiliti dalam bidang tertentu.Fokus mereka adalah ‘berapa RM yang masuk dalam akaun setiap hujung bulan’.
Saya pernah mendapat resume daripada seorang pemohon yang mempunyai ‘pengalaman bekerja’ dengan 7 buah organisasi dalam masa dua tahun! Dia menyatakan dengan bangga tentang ‘pengalamannya’ itu, dengan meminta gaji tinggi yang tidak setimpal pun dengan kredibilitinya. Dahlah daripada background jawatan-industri yang berbeza, kerja pula tak sampai dua bulan,kemudian berhenti. Itu bukan pengalaman namanya, itu ‘pendurhakaan kerjaya’. Setelah penat organisasi meluangkan masa dan kos untuk latihan kecekapan, alih-alih dia keluar pula!
Sebaliknya, orang yang mempunyai impian yang besar sepatutnya memohon kerja yang ada kena-mengena dengan impian tersebut. Jikalau dia bercita-cita untuk memiliki rangkaian restoran francais 20 tahun akan datang, maka dia perlu sanggup bekerja sebagai juruwang, pelayan, penyambut tetamu, pencuci pinggan, tukang masak dan bermacam lagi kerja yang berkait dengan industri tersebut; tanpa memberikan pertimbangan yang terlalu besar terhadap berapa gaji yang diperolehi. Pilih pekerjaan, bukan pilih gaji!
Apa yang penting?……KERJASAMA
2008 at 10.10 pm05 | In Motivasi Diri, Petua Kejayaan | Leave a CommentApa yang penting?………KERJASAMA. Kerap sungguh skrip ini kita dengar sejak kebelakangan ini (Kartun TV9). Saya pun selalu dengar dipejabat saya, rakan-rakan sekerja asyik menyebutnya. Jika saya berceramah dengan pelajar-pelajar sekolah pun ayat ini juga yang mereka sebut.Emmm. Namun mari sama-sama kita hayati apa maksud kalimah ini atau dalam bahasa arab disebut Taawun.

Foto : Google image
Apabila kita membongkar khazanah Al Quran dan As- Sunnah banyak membicarakan tentang kepentingan memupuk dan memelihara semangat kerjasama. Hidup bermasyarakat, hidup saling bantu-membantu, konsep kerjasama seperti ayat yang dirakamkan di dalam surah Al Maidah ayat yang kedua menyebut,
“Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolng kepada perkara kejahatan”. (Surah al-Maidah ;2)
Ayat ini menegaskan kewajipan sesama ummat manusia menolong di antara satu sama lain di dalam perkara kebaikan dan landasan keimanan. Tetapi pada masa yang sama, ummat manusia ditegah sama sekali bertolong bantu di dalam perkara dosa dan juga permusuhan. Walaupun niatnya betul tetapi jalannya salah juga ditegah dalam Islam seperti Zorro mencuri untuk membantu jiran kemiskinan.
Mari kita sorot kembali sejarah peristiwa hijrah, salah satu kisah bersejarah di dalam lipatan sejarah ummat Islam telah pun menzahirkan peri pentingnya semangat kerjasama dan ta’awun disemai dan dibajai di dalam setiap sanubari ummat Islam.
Melalui peristiwa ini, seluruh para sahabat dan pengikut Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam bersatu sepenuh hati, jiwa dan raga bersama- sama menjayakan misi hijrah demi menyelamatkan Islam. Yang paling penting, faktor keberjayaan misi hijrah Nabi adalah disebabkan semangat “ta’awun” yang cukup ampuh dikalangan sahabat para sahabat pada ketika itu. Senjata “ta’awun” inilah yang menjadi formula kejayaan misi Hijrah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang penuh berstrategi.
Sebagai contoh, di dalam misi Hijrah Nabi, Sayyidina Ali Karamallahu wajhah memainkan peranan yang cukup penting di mana beliau menggantikan tempat tidur Nabi ketika Nabi diancam oleh Kafir Musyrik. Di dalam perjalanan Hijrah ke Madinah pula, Sayyidina Abu Bakar berperanan menemani Rasulullah sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Ini merupakan contoh yang membawa pengertian dan kesan yang cukup besar tehap pentingnya konsep Ta’awun ini dihayati dan diimplementasi dalam kehidupan seharian. Apa yang penting ? …….kerjasama
5 Bulan 5 Ribu Pengajaran
2008 at 10.10 pm04 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 4 CommentsHari ini adalah hari terakhir saya praktikal di Bahagian Dakwah JAKIM setelah hampir 5 bulan disini. Daripada berseminar dalam dewan berhawa dingin, penjara hinggalah ke kg orang asli telah dilalui dan dirasai. Ucapan terima kasih saya tidak terhingga kepada Penyelia saya iaitu Ustaz Amaludin Bin Dollah (Pen. Pengarah Bhg Dakwah) dan Ustaz Khairi Mahyuddin selaku Penyelia dari USIM serta Prof Syamsul Bahri Andigaligo iaitu Penyelia Thesis saya. Siap juga akhirnya.

