Pengalaman Menakjubkan Bersama ESQ Leadership Training
2008 at 10.10 pm11 | In Kembara Ilmu, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan, Tazkirah Rohani | 6 Comments
Sangat Berkesan !! Menginsafkan !! Allahu Akbar, syukur kerana memilih hambaMU ini.
Inilah kata-kata yang dapat saya coretkan pada permulaan entri ini. Sebuah pengalaman hidup yang cukup bermakna dalam hidup saya setelah melalui training bersama ESQ Leadership Center baru-baru ini.
Demi matahari dan sinarnya dipagi hari, Demi Dibulan apabila ia mengiringi,
Demi Siang hari bila menampakkan dirinya, Demi Malam apabila ia menutupi,
Demi Langit beserta seluruh binaanya,
Demi Bumi serta yang ada dihamparannya,
Demi Jiwa dan seluruh Penyempurnaanya.
Beruntung bagi yang menyucikannya
Rugi bagi yang mengotorinya.
Saya bersama Abg saya Ust Zarifi, adik saya Mohd Ihsan, ayah Tn Hj Daud dan ahli keluarga besar saya En. Yunus (pensyarah Uniten) berkelana ke Penang untuk mengikuti program training bersama ESQ Leadership Training pada 22 & 23 november 2008 yang diadakan di Dewan Mellenium, Kepala Batas. Bermacam-macam tanggapan awal dan gambaran yang kami berikan kepada training ini. Ini kali pertama kami mengikuti training dari ESQ. Ternyata tanggapan kami meleset dan sangat menakjubkan.
Saya tertarik dengan trademark ESQ 165 Feel the experiences for a meaningful life. Memang bukan hanya sekadar trademark tapi memberi inspirasi kehidupan yang lebih bermakna. ESQ sangat berbeza dari training yang lain.
Hari Pertama
7.30 pagi – saya bersama ahli keluarga bertolak dari Hotel Seri Malaysia, Sg Petani ke Dewan Mellenium, K.Batas dan kami tiba antara yang terawal mendaftar. Pak Jamal, Pak Idham dan Pak Arief (ESQ Trainers) memulakan training dengan cerita Nabi Ibrahim dan Nabi Musa yang mencari keyakinan dari Allah telah menyentak rasa keagungan Ilahi.
10.00 pagi – Slot Pertama bermula untuk meneroka ESQ Model 165. Slot ini pada mulanya hanya menunjukkan sinarnya matahari dan cerahnya rembulan tetapi sebenarnya lebih dari itu mencari siapa Tuhan kita yang disebut sebagai Star Principle dalam ESQ Model.
1.00 ptg – Slot Kedua berkenaan Angel Principle yang berkisar tentang keagungan disebalik nama-nama Allah Asma ul Husna. Nilai keikhlasan dan ihsan. Hubungan diantara nama-nama Allah dengan kehidupan seharian kita. Apa yang kita lakukan, dimana kita berada, apa yang kita suka semuanya kepunyaan yang Maha Esa. Allahu Akbar.
3.00 ptg – Slot ketiga menjelaskan God Spot. Titik ini adalah orbit badan kita. Jika cakerawala ada orbitnya dan manusia orbitnya adalah hati. Jika musnah orbitnya maka musnahlah jiwanya atau SUARA HATI. Hati tempatnya untuk Allah. Pak Arief dengan penuh syahdu menceritakan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang tidak pernah saya dengar sebegini rupa. Penuh keinsafan dan menusuk kalbu. Pengorbanan Cinta kepada Maha Perkasa. Subhanallah.
5.00 ptg – Slot terakhir untuk hari pertama berkenaan Zero Mind Process. Mencari SUARA HATI manusia untuk dekat kepada Allah. Bukan merosakkan hati untuk syaitan menguasainya.
Hari Kedua
7.30 pagi. – Seperti biasa tiba awal dan semangnya kami sentiasa terawal dan duduk pun dibarisan hadapan sekali. Semangat
.
