Apa yang Dipilih : Kerja atau Gaji ?
2008 at 10.10 pm05 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 5 Comments
Photo by Google Image Seacrh
TAHNIAH kepada mereka yang sudah menamatkan pengajian masing-masing di IPT. Mungkin sekarang ini sibuk membuka laman web, membeli surat khabar dan menghantar seberapa banyak resume kepada syarikat-syarikat terpilih. Itu suasana biasa bagi “fresh graduate”. Ada beberapa orang telah menghubungi saya bertanyakan kerja kosong. Saya pun mencadangkan beberapa tempat dan kerja kosong yang saya ketahui.
Tempat ini ada jawatan kosong. Kerja begini…………. Gaji pula sebanyak ini ……….. Kalau berminat hantar resume dengan segera.
Aku tak retila nak kerja macam ini…..,
Aku tak minatlah……., Carilah yang Ok sikit
Apasal gaji sikit, aku ada digree…..
Ini antara jawapan yang saya terima. saya pun tidak berminat lagi untuk tawarkan kepada orang seperti ini. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan Ahmad Fadzli Yusof dalam artikel yang dipetik dari blog beliau www.kuasamotivasi.com apabila berbicara soal budaya mencari pekerjaan. Mungkin kita juga seperti ini.
Memilih Pekerjaan vs Memilih Gaji
Jauh bezanya di antara memilih pekerjaan dengan memilih gaji. Jika seseorang itu ada matlamat jangka panjang, dia sepatutnya memilih pekerjaan yang ada kaitan dengan impiannya itu; tidak kira berapa jumlah bayaran yang dia terima. Masalah ramai penganggur ialah; mereka tiada impian yang besar, tiada impian jangka panjang. Akhirnya, otak mereka tertumpu kepada pekerjaan yang senang, dengan bayaran yang tinggi. Mereka melompat-lompat dari satu industri, ke industri yang lain. Mula-mula operasi perkilangan, lepas itu pengurusan hartanah, lepas itu pemasaran pertanian, dan kemudiannya khidmat pelanggan di bank. Selepas itu dia asyik lompat dan lompat, tanpa membina kredibiliti dalam bidang tertentu.Fokus mereka adalah ‘berapa RM yang masuk dalam akaun setiap hujung bulan’.
Saya pernah mendapat resume daripada seorang pemohon yang mempunyai ‘pengalaman bekerja’ dengan 7 buah organisasi dalam masa dua tahun! Dia menyatakan dengan bangga tentang ‘pengalamannya’ itu, dengan meminta gaji tinggi yang tidak setimpal pun dengan kredibilitinya. Dahlah daripada background jawatan-industri yang berbeza, kerja pula tak sampai dua bulan,kemudian berhenti. Itu bukan pengalaman namanya, itu ‘pendurhakaan kerjaya’. Setelah penat organisasi meluangkan masa dan kos untuk latihan kecekapan, alih-alih dia keluar pula!
Sebaliknya, orang yang mempunyai impian yang besar sepatutnya memohon kerja yang ada kena-mengena dengan impian tersebut. Jikalau dia bercita-cita untuk memiliki rangkaian restoran francais 20 tahun akan datang, maka dia perlu sanggup bekerja sebagai juruwang, pelayan, penyambut tetamu, pencuci pinggan, tukang masak dan bermacam lagi kerja yang berkait dengan industri tersebut; tanpa memberikan pertimbangan yang terlalu besar terhadap berapa gaji yang diperolehi. Pilih pekerjaan, bukan pilih gaji!
Apa yang penting?……KERJASAMA
2008 at 10.10 pm05 | In Motivasi Diri, Petua Kejayaan | Leave a CommentApa yang penting?………KERJASAMA. Kerap sungguh skrip ini kita dengar sejak kebelakangan ini (Kartun TV9). Saya pun selalu dengar dipejabat saya, rakan-rakan sekerja asyik menyebutnya. Jika saya berceramah dengan pelajar-pelajar sekolah pun ayat ini juga yang mereka sebut.Emmm. Namun mari sama-sama kita hayati apa maksud kalimah ini atau dalam bahasa arab disebut Taawun.