Di Pejabat JAKIM
Ramai orang berpendapat, tiada faedahnya praktikal di industri lama-lama kalau tak kena fotostat, buat surat dan hantar surat. itu je. Memualkan. Namun bagi saya, ia bukan sekadar itu tetapi nilainya lebih daripada itu. Disiplin, menjatuhkan keegoan dan merasai kerja orang bawah sebelum menjadi orang atasan.
20 hari selepas saya mula masuk berpraktikal, ada seorang pegawai (agak senior) dia memanggil saya dan kami sempat berbual sedikit sebanyak. Ada 2 soalan yang dia tanyakan ?
1. Apa yang kamu nak cari disini?
2. Apa yang kamu nak sumbangkan kepada Bahagian ini?
Terkedu saya mendengarnya dan saya tak prepare langsung jawapan sebelum ini. Lantas, ayat skema saya pun terpacul keluar “nak cari pengalaman, pengetahuan, sumbang tenaga, ilmu”. Itu sahaja jawapan saya.
Kata Ustaz tadi kalau kamu datang nak buat surat, fotostat, kelip kertas ramai staf disini boleh buat tetapi kamu kena fikir apa yang kamu nak disini dan fikir macam mana nak dapatkannya. Saya termenung seketika dan saya berfikir lantas mengiakan kata-kata Ustaz tadi.
Alhamdulillah saya telah temui apa yang saya tidak dapat di dalam dewan kuliah selama 4 tahun pengajian. Jika dihitung lebih 5ribu pengalaman dan pengajaran yang saya temui secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih semua pegawai dan staf khususnya di Bahagian Dakwah dan semua bahagian di JAKIM.
Berkahirnya pengajian degree saya.tungu konvo la plak. Saya pun tidak sempat untuk menggangur, Alhamdulillah saya telah memulakan tugas ditempat kerja baru. Dimana? Adalah…Syarikat Penerbitan Terkemuka
Ceramah di SMKA Johor Bharu
2008 at 10.10 pm02 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 3 Comments
Bersama "Fun Club"
Minggu ini saya ke selatan tanah air iaitu di SMKA Johor Bharu untuk memenuhi jemputan ceramah Kem motivasi dan kecemerlangan pelajar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Nazim, Cik Siti Mariyam, En Razak, Guru-Guru SMKA JB, Mirza Amin & Family (sudi menumpangkan saya selama 2hari).
Kali ini saya berceramah dihadapan 600 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5. Yang pasti mereka ini sangat “best” dan “happening”. Hilang penat saya setelah bermusafir sejauh 300 km apabila melihat adik-adik ini. Tahniah juga kepada adik Zubir (Tingkatan 2) yang menang dalam aktiviti “belon terbang”.