8.00 pagi – Slot kelima ialah leadership principle. Menjelaskan 5 tingkat tahap kepimpinan yang dijelaskan oleh Maxwell. Ayah saya dipilih beraksi dalam slot game aktiviti leadership ini. Saya dan adik saya dipilih untuk aktiviti kepimpinan yang kedua. Natijahnya, pemimpin mesti membuang persepsi sebelum memimpin. Kisah hebatnya Rasulullah memimpin dan Rasulullah adalah pemimpin agung dan tertinggi. Selawat Ke atas Nabi. Sollu Alaik.
10.00 pagi – Slot keenam berkenaan Learning Principle. Hebatnya Jepun mempelajari ilmu dari US dan menjadi negara temaju. Sikap belajar orang Jepun. Kali ini abg saya Ust Zarifi yang menjadi “pembaca watikah” dalam segmen Survey diri. Namun bagi orang Islam, Al-Quran yang perlu dibongkarkan. Al-Quran lebih hebat dari orang Jepun dan US. IQRA, BACALAH dengan nama TUHANMU. baru kini ku mengerti kalam keramat itu.
2.00 ptg – Vision Principle memenuhi slot ketujuh. Ini saat yang kemuncak bagi training ESQ. masuk sahaja dewan selepas rehat sudah berdebar-debar. Semua bertanya apa agaknya yang akan berlaku. Memang dasyat dan menitiskan air mata semuanya tidak kira usia dan jawatan. SIAPA AKU YANG SEBENARNYA dan APA YAG AKU MAHU SEBENATNYA. Terima kasih Tuhan yang memberi kesedaran.
3.00 ptg – Prinsip yang terakhir iaitu Well Organize Principle. Kekuatan kalimah SYAHADAH yang sering kali dibaca namun tidak dirasa keperkasaan kalimah ini. SYAHADAH membuatkan Rasulullah bermati-matian, Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya, Nabi Musa melawan Firaun, Tariq Ziad pahlawan berani dan ramai lagi. Itulah kalimah Agung penguat semangat. Tiada yang lain sehebat ini.
5.00 ptg – Rangkuman tentang Mission Statement (Syahadah), Character Building (Solat), Self Controlling (Puasa), Strategic Collaboration (Zakat) dan Total Action (Haji).
Saya tidak mampu menceritakan semuanya dalam laman blog ini, anda harus merasainya sendiri pengalaman yang sungguh bermakna ini. Berbaloi dan menakjubkan. Anda akan rasai kekuatan baru muncul dalam jiwa nada. TAHNIAH DAN SYABAS buat ESQ leadership Training. klik www.esq.com.my
Saya bukannya promoter ESQ tapi saya telah melaluinya dan saya mengajak anda merasainya apa yang saya rasakan.
7 Kuasa Prof Murshidi menakluk dunia
2008 at 10.10 pm09 | In Kembara Ilmu, Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | Leave a CommentLagi kisah menarik saya semasa di Netherlands untuk saya kongsi bersama anda pembaca yang budiman. Kali ini tips kejayaan bersama insan bernama Prof Murshidi (bertali Leher Purple)
Sebelum menunggu sesi bersama Duta Malaysia ke Netherlands Dato’ Faridah tiba, saya sempat mencuri masa “mengorek” rahsia kejayaan Prof Murshidi yang merupakan pensyarah dalam bidang Seni di Lieden University dan juga bertindak sebagai “pemandu pelancong” kami disini. Prof Murshidi merupakan seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia dan dipinjamkan ke Lieden selama 5 tahun. Beliau seorang yang pakar dalam bidang kesenian dan merupakan antara individu yang banyak memberi sumbangan kepada warisan seni Negara.
Anda mugkin tetanya-tanya apakah kuasa 7 tersebut ? Kehebatan yang ada kepada prof Murshidi ialah beliau boleh bertutur serta menguasai 7 bahasa secara fasih. Bahasa yang dikuasai oleh Prof Murshidi ialah Bahasa Melayu, Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Dutch, Bahasa Inggeris dan Sepanyol. Apabila ada rakan rombongan dari bangsa cina (Siew Lin Exco MPMUM), maka prof bertutur dengan bahasa mandarin. Beliau juga kadang-kadang mengajak saya bertutur dalam bahasa arab memandang saya wakil tunggal yang boleh bertutur dalam bahasa arab (sikit-sikit je). Saya sungguh kagum akan kehebatan dan keajaiban yang dimilikinya. Inilah jua kuasa yang ada kepada Mahathir Lokman yang fasih bertutur dalam 6 bahsa membuatkan beliau menjadi jutawan dengan hanya berbekalkan modal kepelbagaian bahasanya sahaja.