Foto : Google image
Apabila kita membongkar khazanah Al Quran dan As- Sunnah banyak membicarakan tentang kepentingan memupuk dan memelihara semangat kerjasama. Hidup bermasyarakat, hidup saling bantu-membantu, konsep kerjasama seperti ayat yang dirakamkan di dalam surah Al Maidah ayat yang kedua menyebut,
“Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolng kepada perkara kejahatan”. (Surah al-Maidah ;2)
Ayat ini menegaskan kewajipan sesama ummat manusia menolong di antara satu sama lain di dalam perkara kebaikan dan landasan keimanan. Tetapi pada masa yang sama, ummat manusia ditegah sama sekali bertolong bantu di dalam perkara dosa dan juga permusuhan. Walaupun niatnya betul tetapi jalannya salah juga ditegah dalam Islam seperti Zorro mencuri untuk membantu jiran kemiskinan.
Mari kita sorot kembali sejarah peristiwa hijrah, salah satu kisah bersejarah di dalam lipatan sejarah ummat Islam telah pun menzahirkan peri pentingnya semangat kerjasama dan ta’awun disemai dan dibajai di dalam setiap sanubari ummat Islam.
Melalui peristiwa ini, seluruh para sahabat dan pengikut Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam bersatu sepenuh hati, jiwa dan raga bersama- sama menjayakan misi hijrah demi menyelamatkan Islam. Yang paling penting, faktor keberjayaan misi hijrah Nabi adalah disebabkan semangat “ta’awun” yang cukup ampuh dikalangan sahabat para sahabat pada ketika itu. Senjata “ta’awun” inilah yang menjadi formula kejayaan misi Hijrah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang penuh berstrategi.
Sebagai contoh, di dalam misi Hijrah Nabi, Sayyidina Ali Karamallahu wajhah memainkan peranan yang cukup penting di mana beliau menggantikan tempat tidur Nabi ketika Nabi diancam oleh Kafir Musyrik. Di dalam perjalanan Hijrah ke Madinah pula, Sayyidina Abu Bakar berperanan menemani Rasulullah sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Ini merupakan contoh yang membawa pengertian dan kesan yang cukup besar tehap pentingnya konsep Ta’awun ini dihayati dan diimplementasi dalam kehidupan seharian. Apa yang penting ? …….kerjasama
5 Bulan 5 Ribu Pengajaran
2008 at 10.10 pm04 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 4 CommentsHari ini adalah hari terakhir saya praktikal di Bahagian Dakwah JAKIM setelah hampir 5 bulan disini. Daripada berseminar dalam dewan berhawa dingin, penjara hinggalah ke kg orang asli telah dilalui dan dirasai. Ucapan terima kasih saya tidak terhingga kepada Penyelia saya iaitu Ustaz Amaludin Bin Dollah (Pen. Pengarah Bhg Dakwah) dan Ustaz Khairi Mahyuddin selaku Penyelia dari USIM serta Prof Syamsul Bahri Andigaligo iaitu Penyelia Thesis saya. Siap juga akhirnya.

