Hadiah Buat Pengantin Baru

2008 at 10.10 pm06 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tazkirah Rohani | 2 Comments

Entri ini lewat sedikit masuk namun saya tetap ingin dedikasikan khas buat sahabat-sahabat saya. Cuti sekolah yang lalu saya mengisi hari minggu saya dengan berkunjung ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat saya. Terima kasih kerana mengundang dan maaf juga kepada sahabat-sahabat yang menjemput namun tidak berkesempatan untuk hadir. Walaubagaimanapun, saya ucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru.

Dedikasi Khas Selamat pengantin Baru buat :-

1. Ustaz Hafiz Badaruzzaman dan Ustazah Nabilah

2. Ustaz Hanif Zakaria dan Cikgu Nana

3. Ustaz Asrul dan Ustazah Salma

4. Wan Siti Khadijah dan pasangan

5. Nor Faizah dan pasangan

6. Ustazah Railah Akal dan pasangan serta sahabat-sahabat yang lain yang saya mengetahui berita gembira ini namun belum sampai kad jemputannya.;-)

Apa yang saya hadiahkan kepada mereka? Peti Ais ? Kereta Toyota Cambry? Gelas Kaca? bukan jua tetapi hadiah keperluan pasangan dan sebuah buku istimewa “Hadiah Buat pengatin”. buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.

phpThumb_generated_thumbnailjpg

Hadiah

Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan.

Semoga nashkah kecil ini mengabadikan hadiah saya dalam doa mereka. Amin Ya Rabb.

Ya Allah Tuhan Kami, kurniakan kami isteri-isteri dan keturunan kami yang baik dan mengembirakan hati melihatnya. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.Amin

Apa yang Dipilih : Kerja atau Gaji ?

2008 at 10.10 pm05 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 5 Comments

cari_kerja_dikoran2

Photo by Google Image Seacrh

TAHNIAH kepada mereka yang sudah menamatkan pengajian masing-masing di IPT. Mungkin sekarang ini sibuk membuka laman web, membeli surat khabar dan menghantar seberapa banyak resume kepada syarikat-syarikat terpilih. Itu suasana biasa bagi “fresh graduate”. Ada beberapa orang telah menghubungi saya bertanyakan kerja kosong. Saya pun mencadangkan beberapa tempat dan kerja kosong yang saya ketahui.

Tempat ini ada jawatan kosong. Kerja begini…………. Gaji pula sebanyak ini ……….. Kalau berminat hantar resume dengan segera.

Aku tak retila nak kerja macam ini…..,

Aku tak minatlah……., Carilah yang Ok sikit

Apasal gaji sikit, aku ada digree…..

Ini antara jawapan yang saya terima. saya pun tidak berminat lagi untuk tawarkan kepada orang seperti ini. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan Ahmad Fadzli Yusof dalam artikel yang dipetik dari blog beliau www.kuasamotivasi.com apabila berbicara soal budaya mencari pekerjaan. Mungkin kita juga seperti ini.

Memilih Pekerjaan vs Memilih Gaji

Jauh bezanya di antara memilih pekerjaan dengan memilih gaji. Jika seseorang itu ada matlamat jangka panjang, dia sepatutnya memilih pekerjaan yang ada kaitan dengan impiannya itu; tidak kira berapa jumlah bayaran yang dia terima. Masalah ramai penganggur ialah; mereka tiada impian yang besar, tiada impian jangka panjang. Akhirnya, otak mereka tertumpu kepada pekerjaan yang senang, dengan bayaran yang tinggi. Mereka melompat-lompat dari satu industri, ke industri yang lain. Mula-mula operasi perkilangan, lepas itu pengurusan hartanah, lepas itu pemasaran pertanian, dan kemudiannya khidmat pelanggan di bank. Selepas itu dia asyik lompat dan lompat, tanpa membina kredibiliti dalam bidang tertentu.Fokus mereka adalah ‘berapa RM yang masuk dalam akaun setiap hujung bulan’.

Saya pernah mendapat resume daripada seorang pemohon yang mempunyai ‘pengalaman bekerja’ dengan 7 buah organisasi dalam masa dua tahun! Dia menyatakan dengan bangga tentang ‘pengalamannya’ itu, dengan meminta gaji tinggi yang tidak setimpal pun dengan kredibilitinya. Dahlah daripada background jawatan-industri yang berbeza, kerja pula tak sampai dua bulan,kemudian berhenti. Itu bukan pengalaman namanya, itu ‘pendurhakaan kerjaya’. Setelah penat organisasi meluangkan masa dan kos untuk latihan kecekapan, alih-alih dia keluar pula!