Prof murshidi menyatakan bahawa dalam dunia hari ini, kuasa kepada pengusaan bahasa amat tinggi. Siapa yang boleh menguasai selain dari bahasa ibunda, mereka akan Berjaya. Dunia tanpa sempadan kini “memaksa” seluruh dunia berkomunikasi dengan pantas dan jika kita hanya seperti katak dibawah tempurung maka kita tidak akan ke mana.
Prof Murshidi juga berpesan kepada saya apabila bercakap bahasa melayu berbicaralah dengan bahasa yang betul dan tepat. Janganlah mencampur adukkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris. Gunakan penanda wacana yang betul, tatabahasa dan penyambung ayat agar bahasa kita terjaga. Apabila anda berucap atau bertutur dalam bahasa Inggeris maka bertuturlah dengan gaya bahasa inggeris dengan betul dengan sebutan, gaya serta intonasi seperti “orang putih” berbicara.. Katanya ini adalah salah satu karisma buat seorang pemimpin yang terbilang.
Pesanan Keramat – Tan Sri Jins Samsuddin
2008 at 10.10 am08 | In Kembara Ilmu, Petua Kejayaan | Leave a Comment![]()
Siapa yang tidak kenal dengan seniman agung negara Tan Sri Jins Samsuddin. Watak-watak yang dibawa oleh beliau sering mendapat tempat dihati penonton seperti filem Bukit Kepong, Isabella dan sebagainya. Tan Sri jins Samsuddin juga merupakan seniman pertama yang diangkat menjadi senator Dewan Negara dan sering bertindak sebagai ”pembela anak seni” di Dewan Negara. Tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah penganti kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee alaf baru.
Saya telah berkesempatan untuk berjumpa dan beramah dengan beliau di Malaysian Hall, London semasa lawatan pemimpin pelajar ke eropah pada bulan mei yang lalu. Kebetulan pada ketika itu di London sedang berlangsung ”Malaysia week” yang dirasmikan oleh Dato Dr Rais Yatim, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan bertujuan untuk mempromosikan kempen Melawat Malaysia 2007 sempena 50 tahun kemerdekaan. Terdapat pelbagai program yang disusun antaranya ialah Festival Filem Malaysia yang menayangkan beberapa filem terbaik Malaysia kepada masyarakat London seperti Cicak Man, Waris Jari Hantu, Jangan Pandang Belakang dan lain-lain.
Di celah-celah kepadatan jadual di London, saya sempat menceduk beberapa resipi kejayaan daripada Tan Sri semasa kami sedang makan. Saya meminta nasihat beliau buat para pemimpin muda seperti kami (ahli rombongan)? Lantas beliau menjawab, buat ”personal touch”. Ringkas tapi penuh mendalam maksudnya (orang seni katakan). Pemimpin yang baik ialah mereka yang selalu mendampingi rakyatnya sama ada dengan memberi salam, bertanya khabar, senyum penuh mesra, berbual seketika, bersukan dan bergaul dengan mereka. Jangan sesekali membangga diri, bongkak dan takabbur dengan jawatan yang diberi. Pemimpin yang sombong tidak akan bertahan lama. Pemimpin yang sentiasa mengamalkan sifat bertanya khabar lebih baik dari membuat program yang besar-besar. Inilah pemimpin yang baik.
Namun apa yang saya kagum dengan Tan Sri ialah sepanjang perbualan kami beliau sering memegang paha dan bahu saya agar saya tidak berasa gugup berbual dengan beliau. Sikap kemesraan yang dipamerkan memberi kesan kepada hati saya. Terima Kasih Tan Sri !!
Masjid Rotterdam yang menginsafkan
2008 at 10.10 am08 | In Kembara Ilmu | 1 Comment![]()
Hujan renyai-renyai turun membasahi kami dalam perjalanan pergi ke sebuah masjid bagi menunaikan solat zohor di bumi Rotterdam. Memang sukar untuk temui masjid disini, namun kami terpaksa berjalan hampir 5km dari Universiti Islam Rotterdam ke masjid yang terletak di pinggiran Bandar Rotterdam. Alhamdulillah, kami tiba juga di perkarangan masjid Rotterdam. Banggunan masjid yang tersergam indah ini tidak sebesar masjid Nilai namun ianya sangat unik. Tiba sahaja di masjid ini, kami disambut oleh para jemaah dengan begitu mesra sekali.