Di Pejabat JAKIM
Ramai orang berpendapat, tiada faedahnya praktikal di industri lama-lama kalau tak kena fotostat, buat surat dan hantar surat. itu je. Memualkan. Namun bagi saya, ia bukan sekadar itu tetapi nilainya lebih daripada itu. Disiplin, menjatuhkan keegoan dan merasai kerja orang bawah sebelum menjadi orang atasan.
20 hari selepas saya mula masuk berpraktikal, ada seorang pegawai (agak senior) dia memanggil saya dan kami sempat berbual sedikit sebanyak. Ada 2 soalan yang dia tanyakan ?
1. Apa yang kamu nak cari disini?
2. Apa yang kamu nak sumbangkan kepada Bahagian ini?
Terkedu saya mendengarnya dan saya tak prepare langsung jawapan sebelum ini. Lantas, ayat skema saya pun terpacul keluar “nak cari pengalaman, pengetahuan, sumbang tenaga, ilmu”. Itu sahaja jawapan saya.
Kata Ustaz tadi kalau kamu datang nak buat surat, fotostat, kelip kertas ramai staf disini boleh buat tetapi kamu kena fikir apa yang kamu nak disini dan fikir macam mana nak dapatkannya. Saya termenung seketika dan saya berfikir lantas mengiakan kata-kata Ustaz tadi.
Alhamdulillah saya telah temui apa yang saya tidak dapat di dalam dewan kuliah selama 4 tahun pengajian. Jika dihitung lebih 5ribu pengalaman dan pengajaran yang saya temui secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih semua pegawai dan staf khususnya di Bahagian Dakwah dan semua bahagian di JAKIM.
Berkahirnya pengajian degree saya.tungu konvo la plak. Saya pun tidak sempat untuk menggangur, Alhamdulillah saya telah memulakan tugas ditempat kerja baru. Dimana? Adalah…Syarikat Penerbitan Terkemuka
Eksplorasi Dakwah ke Kuala Koyan, Pahang
2008 at 10.10 am03 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Tazkirah Rohani, Tips Komunikasi | 4 CommentsSudah seminggu tidak menjenguk blog sendiri, 7 hari saya bersama dengan pegawai JAKIM dan 70 pelajar Jabatan Dakwah & Kepimpinan UKM ke Perkampungan Orang Asli Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang untuk program Dakwah Semarakkan Budi.
500 penduduk di kampung tersebut namun hanya 4 orang sahaja yang sudah memeluk Islam dan selebihnya tidak beragama. Ekplorasi dakwah kali ini agak mencabar dari segi logistik kampung tersebut yang jauh dari pekan, kekurangan air, terpaksa menggunakan perkhidmatan Jabatan Bekalan Air (TQ banyak2) dan masalah komunikasi bahasa.
Walaupun selama 7 hari ini, belum ada yang mengucap syahadah namun saya berpuas hati kerana sekurang-kurangnya meninggalkan kesan positif terhadap penerimaan Islam dengan kaedah dan akhlak yang dipamerkan oleh semua peserta program.

Perjalanan masuk kampung

bersama bro. Ameng

Upacara Sewang

Gotong Royong di Kaw Sekolah
Apa yang saya belajar ialah kita dan mereka sama sahaja. Carilah persamaan. Tiada yang mulia dan tinggi darjatnya, semuanya makhluk Allah. Namun yang membezakan kita ialah TAQWA. Taqwa datang dari Islam. Jesteru, apabila berdakwah turunkanlah “level” anda dan wujudkan persamaan antara anda dan mereka. Persamaan itu akan wujudkan kemesraan.
Wahai Umat Manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu dari berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (Beramah mesra antara satu sama lain), Sesungguhnya orang yang paling mulia disi Allah adalah orang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mendalam tafsirannya. (Surah Al-Hujurat -13)
Yang ke-2 ialah utamakan menunjukkan akhlak dan nilai-nilai Islam yang sebenar dan bukannya “syarahan perdana” apabila naik ke rumah mereka. Mempamerkan tingkah laku baik menjadi tarikan kuat untuk orang bukan Islam tertarik kepada Islam.

;-)
Banyak yang saya belajar dengan Penggerak Orang Asli yang turun dari daerah berdekatan. Terima Kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Dr Ghafar, Dr Zulkifli, Dr Badlihisham,Ust Anuar (UKM) dan palajar UKM. Semoga usaha ini dinilai oleh Allah sebagai amal dakwah Islam.
Kisah 2 Sahabat : Apabila soalan tidak dijawab
2008 at 10.10 pm03 | In Motivasi Diri, Tazkirah Rohani | 1 CommentKisah 2 orang sahabat yang sudah bersahabat sejak dari kecil lagi. Mereka bermain bersama, bersekolah sama, bergurau senda seperti adik-beradik yang sangat rapat.