Sebaliknya, orang yang mempunyai impian yang besar sepatutnya memohon kerja yang ada kena-mengena dengan impian tersebut. Jikalau dia bercita-cita untuk memiliki rangkaian restoran francais 20 tahun akan datang, maka dia perlu sanggup bekerja sebagai juruwang, pelayan, penyambut tetamu, pencuci pinggan, tukang masak dan bermacam lagi kerja yang berkait dengan industri tersebut; tanpa memberikan pertimbangan yang terlalu besar terhadap berapa gaji yang diperolehi.  Pilih pekerjaan, bukan pilih gaji!

Sambutan Hari Kekasih Salah Disisi Islam

2008 at 10.10 pm02 | In Idea Sukses, Peristiwa, Petua Kejayaan, Tazkirah Rohani | 4 Comments

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam oleh Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009. Sumber dari Laman Web JAKIM www.islam.gov.my

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

3270144640_9bb0416e072

Say No To Valentine Day

 

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

 

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.’ Surah al-Ghaafir: 39

Falsafah Semangat Bushido

2008 at 10.10 am01 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | Leave a Comment
cooltext91293179

Bushido

Semangat yang kononya diwarisi turun-temurun daripada semangat kesatria samurai (Pahlawan Ulung Bangsa Jepun) dan semangat ini telah membawa perubahan besar dalam pembangunan kemajuan Jepun yang tiada penafiannya. Pidato Meiji yang sangat popular “kita sudah punyai baju barat, kereta kebal, pistol tapi kita tidak boleh lupa asal kita, dari mana kita datang” .

 

Secara akalnya, selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika melenyapkan bangsa Jepun dan melumpuhkan ekonominya Namun kurang 20 tahun mereka kembali bangkit dan digelar sebagai Naga Asia.

 

7 Prinsip Bushido

1. Gi (Pengambilan keputusan berdasarkan kebenaran, meskipun mati dengan keputusan itu, matilah dengan gagah karena matinya terhormat),

2. Yu (Berani dan kestaria)

3. Jin (murah hati, mencintai sesama)

4. Re (Santun, bertindak benar)

5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya)

6. Meiyo (menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan)

7. Chugo (Mengabdi)

 

Sebuah syarikat kereta Mitsubishi yang terkenal telah mengaplikasikan Semangat Bushido dalam persekitaran kerja mereka. 7 Prinsip ini dihayati dan diingat setiap pagi sebelum memulakan kerja. Setiap pagi juga mereka akan melaungkan “Aku JUARA” sebanyak 20 kali. Cuba sekarang anda laungkan AKU JUARA 20 kali dan apa yang anda rasakan sekarang? Bersemangat, ingin maju kehadapan dan berkobar-kobar. Inilah yang dirasakan oleh mereka.

456659425_9aa16d0dc9

Bacalah Al-Quran

 

 

Namun, apa yang ingin saya sampaikan ialah Islam telah menyediakan lebih hebat daripada Semangat Bushido tersebut dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Allah adalah Kalam Allah. Mulakan pagi anda (permulaan kerja) dengan membaca Al-Quran. Insyallah produktiviti dan semangat bekerja lebih dirasakan kerana Yakin akan janji Allah “Kerja sebahagian daripada IBADAH kepada ALLAH”. Bukan sahaja bersemangat malah dapat pahala lagi.

 

Saya tertarik dengan persekitaran kerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan saya cadangkan ia diikuti di semua tempat kerja di Malaysia. Apa yang berlaku disana?

 

Setiap pagi (8.30 pg) semua pegawai dari semua peringkat di bahagian masing-masing akan berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk Membaca Al-Quran beramai-ramai. Bacaan ini dipimpin oleh seorang pegawai secara bergilir-gilir setiap hari dan diikut beramai-ramai satu ayat demi satu ayat. 10 Ayat setiap pagi dan bacakan juga terjemahannya.

 

Firman Allah Ta’ala Surah Al-Ahzab 41-42

“Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”

 

Firman Allah Ta’ala Surah Ab-Nisa’ 103

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring.”

 

Anda boleh lakukan juga secara sendirian setiap pagi.