![]()
bersama dengan sahabat Muhammad Umar (Sukarelawan Masjid)
Ada apa dengan masjid ini ? Mungkin anda tidak pernah terfikir bahawa di dalam sebuah masjid akan ada beberapa meja snuker atau pusat cyber café. Inilah keunikkan dalam masjid ini. Masjid ini mempunyai 3 tingkat, tingkat 1 masjid adalah ruang solat lelaki, tingkat 2 pula memuatkan jemaah perempuan untuk solat dan bahagian bawah masjid merupakan tempat istirehat para jemaah. Tempat istirehat ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti permainan snuker, pusat internet, perpustakaan dan cafeteria sebagai tempat para jemaah berbual sambil menunggu azan berkumandang. Mungkin ini adalah strategi untuk menarik para remaja dan masyarakat islam untuk dekat dengan Masjid. Ternyata ramai daripada para remaja dating ke Masjid ini untuk solat dan meluangkan masa lapang mereka. Lantas saya terfikir alangkah baiknya Masjid kita di Malaysia dihidupkan dalam suasana mesra jemaah serta dijadikan “One Stop Center” untuk para jemaah singgah untuk solat.
![]()
Tempat Muazzin untuk melaungkan azan
Seperkara lagi yang membuatkan saya kagum ialah insan yang bernama Muhammad Umar yang berumur 25 tahun iaitu seorang sukarelawan yang bekerja sebagai “Tok Siak” di Masjid ini. Beliau dilahirkan di Maghribi tetapi sudah lama tinggal di Belanda dan juga merupakan penuntut di Universiti Islam Rotterdam. Apabila ada waktu lapang maka beliau akan singgah ke Masjid ini untuk bekerja. MasyaAllah !! Saya mendoakan sahabat saya Umar mendapat lindungan rahmat Allah atas keikhlasannya.
Negara Maju, Cantik, Bersih tapi….
2008 at 10.10 am06 | In Kembara Ilmu, Peristiwa | Leave a Comment![]()
Kota Amsterdam juga mempunyai tarikan dengan pelbagai muzium menarik untuk dikunjungi antaranya Van Gogh Museum, Van Loon Museum, Rijsk Museum, Rembrantdthuis, Shceepvaart/ Maritime Museum, Stedelijk Museum, Willet-Holthuysen Museum, dan banyak lagi. Disebalik muzium-muzium yang penuh dengan lakaran sejarah terselit satu keganjilan yang saya lihat aialah wujud sebuah lagi museum iaitu Sex Museum.
Museum ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai dan ianya satu-satunya museum yang masih dibuka selepas pukul 5.00 petang malah dimaklumkan bahawa ianya beroperasi sehingga larut malam.Selain itu, di sini terdapat kawasan yang dinamakn Red Light District yang menempatkan deretan kedai-kedai erotic, sex shop dan juga pusat-pusat pelacuran berlesen !
Paling mengejutkan saya hampir semua kedai-kedai cenderamata juga menjual barang-barang sex dan berbentuk lucah baik dari anak patung, key chain, tuala, permainan kanak-kanak dan sebagainya.Lebih dasyat lagi, zina, pergaulan bebas, kehancuran institusi kekeluargaan, budaya gay, lesbian dan segala macam bentuk maksiat dan seks adalah diiktiraf dan dibuat secara terang-terangan tanpa segan silu serta dianggap sebagai hak asasi manusia. Tidak siapa boleh melarang. Seperkara lagi, pemandangan di sini juga tercemar dengan remaja-remaja yang berpelukan dan bercumbu di sekitar bandar tanpa menghiraukan orang lalu lalang-lalang.
Allah SWT berfirman; “Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 39)
FirmanNya lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka, kecuali jalan ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian adalah mudah bagi Allah.” (An-Nisaa’: 169).