Wahai teman
Namun, masa memisahkan mereka membawa haluan hidup masing-masing membina kehidupan sendiri. Tetapi masih lagi berhubung antara satu sama lain dan setiap kali mereka berjumpa atau berhubung ada soalan lazim yang akan ditanya. Soalan ini berubah-ubah mengikut peringkat umur mereka. Apakah yang ditanya antara mereka bertiga sejak kecil lagi?
Soalan Ketika umur mereka 13 tahun.
Soleh : Hafiz, sekolah dimana skrg ye ?
Hafiz : ooooo, aku sekolah di SMKA Sultan Muhammad sekarang.
Soalan Ketika umur mereka 17 tahun.
Soleh : Dapat berapa A SPM baru ni ye, mesti hebatkan?
Hafiz : boleh la 8 A je.
Soalan ketika umur mereka 20 tahun.
Soleh : Aku sekarang di UIAM. Kau di mana sekarang?
Hafiz : emm, aku dok UPSI sekarang buat pendidikan.
Soalan ketika umur mereka 25 tahun.
Soleh : Aku dengar kau dh kawin, betul ke?
Hafiz : Betul la tu, aku dh kawin dengan kawan sekelas aku dulu.
Soalan ketika umur mereka 30 tahun.
Soleh : Keje dimana sekarang, susah berhubung sekarang?
Hafiz : ooo, aku dah jadi pegawai di Kementerian Pelajaran.
Soalan ketika umur mereka 40 tahun.
Soleh : Hafiz, dah ada berapa orang anak?
Hafiz : Aku dah 5. Tunggu yang ke-6 pulak.
Soalan ketika umur mereka 56 tahun.
Soleh : buat apa sekarang lepas pencen?
Hafiz : Biasalah jaga cucu.
Soalan ketika umur mereka 60 tahun.
Soleh : Hafiz, buat apa sekarang?
Isteri Hafiz : Dia dah meninggal bulan lalu.
Soleh :Aku pun menunggu masa juga.
Ini antara soalan wajib mereka setiap kali mereka berhubung. Persoalanya? Adakah soalan ini juga anda akan tanya dan sudah tanya pada sahabat anda.
Inilah soalan umur manusia. Urutan kehidupan manusia bergerak dari hari kehari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Tanpa disedari anda akan menanyakan soalan yang terakhir kepada sahabat anda namun orang lain yang akan menjawabnya. Sama-sama renung-renungkan
dan mengapa hanya Soleh yang asyik bertanya.hehehehe
Ceramah di SMKA Johor Bharu
2008 at 10.10 pm02 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 3 Comments
Bersama "Fun Club"
Minggu ini saya ke selatan tanah air iaitu di SMKA Johor Bharu untuk memenuhi jemputan ceramah Kem motivasi dan kecemerlangan pelajar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Nazim, Cik Siti Mariyam, En Razak, Guru-Guru SMKA JB, Mirza Amin & Family (sudi menumpangkan saya selama 2hari).
Kali ini saya berceramah dihadapan 600 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5. Yang pasti mereka ini sangat “best” dan “happening”. Hilang penat saya setelah bermusafir sejauh 300 km apabila melihat adik-adik ini. Tahniah juga kepada adik Zubir (Tingkatan 2) yang menang dalam aktiviti “belon terbang”.

Dengar semua

Terbang menggapai Impian

Pahlawan-Pahlawan SMKA JB

Srikandi SMKS JB yang ceria

Sesi Autograf
Apa yang saya kongsikan bersama mereka ?
Bagaimana untuk membina impian hidup. Impian juga adalah langkah pertama menjadi realiti. Ramai orang bertanya bagaimana untuk berjaya? Apa yang harus mereka lakukan ? Saya menjawab ialah dengan membina impian atau dream atau berangan-angan terlebih dahulu. Begitu jualah bagi pelajar perlu ada impian selepas tamat belajar peringkat sekolah nanti ? Apa dan dimana mereka akan berada selepas sekolah.
Impian (Berangan-angan) – Berusaha – Berjaya.
Bagaimana anda nak beusaha mencapai sesuatu tanpa anda bermimpi tentang hasilnya. Seorang usahawan berjaya akan berangan-angan ingin berjaya seperti tokoh usahawan, kemudian beliau mengikuti kursus, membina networking, memulakan perniagaan dan akhirnya mencipta kejayaan.
Saya teringat kata-kata terakhir sebelum Angkasawan negara berlepas ke Angkasaraya iaitu :-
This is all for you Malaysia !
Start dreaming big and believe in them. One day it will become a reality. It took me 25 years to fulfill my dream. And if I could do it, I truly believe you could too!
Falsafah Semangat Bushido
2008 at 10.10 am01 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | Leave a Comment
Bushido
Semangat yang kononya diwarisi turun-temurun daripada semangat kesatria samurai (Pahlawan Ulung Bangsa Jepun) dan semangat ini telah membawa perubahan besar dalam pembangunan kemajuan Jepun yang tiada penafiannya. Pidato Meiji yang sangat popular “kita sudah punyai baju barat, kereta kebal, pistol tapi kita tidak boleh lupa asal kita, dari mana kita datang” .
Secara akalnya, selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika melenyapkan bangsa Jepun dan melumpuhkan ekonominya Namun kurang 20 tahun mereka kembali bangkit dan digelar sebagai Naga Asia.
7 Prinsip Bushido
1. Gi (Pengambilan keputusan berdasarkan kebenaran, meskipun mati dengan keputusan itu, matilah dengan gagah karena matinya terhormat),
2. Yu (Berani dan kestaria)
3. Jin (murah hati, mencintai sesama)
4. Re (Santun, bertindak benar)
5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya)
6. Meiyo (menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan)
7. Chugo (Mengabdi)
Sebuah syarikat kereta Mitsubishi yang terkenal telah mengaplikasikan Semangat Bushido dalam persekitaran kerja mereka. 7 Prinsip ini dihayati dan diingat setiap pagi sebelum memulakan kerja. Setiap pagi juga mereka akan melaungkan “Aku JUARA” sebanyak 20 kali. Cuba sekarang anda laungkan AKU JUARA 20 kali dan apa yang anda rasakan sekarang? Bersemangat, ingin maju kehadapan dan berkobar-kobar. Inilah yang dirasakan oleh mereka.