Bangkit Muslimin Hayya Bil Jihad

2008 at 10.10 am01 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tazkirah Rohani | 1 Comment

Wahai Saudaraku, Wahai Manusia, Wahai Hamba Allah.

Demi Matahari dan Sinarnya Dipagi Hari,

Demi Bulan Apabila Mengiringi,

BANGKIT MUSLIMIN, BANGKIT BERJIHAD !!

ALLAH sedang Memanggilmu sahabatku

Ya Allah yang Maha Perkasa, Ya Allah yang Maha Gagah. Tiada Tuhan melainkanMu dan Muhammad pesuruhMu. Sahabat-sahabat, marilah kita berjihad semampu kita. Apa yang kita perlu lakukan sekarang ?

1. Boikot Barangan Israel dan AS. Jangan sampai anda merupakan penyumbang peluru yang menembusi tubuh Para Syuhada.

3185872692_44f8898c76

Boikot ISRAEL & AS

boycot3

Jangan Anda menjadi Pelurunya

2. Membaca Doa Nazilah. Ya ALlah yang pernah menghancurkan tentera Musyrikin dengan burung Ababil maka Kami Bermohon Ya Allah hancurkan Israel sedasyat-dasyatnya

qunut-nazilah

Qunut Nazilah

Ya Allah..
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah..
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ada apa dengan Ms Sophie Hogerzeil

2008 at 10.10 pm08 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tips Komunikasi | 1 Comment

Memimpin badan tertinggi pelajar di sebuah Universiti 15 terbaik didunia bukanlah perkara yang mudah. Namun, itulah tanggungjawab yang perlu digalas oleh Presiden of Lieden Students Council iaitu Ms Sophie Hogerzeil dan merupakan pelajar tahun 3 dalam jurusan kesenian di University of Lieden, Belanda. Baru berusia 19 tahun namun sudah menggalas tugas besar sebagai pemimpin pelajar disini.

Ini cerita kembara tahun lalu (2007) tetapi saya baru menulis pengalaman ini. Ketika itu, saya pertama kali mendengar beliau berucap semasa dalam sesi dialog pemimpin pelajar University of Leiden dan pemimpin pelajar Malaysia amat teruja saya dibuatnya. Apa tidaknya, kehebatan beliau menyampaikan ucapan dan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya telah menambat hati semua pendengar. Tidak hairanlah beliau menang besar dalam pemilihan sebagai seorang Presiden pelajar.

Selepas selesai sesi dialog, saya telah berpeluang untuk berbual sambil menikmati hidangan tengahari iaitu minuman oren jus dan sebiji epal. Sempat juga saya belajar beberapa perkataan bahasa Belanda dari beliau. Dalam kerancakkan perbualan kami, saya bertanyakan kepada beliau apakah cabaran kepada beliau sebagai seorang Presiden pelajar seorang wanita, masih muda dan berhadapan dengan karenah pelajar dari pelbagai negara. Kata Sophie, bina hubungan baik dengan semua orang. Anggaplah mereka semua rakan baik anda.

Saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Presiden pelajar tetapi saya jadikan diri saya sebahagian dari mereka. Apa yang saya lakukan ialah Student Council pimpinan saya tidak akan membuat sebarang program. Program hanya dilakukan oleh Kelab dan persatuan yang ada disini. Kami hanya memberi sokongan. Jadi apa yang kamu lakukan?

Katanya, Saya dan rakan-rakan hanya bertindak sebagai penasihat dan penghubung di antara pelajar dan pentadbiran. Tugas saya hanya menumpukan kepada mesyuarat dengan pentadbir dan perkara-perkara dasar Universiti yang berkait dengan pelajar. Itu sahaja.

Mungkin ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari pemimpin wanita ini iaitu membina hubungan baik dengan semua orang dan menumpukan kepada tugas asasi sahaja.

Susah Mengingat – Ada caranya

2008 at 10.10 am10 | In Idea Sukses | 14 Comments

Peperiksaan Akhir semester untuk siswa-siswi IPT akan berlangsung tidak lama lagi termasuk juga saya yang akan memulakan peperiksaan pada 1 November ini (Doakan saya) . Saya ingin berkongsi dengan anda rakan pembaca dengan teknik mengingat sempena dengan musim peperiksaan. Ramai orang yang siang malam membaca tapi gagal mengingat apa yang dibaca. Ada juga situasi mereka yang study maut membaca tetapi “blank” didewan peperiksaan. Apa yang terjadi? beberapa anggapan boleh dibuat sama ada mereka membaca membabi buta sahaja tanpa memahaminya atau salah teknik hafalannya atau tidak membaca buku langsung.