Basikal Tua Orang Dutch
2008 at 10.10 pm06 | In Kembara Ilmu, Peristiwa | Leave a Comment
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman melalui pemerhatian saya semasa lawatan pemimpin pelajar ke Eropah yang saya ikuti baru-baru ini. Baik, Siapa sangka sebuah negara yang indah dan maju seperti Belanda tetapi rakyatnya menaiki basikal. Budaya berbasikal ini bukan hanya dinaiki oleh golongan bawahan tetapi CEO syarikat, pensyarah, pegawai kerajaan, pelajar Universiti sehingga ke peringkat orang awam, mereka suka menaikinya.

Fokus di belakang saya ( terdapat deretan tempat parking basikal )
Bukan basikal berjenama seperti Lerun, BMX atau Olympic tetapi basikal tua yang atuk dan nenek kita naik 50 tahun dulu ketika mereka sedang bercinta. Anda mungkin terasa macam tidak percaya. Saya sendiri pun ketika melihatnya tidak percaya tetapi itulah hakikatnya.
Kerajaan Belanda telah mengistiharkan bahawa kenderaan basikal adalah “King on the road”. Apa yang menarik perhatian saya ialah budaya hormat-menghormati di atas jalan raya amat berhemah. Tidak kira si pemandu kereta adalah orang kaya namun tetap menghormati mereka yang berjalan kaki dan berbasikal. Bukankah ini adab-adab Islam dan mereka (masyarakat Dutch) yang mengamalkannya. Wah, Hebat bukan !! Jalan raya di Balanda mempunyai 3 lorong iaitu lorong kereta, tram (sejenis keretapi yang dipandu di atas jalan raya) dan lorong basikal. Rata-rata masyarakat disini suka berbasikal sambil menghirup udara nyaman. Lalu, timbul idea sukses dalam fikiran saya membayangkan semua mahasiswa USIM berbasikal di dalam kampus. Sekadar membayangkannya
Lawatan Pemimpin Pelajar ke Eropah
2008 at 10.10 am06 | In Kembara Ilmu | Leave a CommentSudah 2 minggu tidak update info dalam laman blog sendiri kerana saya mengikuti lawatan pemimpin pelajar IPTA ke europe (Netherlands, France n UK) dari 26 Mei sampai 10 Jun 2007 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Rasa bertuah dapat menimba pengalaman dan mempelajari banyak perkara atas budaya serta kemajuan teknologi bangsa eropah. Lawatan ini juga disertai oleh 30 pemimpin pelajar dari 19 IPTA yang majoriti adalah ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007.
Banyak tempat yang saya kunjungi sepanjang 2 minggu saya berada di sana antaranya UNESCO, Universiti Islam Rotterdam, University of Lieden, University of Manchester, University of Birmingham, British Library, Lurve Museum, ESIEE, ICJ dan banyak lagi. InsyaAllah saya akan berkongsi dengan anda dari masa ke semasa dalam laman ini. Jadi, selalulah layari laman ini ye…….
Saya juga sempat berjumpa dengan beberapa tokoh ternama di sana dan sempat juga mengutip mutiara-mutiara ilmu dari mereka antaranya Tan Sri Jins Samsuddin, Abg Najmil Faiz (Pencipta Nano Teknologi), Ustaz Erfino Johari (IKIM.fm) dan ramai lagi.
Dangkewell (TQ dalam bahasa Dutch)
Merci (TQ dalam bahasa Perancis)
Kembara ke Bumi Indonesia
2008 at 10.10 am06 | In Kembara Ilmu | 2 Comments25 Febuari 2007
9.00 am – Bertolak dari KLIA ( 15 orang mahasiswa USIM & 6 Pegawai USIM termasuk TNC HEP USIM )
11.00 am – Tiba di Lapangan Terbang Surabaya
11.30 am – Singgah sebentar di Kota Sirajoyo, Surabaya tempat berlakunya musibah banjir lumpur. Pada hari saya berada tempat kejadian sudah menjangkau hari yang ke-272 banjir lumpur tersebut. Air yang panas serta beracun itu tiba-tiba keluar dari perut bumi dan menyebabkan banjir yang besar. Banggunan serta rumah dikawasan tersebut musnah ditenggelami air lumpur. Saya difahamkan air lumpur ini berpunca daripada aktiviti cari gali petroleum yang dibuat oleh sebuah syarikat petroleum disana.
