Hadiah Buat Pengantin Baru
2008 at 10.10 pm06 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tazkirah Rohani | 2 CommentsEntri ini lewat sedikit masuk namun saya tetap ingin dedikasikan khas buat sahabat-sahabat saya. Cuti sekolah yang lalu saya mengisi hari minggu saya dengan berkunjung ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat saya. Terima kasih kerana mengundang dan maaf juga kepada sahabat-sahabat yang menjemput namun tidak berkesempatan untuk hadir. Walaubagaimanapun, saya ucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru.
Dedikasi Khas Selamat pengantin Baru buat :-
1. Ustaz Hafiz Badaruzzaman dan Ustazah Nabilah
2. Ustaz Hanif Zakaria dan Cikgu Nana
3. Ustaz Asrul dan Ustazah Salma
4. Wan Siti Khadijah dan pasangan
5. Nor Faizah dan pasangan
6. Ustazah Railah Akal dan pasangan serta sahabat-sahabat yang lain yang saya mengetahui berita gembira ini namun belum sampai kad jemputannya.;-)
Apa yang saya hadiahkan kepada mereka? Peti Ais ? Kereta Toyota Cambry? Gelas Kaca? bukan jua tetapi hadiah keperluan pasangan dan sebuah buku istimewa “Hadiah Buat pengatin”. buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.
Hadiah
Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan.
Semoga nashkah kecil ini mengabadikan hadiah saya dalam doa mereka. Amin Ya Rabb.
Ya Allah Tuhan Kami, kurniakan kami isteri-isteri dan keturunan kami yang baik dan mengembirakan hati melihatnya. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.Amin
2 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
wan siti khadijah? macam nama student usim je, abg hariri kan? ustaz hafiz dan ustazah nabilah tu pula student uia, betul tak? tahniah dan barakallahu kuma..
Komen oleh atthiah — 2008 #
Hadih untuk pengantin Malu ada tak?
Ngeh ngeh
.
Hariri : Hadiah dia lempang je.Malu tapi nak kahwin.hehehe
Komen oleh zamri mohamad — 2008 #