Bacalah Al-Quran
Namun, apa yang ingin saya sampaikan ialah Islam telah menyediakan lebih hebat daripada Semangat Bushido tersebut dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Allah adalah Kalam Allah. Mulakan pagi anda (permulaan kerja) dengan membaca Al-Quran. Insyallah produktiviti dan semangat bekerja lebih dirasakan kerana Yakin akan janji Allah “Kerja sebahagian daripada IBADAH kepada ALLAH”. Bukan sahaja bersemangat malah dapat pahala lagi.
Saya tertarik dengan persekitaran kerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan saya cadangkan ia diikuti di semua tempat kerja di Malaysia. Apa yang berlaku disana?
Setiap pagi (8.30 pg) semua pegawai dari semua peringkat di bahagian masing-masing akan berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk Membaca Al-Quran beramai-ramai. Bacaan ini dipimpin oleh seorang pegawai secara bergilir-gilir setiap hari dan diikut beramai-ramai satu ayat demi satu ayat. 10 Ayat setiap pagi dan bacakan juga terjemahannya.
Firman Allah Ta’ala Surah Al-Ahzab 41-42
“Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”
Firman Allah Ta’ala Surah Ab-Nisa’ 103
“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring.”
Anda boleh lakukan juga secara sendirian setiap pagi.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM 2008
2008 at 10.10 pm12 | In Motivasi Diri, Peristiwa | 7 Comments
Hariri terima Anugerah daripada TNC HEP
Syukur atas nikmat Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki atas kurniaan kepada hambamu ini. Alhamdulillah.
24 Disember yang lalu, saya berkesempatan untuk ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa di kampus atas jemputan daripada HEP. Majlis ini bertujuan memberi penghargaan buat Siswa-siwi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan akademik sepanjang sesi 2007/2008. Majlis ini adalah Anugerah kali pertama seumpama ini di USIM dan sangat meriah sekali. TAHNIAH dan SYABAS buat HEP USIM.
Terima kasih kepada panel pemilih yang telah memilih saya untuk menerima ANUGERAH PERDANA SISWA USIM 2008. Semoga Allah membalas jasa baik tuan-tuan. Tahniah juga buat Kelab Debat yang berjaya menggondol Anugerah Perdana Emas dan Anugerah Pencapaian Terbaik. Tahinah buat semua penerima Anugerah.

hariri sedang menyampaikan ucapan

Hariri bersama penerima Anugerah Perdana Siswi (Khadijah FEM)
Jangan jadi lampu kecil yang hanya mampu menerangi dirinya sendiri tetapi jadilah lampu besar yang bukan sahaya menerangi dirinya bahkan menerangi orang lain juga.
Saya juga diberi penghormatan untuk memberikan ucapan mewakili semua penerima anugerah dan tidak lekang dari bibir saya untuk mengucapkan Syukur kepada Yang Maha Agung, terima kasih atas sokongan daripada Ahli Lembaga Pengarah USIM, Pentadbiran USIM, HEP, Para Pensyarah, Rakan-Rakan dan semua mahasiswa yang memberi dorongan dan bantuan.
Habis sahaja Majlis tersebut saya terus bergegas ke Merbok, Kedah untuk menghadiri Kenduri Kahwin sahabat sejati saya Mohamad Kasyfi Mohamad Taufik (Rakan sebilik selama 2tahun di KUSZA) dengan Siti Solehah Abd Kadir. Semoga berbahagia sahabat.

