Khemah Ibadah di SK Seri Saujana
2008 at 10.10 am06 | In Peristiwa | 6 Comments“En Hariri pun kami sudah anggap sebahagian daripada warga Sekolah ini”. Kata Ustaz Nazri (Guru) kepada saya semasa saya datang berceramah di SK Seri Saujana, Cheras.
Tahun ini adalah tahun keempat pihak sekolah memilih untuk menjemput saya menyampaikan ceramah dalam program keagamaan dan motivasi untuk pelajar disini. Seingat saya, bermula dari tahun 2006 ketika saya Tahun kedua pengajian di USIM hinggalah saya kini, pihak sekolah masih sudi menjemput.
Kenapa tidaknya, dalam setahun 2,3 kali saya dijemput. Ini sudah tahun keempat.Maknanya lebih kurang 8 hingga 12kali saya memberi ceramah di sini.
Apa yang menarik di sekolah ini ialah kerjasama erat guru-guru walaupun berbeza matapelajaran yang di ajar namun sangat menyokong apa jua aktiviti keagamaan dan motivasi pelajar. Semoga sekolah ini terus sukses.
Saya pernah berseloroh “Tahun ini jemput orang lain pula kot,saya nak rehat.” Puan Guru Besar jawab kepada saya “Kami pun nak cari orang lain, tapi apabila mesyuarat nama En Hariri juga yang keluar.”
Terima kasih guru-guru SK Seri Saujana kerana “setia” menjemput saya.
6 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
laris sungguh dipinang…
.
Hariri : Alhamdulillah, semoga usaha dakwah ini diredhoi
Komen oleh illias masri — 2008 #
tahniah!!!
.
Hariri : Terima Kasih MEO
Komen oleh MEO — 2008 #
Tahniah! (Entah bila dapat dengar ceramah Ustaz Hariri)
.
Hariri : Tunggu Tazkirah di Pejabat ye
Komen oleh Na — 2008 #
slm ziarah.rasanya saudara dipilih bukan saja kerana guru2 suka,tapi yg lebih penting pelajar2 pun sukaa:) (ganda dua)
.
Hariri : Bukan itu sahaja, peniaga kantin sekolah dan tukang kebuh pun sama.hehee
Komen oleh qiraat tak masyi — 2008 #
Bolehlah saya jemput ke Uganda.
.
Hariri : Saya tidak mahu ke luar negara waktu ini disebabkan H1N1
Komen oleh zamrimohamad — 2008 #
bleh bg emil us hariri @ no hp.tq
Komen oleh abu uwaeis — 2008 #