Tony Buzan, seorang pakar dalam bidang menguatkan ingatan (namun yang lebih pakar ialah para sahabat yang mengingat beribu-ribu Hadith & Hafaz Al-Quran) mengatakan bahawa masalah utama yang sering melanda minda dan otak seseorang adalah cepat lupa. Bagi beliau kurangnya ingatan seseorang bukan disebabkan usia namun berpunca daripada kurang memerahnya.

Sekiranya kita sentiasa mengasah minda dan otak kita maka tahap ingatan kita akan bertambah dari masa kesemasa. Bagaimana untuk mengasah Otak? Saya akan cuba membantu anda.

Baik saudara, otak kita mudah ingat dan berfungsi kepada sesuatu yang bersifat imaginasi dan gambaran. Kesukaran mengingat sesuatu perkara boleh diatasi dengan anda menukarkan fakta atau info yang anda baca dengan mengaitkan sesuatu imej yang lain.  Menurut ahli psikologi Amerika Roger Sperry mendapati bahawa kedua-dua bahagian otak kita mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

Otak Kananmemberi fokus kepada emosi, muzik, imej, warna warni, kira-kira

Otak Kirimemberi fokus kepada objek hitam putih, bahasa, arahan

Jesteru untuk melatih minda anda supaya aktif berfikir serta cepat ingat cuba anda tukarkan info bacaan anda dengan imej yang lain atau dengan kaedah mudah iaitu PETA MINDA. Anda juga boleh mewarnakan nota anda dengan “highlighter” dengan warna yang ceria supaya minda anda terangsang untuk minat membacanya dan mengingatnya. Jangan biarkan nota anda kosong sahaja. Cubalah anda akan merasai satu perubahan kepada kekuatan ingatan anda.

Sedikit renungan ” Sehebat-hebat teknik ingatan ialah dengan membaca dan menghafaz Al-Quran”   

Berehatlah…..anda akan CEMERLANG

2008 at 10.10 am09 | In Idea Sukses, Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | 2 Comments

 Saya bersama exco MPP USIM semasa di Tasik Kenyir, Terengganu untuk program terakhir MPP sebelum dibubarkan.

Ada orang yang mati kerana banyak bekerja. Pagi petang siang malam sentiasa berfikir tentang kerja sehingga lupa akan kehidupan keluarga hatta tidak cukup masa untuk beribadat kepada Allah. Kerja kerja kerja kerja itu sahaja yang ada dimindanya. Di dalam sebuah badan organisasi mempunyai pelbagai ragam pekerjanya sama ada anda berada dalm organisasi sekolah, persatuan pelajar, badan pengawas ataupun organisasi besar tempat anda bekerja.

Ragam organisasi juga sering mengelombang dengan konflik dan konflik ini adalah lumrah didalam organisasi sama ada konflik sesama rakan sekerja, pekerja dengan majikan, pengawas dengan ketua pengawas, exco dengan pengerusi, ajk sesama ajk dan sebagainya. Perbezaan pendapat, pendirian serta idea yang sering bertembung didalam mesyuarat sebenarnya menguatkan organisasi anda. Jika organisasi anda hanya “anguk-anguk, geleng-geleng” sahaja maka ia memberi petanda kepada organisasi yang lemah dan lembap kerana semuanya jadi pak turut semata.

Apa yang perlu anda lakukan untuk kembalikan keharmonian organisasi? Banyak cara yang boleh dilakukan dalam pengurusan konflik namun apa yang saya nak di “highlight” kan ialah bercuti. Bercuti tidak semestinya memakan masa 2 atau 3 hari tetapi cukup sehari tetapi impaknya besar seperti family day atau program berbuka puasa. Bercuti bukan sahaja menjadi formula terbaik untuk persekitaran organisasi anda tetapi baik juga untuk yang seisi keluarga. Jesteru, ada beberapa perkara sebagai tips di hari indah anda bersama organisasi :-

1. Pilih tempat yang sesuai seperti tasik, pantai atau taman rekreasi (tidak perlu memilih tempat yang mahal atau perlukan kos yang tinggi kerana membazir sahaja).