Dengar semua

Terbang menggapai Impian

Pahlawan-Pahlawan SMKA JB

Srikandi SMKS JB yang ceria

Sesi Autograf
Apa yang saya kongsikan bersama mereka ?
Bagaimana untuk membina impian hidup. Impian juga adalah langkah pertama menjadi realiti. Ramai orang bertanya bagaimana untuk berjaya? Apa yang harus mereka lakukan ? Saya menjawab ialah dengan membina impian atau dream atau berangan-angan terlebih dahulu. Begitu jualah bagi pelajar perlu ada impian selepas tamat belajar peringkat sekolah nanti ? Apa dan dimana mereka akan berada selepas sekolah.
Impian (Berangan-angan) – Berusaha – Berjaya.
Bagaimana anda nak beusaha mencapai sesuatu tanpa anda bermimpi tentang hasilnya. Seorang usahawan berjaya akan berangan-angan ingin berjaya seperti tokoh usahawan, kemudian beliau mengikuti kursus, membina networking, memulakan perniagaan dan akhirnya mencipta kejayaan.
Saya teringat kata-kata terakhir sebelum Angkasawan negara berlepas ke Angkasaraya iaitu :-
This is all for you Malaysia !
Start dreaming big and believe in them. One day it will become a reality. It took me 25 years to fulfill my dream. And if I could do it, I truly believe you could too!
Sambutan Hari Kekasih Salah Disisi Islam
2008 at 10.10 pm02 | In Idea Sukses, Peristiwa, Petua Kejayaan, Tazkirah Rohani | 4 CommentsSambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam oleh Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009. Sumber dari Laman Web JAKIM www.islam.gov.my
Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

Say No To Valentine Day
Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : ‘Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.’ Surah al-Ghaafir: 39
Falsafah Semangat Bushido
2008 at 10.10 am01 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | Leave a Comment
Bushido
Semangat yang kononya diwarisi turun-temurun daripada semangat kesatria samurai (Pahlawan Ulung Bangsa Jepun) dan semangat ini telah membawa perubahan besar dalam pembangunan kemajuan Jepun yang tiada penafiannya. Pidato Meiji yang sangat popular “kita sudah punyai baju barat, kereta kebal, pistol tapi kita tidak boleh lupa asal kita, dari mana kita datang” .
Secara akalnya, selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika melenyapkan bangsa Jepun dan melumpuhkan ekonominya Namun kurang 20 tahun mereka kembali bangkit dan digelar sebagai Naga Asia.
7 Prinsip Bushido
1. Gi (Pengambilan keputusan berdasarkan kebenaran, meskipun mati dengan keputusan itu, matilah dengan gagah karena matinya terhormat),
2. Yu (Berani dan kestaria)
3. Jin (murah hati, mencintai sesama)
4. Re (Santun, bertindak benar)
5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya)
6. Meiyo (menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan)
7. Chugo (Mengabdi)
Sebuah syarikat kereta Mitsubishi yang terkenal telah mengaplikasikan Semangat Bushido dalam persekitaran kerja mereka. 7 Prinsip ini dihayati dan diingat setiap pagi sebelum memulakan kerja. Setiap pagi juga mereka akan melaungkan “Aku JUARA” sebanyak 20 kali. Cuba sekarang anda laungkan AKU JUARA 20 kali dan apa yang anda rasakan sekarang? Bersemangat, ingin maju kehadapan dan berkobar-kobar. Inilah yang dirasakan oleh mereka.