bersama rakan-rakan
Ustaz Mazad : Pendakwah Istimewa di JAKIM
2008 at 10.10 am12 | In Motivasi Diri, Peristiwa | 2 CommentsHari Isnin yang lalu bermulalah latihan amali saya di Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya sehingga penghujung bulan April nanti. Ada juga pelajar praktikal sama seperti saya dari UKM, Saudari Siti Nor Syuhada. Lapor diri sahaja pada pagi Isnin, terus saya ke Masjid Wilayah sebagai urusetia Program Dialog Ulama’ dan Umara’ bersama Timb. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak. Alhamdulillah sempat juga ketemu dengan beberapa tokoh terkemuka di Malaysia yang hadir ke Majlis ini seperti Dato’ Harussani (Mufti Perak), Prof Dr Sidek Baba, Dato Sheikh Ismail (Imam Besar Masjid Negara) termasuk Dato NC saya Prof Dato Dr Abdul Shukor Haji Husin dan ramai lagi.
Namun apa yang menarik untuk saya coretkan dalam entri kali ini ialah berkenaan seseorang yang sangat menakjubkan bagi saya di Bahagian Dakwah JAKIM ini. Insan hebat ini adalah Ustaz Kalam Mazad (Penolong Pengarah Bahagian Dakwah). Beliau seorang OKU yang buta matanya semasa beliau belajar diploma di KUSZA kerana kemalangan kereta.

Ustaz Mazad yang hebat
Lama juga saya berbual dengan beliau apabila menemani dan membantu Ustaz Mazad menjawab soalan Kemusykilan Agama melalui Laman Web JAKIM. Kagum saya melihat Ustaz Mazad yang buta matanya tapi celik hatinya. Komputer beliau mempunyai sistem tersendiri untuk orang OKU menggunakannya sehingga saya pun tidak faham cara penggunaannya. Bila tekan keyboard akan keluar suara. Dasyat.
Katanya, beliau diamanahkan untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh masyarakat melalui Laman Web JAKIM setiap hari. Hampir 500 soalan yang berbangkit setiap hari. Bayangkan orang setabah Ustaz Mazad menjalankan kerja menyelesaikan masalah umat islam semalaysia. Selain itu, beliau juga menjawab panggilan telefon setiap hari dari pemanggil yang ingin bertanyakan soalan tentang soal jawab Islam.
Subhanallah. Teringat pada lagu Hijjaz
Pandangan Mata selalu menipu, Pandangan Akal selalu tersalah,
Pandangan Nafsu selalu melulu, Pandangan Hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu Bersih.

Ustaz Mazad dan Komputer "ajaib" beliau
Ustaz Mazad seorang yang sangat baik budi pekertinya, santun bicaranya dan sangat merendah diri. Katanya, beliau tidak gundah apabila Allah tarik nikmat melihat dari mata malah beliau bersyukur kerana tiada dosa melalui mata yang akan dilakukannya. MasyaAllah, semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki padanya. Setiap hari Ustaz Mazad terpaksa memakan pelbagai ubat dan hampir 10 ribu harga ubatnya untuk memulihkan saraf matanya.
Apa yang boleh kita pelajari ialah biarlah Allah gelapkan pandangan mata namun tidak pada pandangan mata hati. Orang yang buta mata hatinya lebih teruk dari orang buta matanya. Apabila semua kerja dilakukan hanya berserah kepada Allah dan roh spiritual commitment ditanam dalam hati, InsyaAllah diberi petunjuk dan dilimpahkan rezeki oleh Yang Maha Pemberi Nikmat.
Balik sahaja dari praktikal di JAKIM terus pulang ke rumah kerana sebelah malamnya selepas maghrib mengajar Al-Quran berdekatan dengan rumah juga. Ada 2 anak murid yang “comel” Syahirah dan Sakinah.