2. Lakukan aktiviti yang ringan-ringan sahaja dan tidak memerlukan mereka berfikir secara kritikal.

3. Libatkan semua peserta dalam setiap aktiviti dan pastikan jangan wujud diskriminasi atau berpuak-puak.   

4. Wujudkan interaksi harmoni sesama ahli dan gambarkan mereka kepada situasi yang indah jika suasana ini wujud ditempat kerja nanti.

Minda dan tubuh anda perlukan rehat untuk menghilangkan stress. Jadi, berehatlah untuk berjaya.  

Siapa Angkasawan Negara ?

2008 at 10.10 pm09 | In Idea Sukses, Peristiwa | 3 Comments

sozuztma11crew.jpg

Saya sempat melayari blog rakan saya iaitu Ali Asyraf Mohamed dan saya amat tertarik dengan isu yang dipaparkan berkenaan dengan Calon Angkaswan Malaysia. Emm, mungkin kita tertanya-tanya siapakah antara 2 sama ada Dr Muzafar atau Kapten Faiz ? Teruskan membaca artikel dibawah ini………. 

Baru-baru ini (3/9/07), kerajaan telah mengumumkan kepada sekalian rakyat bahawa sesungguhnya angkasawan pertama akan diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Sebagaimana biasa, saya bersiar-siar di internet untuk memenuhi masa lapang, lantas menemui beberapa artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Bukannya berniat untuk membuat spekulasi, tetapi agak menarik untuk membuat smart guess tentang siapa yang akan mewakili Malaysia.

Satu artikel dari NASA telah menyebut bahawa pada Oktober nanti, sebahagian peserta Expedition 16 ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa (ISS) akan menaiki Soyuz dan berlepas dari Kazakhstan yang mana antara pesertanya ialah Sheikh Muszaphar Shukor dari Malaysia. Maknanya, jikalau artikel ini sahih (kalau tidak sahih, tidaklah ia dipresskan oleh NASA), Dr Sheikh Muszaphar akan menjadi angkasawan pertama Malaysia.Sozuztma11crew Bukan sekadar itu sahaja, saya juga telah menemui gambar penumpang Soyuz TMA-11 juga di laman web NASA, yang mana gambar tersebut jelas menunjukkan tiga penumpang termasuklah Dr Sheikh Muszaphar. Sekadar makluman, dua lagi penumpang tersebut ialah Yuri Malenchenko (dari Rusia) dan Peggy Whitson (dari AS, merupakan komander penerbangan angkasa wanita pertama). Walaupun artikel ini bukanlah suatu kenyataan, namun artikel ini dibuat berdasarkan satu conference yang diadakan di NASA.

Maka, saya ingin membuat suatu tekaan, bahawa Dr Sheikh Muszaphar akan pergi ke angkasa lepas, manakala Kapten Dr Faiz Khaleed akan menjadi back-up.

Apa pilihan anda?

TAHNIAH buat AQ

2008 at 10.10 pm07 | In Idea Sukses, Peristiwa | 2 Comments

akademi1.gif

Pertandingan Akhir Akademi Al-Quran musim ke-2 telah mengangkat juara baru iaitu Anuar Bin Hasin dalam pertandingan peringkat akhir yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 Julai 2007. MPP USIM ingin merakamkan ucapan TAHNIAH buat saudara Anuar Hasin, Hafaz Ali, Muslim Ali dan finalis yang lain kerana berjaya menjadi ikon buat remaja hari ini untuk mencontohi mereka. Program realiti TV bermanfaat ini telah menarik beribu-ribu penonton berpusu-pusu untuk hadir menyaksikan bacaan Al-Quran para finalis dan tidak kurang pula mereka yang menonton layar kaca televisyen di rumah masing-masing.

Program yang bertemakan “melahirkan generasi Al-Quran” sedikit sebanyak memberi ilmu bermanfaat khususnya ilmu bacaan Al-Quran buat para penonton yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Senario penerbitan TV sekarang ini banyak mengajak penonton ke era program realiti TV lantas tampilnya AQ ini dapat memberi juadah berlainan kepada remaja khususnya dikala para remaja kini dihidang dengan pelbagai rancangan realiti TV tidak bermanfaat. MPP USIM mengucapkan TAHNIAH kepada TV 9 dan krew penerbitan kerana istiqamah untuk meneruskan program bermanfaat sebegini dan saya percaya bahawa program keagamaan yang diberi nafas baru ini mampu menyuntik selera penonton untuk memilih rancangan ini sebagai pilihan dekat di hati. Continue reading TAHNIAH buat AQ…

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.