Bacalah Al-Quran
Namun, apa yang ingin saya sampaikan ialah Islam telah menyediakan lebih hebat daripada Semangat Bushido tersebut dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Allah adalah Kalam Allah. Mulakan pagi anda (permulaan kerja) dengan membaca Al-Quran. Insyallah produktiviti dan semangat bekerja lebih dirasakan kerana Yakin akan janji Allah “Kerja sebahagian daripada IBADAH kepada ALLAH”. Bukan sahaja bersemangat malah dapat pahala lagi.
Saya tertarik dengan persekitaran kerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan saya cadangkan ia diikuti di semua tempat kerja di Malaysia. Apa yang berlaku disana?
Setiap pagi (8.30 pg) semua pegawai dari semua peringkat di bahagian masing-masing akan berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk Membaca Al-Quran beramai-ramai. Bacaan ini dipimpin oleh seorang pegawai secara bergilir-gilir setiap hari dan diikut beramai-ramai satu ayat demi satu ayat. 10 Ayat setiap pagi dan bacakan juga terjemahannya.
Firman Allah Ta’ala Surah Al-Ahzab 41-42
“Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”
Firman Allah Ta’ala Surah Ab-Nisa’ 103
“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring.”
Anda boleh lakukan juga secara sendirian setiap pagi.
Petua komunikasi dari Pakar Pidato
2008 at 10.10 pm10 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | 6 Comments
Semakin banyak kita berlatih, kita akan semakin tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu serta apa yang tidak boleh dilakukan semasa berucap. (Daud Mat Din)
Mohd Daud bin Mat Din satu nama yang tidak asing lagi bagi penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan peminat-peminat aktiviti pengucapan awam diseluruh Negara. Beliau sering diangkat menjadi ikon remaja hasil daripada kejayaan dalam bidang pengucapan awam dan kehebatan memukau semua penonton yang menyaksikan ucapan beliau di pentas.
Graduan jurusan Undang-undang ini dilahirkan di negeri Kedah darul Aman dan sangat aktif melibatkan diri dalam bidang pengucapan awam. Saya juga pernah beberapa kali berdebat dengan beliau dalam banyak pertandingan Debat intervarsiti . Fuh penat berlawan hujah dengan beliau
Oleh sebab itu Mohd Daud telah menerima banyak anugerah dan pencapaian yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pendebat Universiti sebelum ini. Beliau telah dipilih sebagai Wakil Belia Malaysia ke Komanwel dan Wakil Belia Malaysia ke Regional Youth Caucus (Asia) dari tahun 2006 sehingga 2008. Selain itu antara kejayaan-kejayaan yang pernah dilakarkan oleh Mohd daud ialah Naib Johan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2007, Johan Debat Perdana Majlis Peguam pada tahun 2003, 2005 & 2006, Johan Debat Diraja Kategori Utama 2007, Johan Debat Alam Sekitar tiga tahun berturut-turut 2005,2006,2007, Johan Pidato Kemerdekaan IPT 2006 dan boleh dikatakan setiap pertandingan debat atau pidato yang pernah dianjurkan untuk pelajar IPT semuanya pernah dimenanginya. MasyaAllah, kelebihan yang tidak disia-siakan.
Apa rahsia pemuda berwibawa ini.
Kata beliau , Ini adalah anugerah dari Allah. tapi sebagai manusia perkara yang paling penting adalah perlu sentiasa mengenali dan mengasah bakat yang diberi. Bukan senang untuk sampi ketahap ini, apa yang saya lakukan selama ini adalah hasil dari latihan dan usaha yang berulang-ulang. semakin banyak berlatih, kita akan semakin tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dan tidak boleh dilakukan semasa berucap. Lihat, apa yang dilakukan oleh Mohd Daud untuk sampai ke tahap ini, beliau latih, latih, latih dan terus latih.
Apabila anda membuat banyak latihan anda, ia akan menjadikan anda mahir. Apabila sudah mahir, anda akan menjadi cekap. Begitu juga dalam berkomunikasi, anda tidak boleh dapat menjadi seorang best speaker atau best communicator dalam masa sehari latihan tetapi perlu dengan latihan yang berulang-ulang.
Tambah Mohd Daud, beliau juga sering membuat latihan menerusi rakaman video yang dirakam oleh teman-teman ketika beliau berdebat. Latihan menerusi visual ini akan membantu beliau menganalisa dan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan lantas menceri jalan untuk mengatasi kesilapan tadi. Jadi, jika anda berhasrat untuk menjadi seperti Mohd Daud lakukan latihan berulang-ulang dan istiqamah.
Ceramah bersama FITRAH POWER di Broga
2008 at 10.10 am07 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | Leave a CommentSemalam (12 Julai) saya ke Broga iaitu ke Excel Training Resort sebuah tempat latihan milik Dato Dr Fadzilah Kamsah. Sudah lama saya tidak kesini, dahulu saya pernah bersama rakan-rakan ke sini untuk Group Binding MPP USIM, 2 tahun yang lalu. Tetapi hari ini saya datang atas jemputan Fitrah Power Consultant milik Al-Fadhil Ustaz Shukri Yusof ( Pengacara Halaqah TV 9).
Saya hadir untuk Slot Ceramah Potensi Diri kepada Para pelajar Tingkatan 5 seramai 46 orang yang mendapat tajaan Baitul Mal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Cukup bersemangat dan happening remaja-remaja ini. Saya pun sangat teruja berhadapan dengan mereka. Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Shukri Yusof, Cik Salma, fasilitator Fitrah Power yang memang POWER.