Khusyuk sedang mengajar
Apabila Hati Ini Sudah Ditawan
2008 at 10.10 am12 | In Motivasi Diri, Peristiwa | Leave a Comment” Sungguh, Kami telah ciptakan manusia dan Kami tahu apa yang dibisikkannya dalam hatinya. Kami lebih dekat dengannya dari urat lehernya sendiri ” ( Qaaf :16 )
Sekadar cerita harian. Assalamualaikum saudara-saudari. Saya doakan semoga kita tergolong dalam orang yang bersyukur dan sentiasa tunduk akan kebesaran Allah yang Maha Kaya. Bila Hati sudah ditawan, Kelu Lidah tanpa bicara, tidak mahu yang lain menyapa namun hanya mahukan CintaNYA kerana Cinta itu membuat hati ini rapat dengan KuasaNYA. Subhanallah.
Saya mendapat panggilan dari En Yunus (saudara mara saya) mengajak saya untuk mengikuti training ESQ lagi tapi kali ini sebagai ALUMNI ESQ. Kebetulan beliau membawa isterinya mengikuti training ini. Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk saya turut sama dalam training kali ini yang berlangsung di Summit Hotel bermula 19-21 Dis bagi Angkatan KL 25. Sangat Luar Biasa !!!

Kad Alumni ESQ
Training kali ini dipimpin oleh Pak Aminul Rahman dan kelihatan Sdr Muqarrabin (Pendaki Everest & Jelajah Berbasikal mengelilingi Dunia) turut bertindak sebagai trainer. Pengacara rancangan Al-Hidayah TV9 Puan Raja Mazian juga ada disana sebagai peserta Alumni.
Namun apa yang paling menarik mengikuti training kali ini ialah saya dapat Recharge kembali roh Cinta kepada Allah melalui modul-modul yang dipersembahkan. Dahulunya saya sebagai peserta berada dibarisan hadapan sekali, tapi kini sebagai ALUMNI saya berada dibarisan belakang. Namun “rasa”nya tetap sama. Iman para Malaikat Kekal tidak bertambah dan berkurang, Iman para Rasul sentiasa bertambah tiada berkurang, Namun Iman manusia adakalanya bertambah dan ada ketikanya berkurang. Jadi kenalah jaga Imanmu, tak gitu
Hai manusia, telah datang kepadamu peringatan dan Tuhanmu adalah ubat bagi (penyakit) hati. (Telah datang kepadamu) petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman ” (Yunus :57)

Suasana dalam Dewan Training

ESQ 165
Apa yang menarik kali ini, saya bertemu dengan Pak Arief (trainer semasa di Penang) beliau yang memimpin training semasa saya menjadi pesertanya. Sungguh teruja dan mesra beliau mendampingi saya. Lama saya berbual dengannya dan Pak Arief sangat merendah diri orangnya serta tersusun bicaranya. Terpesona saya dibuatnya. Saya bertanya kepada Pak Arief bagaimana beliau boleh terlibat dan berminat untuk menjadi penggerak ESQ. Jawab beliau, dulu Pak Arief pernah bekerja disebuah organisasi namun tidak seronok dan membuat keputusan untuk terlibat menjadi Trainer ESQ. Hampir setahun menunggu dan Alhamdulillah beliau dipanggil oleh ESQ.
Katanya minggu yang lalu, beliau ke US untuk berceramah disana dan ada seorang remaja perempuan Islam mahu membunuh diri kerana merasakan hidupnya kosong, Tuhan tidak sayang kepadanya dan tidak tahu tujuan hidup. Apabila ditanya kepada ibu bapanya kepada mesti solat, ibu bapanya tidak tahu menjawab. Lantas beliau hilang arah dan mahu bunuh diri. Selepas mengikuti training ESQ, remaja ini kembali pulih dan mendapat semangat baru untuk hidup yang lebih bermakna. Kata Pak Arief, bukan daya saya untuk memberinya hidayah, bukan kerana 165 way, bukan kerana ESQ tetapi kuasa ALLAH.
Lantas saya berfikir, harta tidak memberi ketangan abadi (Harta kan habis), Keluarga tidak memberi ketenngan abadi (Ahli keluarga akan mati) namun yang Kekal memberi ketengan Abadi hanya Allah. Bila hati sudah ditawan dengan melihat keagunganNYA, saksikanlah aku hanya mencariMU ya Tuhanku.
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.