1.00 pm – Tiba di Kota Pandaan untuk makan siang ( Tengahari ) di warong salehan ayam goreng pak sholeh. Gerai makan disini ala-ala pondok dan para pengunjung akan duduk di atas tikar. Yang menarik disini ialah air yang dihidangkan iaitu air BERAS KENCHUR. Continue reading Kembara ke Bumi Indonesia…
SELAMAT DATANG
:.: Pandangan Mata selalu menipu, Pandangan Akal selalu Tersalah, Pandangan Nafsu selalu Melulu, Pandangan Hati itu yang Hakiki. Kalau Hati itu Bersih :.:-
Jumlah Pelawat
- 90,574 hits
Intisari
Taqwim Harian
November 2009 I S R K J S A « Jul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 -
Komentar Anda
admin pada KENALI HARIRI DAUD Azhar pada KENALI HARIRI DAUD Azhar pada KENALI HARIRI DAUD Pok Kulup pada Gomo Kelate Gomo – Final… norfazilah hassan pada Ceramah bersama Pendakwah Muda… lordapes pada Apa yang Dipilih : Kerja atau … kapak jempol pada 3 Hari bersama Pelatih Pusat G… haziq pada Susah Mengingat – Ada… abu uwaeis pada Khemah Ibadah di SK Seri … suhaila pada Susah Mengingat – Ada… Video Pilihan
- Watch videos at Vodpod.
> Mesti Klik
Laman Akhbar
Laman Ilmiah
- 99 Islam
- Akademi debat
- Al-Ahkam
- Al-Qardhawi
- Al-Qayyim
- Alam Siber
- Aman Palestin
- Angkasawan Negara
- Bahagian Dakwah JAKIM
- Bro Shahkirit
- DBP
- Dr Asri Zainal Abidin
- Dr Irfan Khairi
- Dr Said Ramadhan Al-Buti
- En Mad Hashim
- En Nizam Awang
- Faizal Tehrani
- Firdaus Mahadi
- Harun Yahya
- IKIM
- Imam Al-Ghazali
- INFAD
- Islam Online
- JAKIM
- Kamus Dewan
- Muhtar Suhaili
- My Kuliah
- Saiful Islam
- Ust Zaharuddin
- Ust Zahazan Mohamed
- Ustaz Erfino Johari
- Ustaz Hafiz Firdaus
- Ustaz Zarifi Daud
- Wikipedia
- YADIM
Laman Motivasi
- Ahmad Fadzli Yusof
- Akademi Penulis
- AKRAB
- Asas Insan
- Badrul Sani
- Blog Dr Shukri
- Dr Danial Zainal Abidin
- Dr Fadzilah Kamsah
- Dr HM Tuah
- Dr Shukri Abdullah
- Dr Tengku Asmadi
- ESQ Leadership Training
- Fifi
- Fitrah Perkasa
- Fitrah Power
- Ikram PTS
- Magnet Diri
- MPH Book Store
- Nizal Mohamad
- PTS
- Puan Ainon Sifu PTS
- Samsuddin Kadir
- TAMRIN
- Telaga Biru
- Telaga Emas
- Tentang Cinta
- Ustaz Zamri Mantop
- Zamri Mohamed
Laman Perbankan Islam
Laman Sahabat
Laman Santai
Laman Siswa
Laman Universiti
Saiful Islam
Ustaz Zahazan- Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
Ustaz Erfino Johari
Fadzli Yusof
Ustaz Zarifi-
Artikel Terkini
-
Artikel Popular
-
Yang Anda Suka
Artikel Pilihan Anda
Arkib
- Julai 2009
- Jun 2009
- Mei 2009
- April 2009
- Mac 2009
- Februari 2009
- Januari 2009
- Disember 2008
- November 2008
- Oktober 2008
- September 2008
- Ogos 2008
- Julai 2008
- Jun 2008
- Mei 2008
- April 2008
- Mac 2008
- Februari 2008
- Januari 2008
- Disember 2007
- November 2007
- Oktober 2007
- September 2007
- Ogos 2007
- Julai 2007
- Jun 2007
- Mei 2007
- April 2007
Meta
-
Spam Blocked
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.