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar
Apa yang saya kongsikan bersama mereka ?
Saya berkongsi dengan mereka tentang 3 tips kecemerlangan pelajar iaitu Ability (Kemampuan), Opportunity (Peluang) dan Willingness (Kemahuan). 3 prasyarat ini menjadi batu asas yang ada dalam diri anda untuk berjaya. 2 sudah ada dalam diri iaitu Kemampuan dan Peluang. Hanya 1 lagi yang perlu anda lakukan ialah Kemahuan. MESTI TAHU APA YANG ANDA MAHU.
1. Kemampuan - Allah telah ciptakan manusia dengan sesempurna ciptaan, pancaindera, kemampuan berfikir, berusaha dan bertindak. Maksudnya anda kemampuan untuk melakukannya.
2. Peluang - Anda sudah mendapat peluang yang terhidang dihadapan anda. Peluang belajar, peluang mendapat tajaan belajar dan peluang mengikuti program motivasi diri. Ini Peluang Keemasan.
3. Kemahuan - Kita boleh bawa kuda ketepi sungai untuk minum tetapi kita tidak boleh memaksanya untuk minum. Ibu bapa hanya membantu, guru-guru mengajar, rakan-rakan mendorong, penceramah merangsang tetapi ANDA yang membuat pilihan untuk MAHU atau TIDAK.
Email Pilihan : ” Maid in Manhattan “
2008 at 10.10 am03 | In Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | 1 CommentPENGIRIM : Irma Nur Zahrah
SALAM
Saya ada tengok gambar yang mana tajuknya adalah ‘maid in manhattan’.
Dalam cerita ni,ada seorang Gabenor yang muda.Dia telah berjumpa dengan seorang budak yang amat mengagumi beliau kerana kepetahan beliau bercakap di khalayak ramai.
Tetapi budak ini mahu menjadi seperti Gabenor muda ni tapi malangnya budak ni agak pemalu dan gemuruh apabila bercakap dengan orang lain.
Gabenor ini memberitahu cara beliau memhilangkan kegusaran ketika bercakap di hdpn org ramai dengan menggenggam 2,3 biji klip kertas.katanya cas yang negatif didalam badan kita akan mengalir ke atas klip kertas ni dan rasa gemuruh itu akan hilang.
so,disini saya nak bertanya bagaimana cara Sdr Hariri hilangkan nerveous di dpn org ramai ketika berucap..
.
Ini satu tips baru yang saya pelajari dari cerita ini dan saya juga belum ketemui dalam buku pembacaan saya tetang pengucapan awam. Sangat Menarik. Apa yang saya pernah lalui dan melalui pengalaman saya mungkin boleh memberi sedikit panduan buat saudari.
.
Gementar terpancar pada pancaindera kita. Apabila anda gementar selalunya kaki mengeletar, mulut pucat, muka merah, perut rasa kosong, tekak menjadi kering, sering batuk, anda berasa loya, tangan berpeluh, anda berasa seram sejuk, pandangan menjadi kabur dan sebagainya.Ini beberapa situasi anda berada di dalam gementar. Bagaimana mengatasinya ? Sekiranya mulut dan tekak anda kering, pastikan anda siap sedia dengan segelas air untuk di minum. Sekiranya tangan anda mengeletar, dinasihatkan perlulah mengelak daripada memegang apa- apa material seperti pen, nota atau sebagainya untuk dipegang kerana bila anda memegang apa- apa material, kegugupan anda akan lebih terserlah dan dapat dikesan oleh audien. Sekiranya kaki anda terketar-ketar, dinasihatkan anda berucap menggunakan “rostrum”. Ini dapat menyembunyikan kaki anda yang kuat mengelentar. Insyallah anda dapat atasi gementar anda dengan tenang. Sebaiknya juga anda mendapat nasihat dari mereka yang sudah lama terlibat dalam bidang pengucapan awam, bertanya tentang cara mereka mengurus ketakutan mereka. Kegugupan dan perasaan gementar boleh diubat dengan beberapa siri latihan dan pengalaman anda. Paling penting anda perlu terus cool, tenang dan jangan tertekan.
Bila Rasa Gementar, Aktifkan dirimu. Apabila anda menggerakkan anggota badan anda secara tidak langsung boleh mengurangkan perasaan gementar. Anda boleh berjalan ke kiri atau ke kanan, berjalan ke arah audience supaya saluran darah anda aktif. Apabila salur darah anda aktif, ia akan menambahkan kekuatan badan anda. Badan yang sihat, cergas serta aktif akan menambahkan kuasa dalaman anda untuk menambahkan keyakinan anda. Anda juga boleh lakukan sedikit senaman ringan untuk meredakan keadaan tersebut.
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.










