Madah Hiasan Mukmin

2008 at 10.10 pm06 | In Tazkirah Rohani | 2 Comments

Dalam sujud

Tuhan, Engkau Maha Besar,

Jauhkan aku dari segala salah

Seperti Engkau jauhkan timur dan barat

Bersihkan aku dari kesalahan

Seperti pakaian putih bersih dari kotoran

Cucilah segala salahku dengan air,salju dan embun.

Engkau Maha Suci

Dengan memujiMu aku mohon ampun

Semoga Engkau mendengar orang yang memuji

Ampunilah

Kasihanilah

cukupilah

Tunjukilah

Curahkanlah rezeki untukku.

Tuhan, aku berlindung kepadaMu

Dari siksa jahanam dan kubur

Dari fitnah hidup dan mati

Dari fitnah pengembara yang dusta

Berbahagialah dengan rahmat dan berkat Allah Tuhan  yang Maha Pengasih.

Kata-kata ini saya ambil dari buku 40 Hiasan Mukmin : Jalan Mudah Menjadi Mukmin Sejati hasil karya Prof Dr H.Muhammad Chirzin. Ketika saya sedang membaca buku ini, saya temui kata-kata ini yang saya kira penuh falsafah keinsafan. Semoga kita mendapat manfaatnya. Insyallah saya bercadang untuk memasukkan kategori baru iaitu Duniaku Buku.Semoga istiqamah.

2 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. Bagusnya anak yang soleh ini…
    Semoga terus sukses dalam hidup! ;)
    .
    Hariri : Cik Husna datang ziarah. ;-) sejak bila jadi ungu bukan daun ke.;-)

  2. salam…tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke http://www.nusanaga.blogspot.com

    selain tu boleh eratkan tali persaudaraan…nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu…

    wassalam


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.