Sehari bersama Eldaterra Seri Puteri, Cyberjaya

2008 at 10.10 am06 | In Peristiwa | 6 Comments

Sabtu lalu, saya berpeluang untuk menjadi fasilitator RK Training sempena program motivasi PMR Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Pengemudi RK Training Tuan Ahmad Fadzli Yusof, Tuan Amin, Tuan Abdul Razak sebagai penceramah popular manakala saya dan sahabat saya zukhairi bertindak sebagai fasilitator pujaan ramai ;-) .

Happening, semangat, sepakat, persahabatan, menghormati orang, tidak putus asa, sentiasa inginkan cabaran itulah Eldaterra.

DSC01338

suasana di dalam dewan

DSC01354

Tuan Razak menamatkan sesi Explorace

DSC01352

Biar kalah tapi Happy ;-)

Masuk sahaja kami ke dalam dewan utama Pusat Komuniti Cyberjaya tempat program berlangsung sudah mendapat tepukan gemuruh dari Eldaterra. Sesi Ice breaking dimulakan dengan suasana penuh bersemangat dan menyeronokkan. Eldaterra sangat best….

Setiap sesi berlangsung, ketua Eldaterra mengucapkan salam buat kami dan berdoa beramai-ramai pembuka sesi dan apabila selesai majlis juga mengaminkan doa serta membaca surah al-asr beramai-ramai. Eldaterra sungguh sepakat dan menghormati orang lain…..

DSC01357

Jejak Kasih ;-)

eldaterra-4-10

Tugu Negara Eldaterra ;-)

eldaterra-4-11

Ya Allah sakitnya tapi aku tahan jua ;-)

Sanggup sujud dan 3 rakan lain berdiri atas tulang belakangnya semata-mata utuk mempertahankan piramid manusia mereka teguh. Tingginya nilai persahabatan dan kasih sayang mereka. Eldaterra mengagumkan….

Tuan Abdul Razak mengakhiri ucapan dengan 2 ayat “Carilah helah untuk bersahabat dan jangan cari alasan untuk bermusuh”.

Tuan Fadzli Yusof diakhir majlis penutup memberi kata-kata azimat dengan sebuah kisah agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail penuh inspirasi.

“Setiap kejayaan itu memerlukkan pengorbanan sebagimana tingginya pengorbanan Nabi Ibrahim kepada Allah”.

Terima kasih Tuan Amin kerana sudi memberi peluang kepada saya. Terima kasih RK Training. RK Training memang best….

Khemah Ibadah di SK Seri Saujana

2008 at 10.10 am06 | In Peristiwa | 6 Comments

“En Hariri pun kami sudah anggap sebahagian daripada warga Sekolah ini”. Kata Ustaz Nazri (Guru) kepada saya semasa saya datang berceramah di SK Seri Saujana, Cheras.

DSCN0383Tahun ini adalah tahun keempat pihak sekolah memilih untuk menjemput saya menyampaikan ceramah dalam program keagamaan dan motivasi untuk pelajar disini. Seingat saya, bermula dari tahun 2006 ketika saya Tahun kedua pengajian di USIM hinggalah saya kini, pihak sekolah masih sudi menjemput.

Kenapa tidaknya, dalam setahun 2,3 kali saya dijemput. Ini sudah tahun keempat.Maknanya lebih kurang 8 hingga 12kali saya memberi ceramah di sini.

Apa yang menarik di sekolah ini ialah kerjasama erat guru-guru walaupun berbeza matapelajaran yang di ajar namun sangat menyokong apa jua aktiviti keagamaan dan motivasi pelajar. Semoga sekolah ini terus sukses.

Saya pernah berseloroh “Tahun ini jemput orang lain pula kot,saya nak rehat.” Puan Guru Besar jawab kepada saya “Kami pun nak cari orang lain, tapi apabila mesyuarat nama En Hariri juga yang keluar.”

Terima kasih guru-guru SK Seri Saujana kerana “setia” menjemput saya.

Hadiah Buat Pengantin Baru

2008 at 10.10 pm06 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tazkirah Rohani | 2 Comments

Entri ini lewat sedikit masuk namun saya tetap ingin dedikasikan khas buat sahabat-sahabat saya. Cuti sekolah yang lalu saya mengisi hari minggu saya dengan berkunjung ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat saya. Terima kasih kerana mengundang dan maaf juga kepada sahabat-sahabat yang menjemput namun tidak berkesempatan untuk hadir. Walaubagaimanapun, saya ucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru.

Dedikasi Khas Selamat pengantin Baru buat :-

1. Ustaz Hafiz Badaruzzaman dan Ustazah Nabilah

2. Ustaz Hanif Zakaria dan Cikgu Nana

3. Ustaz Asrul dan Ustazah Salma

4. Wan Siti Khadijah dan pasangan

5. Nor Faizah dan pasangan

6. Ustazah Railah Akal dan pasangan serta sahabat-sahabat yang lain yang saya mengetahui berita gembira ini namun belum sampai kad jemputannya.;-)

Apa yang saya hadiahkan kepada mereka? Peti Ais ? Kereta Toyota Cambry? Gelas Kaca? bukan jua tetapi hadiah keperluan pasangan dan sebuah buku istimewa “Hadiah Buat pengatin”. buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.

phpThumb_generated_thumbnailjpg

Hadiah

Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan.

Semoga nashkah kecil ini mengabadikan hadiah saya dalam doa mereka. Amin Ya Rabb.

Ya Allah Tuhan Kami, kurniakan kami isteri-isteri dan keturunan kami yang baik dan mengembirakan hati melihatnya. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.Amin

Selamat Hari Bapa Mithali

2008 at 10.10 pm06 | In Peristiwa | 6 Comments

Jumaat yang lalu, saya solat jumaat di Masjid Wangsa Melawati. Khatib ketika itu membaca khutbah bertajuk Bapa Mithali sempena Hari Bapa. Terlintas untuk saya dedikasikan Selamat Hari Bapa buat Ayahanda tercinta Tuan Haji Mohamad Daud bin Othman. Semoga Allah memberi kesihatan, panjang umur dalam peliharaan iman dan kebahagian di atas rahmat Allah. amin

papa-001

Selamat Hari Bapa Mithali dari anakanda

Madah Hiasan Mukmin

2008 at 10.10 pm06 | In Tazkirah Rohani | 2 Comments

Dalam sujud

Tuhan, Engkau Maha Besar,

Jauhkan aku dari segala salah

Seperti Engkau jauhkan timur dan barat

Bersihkan aku dari kesalahan

Seperti pakaian putih bersih dari kotoran

Cucilah segala salahku dengan air,salju dan embun.

Engkau Maha Suci

Dengan memujiMu aku mohon ampun

Semoga Engkau mendengar orang yang memuji

Ampunilah

Kasihanilah

cukupilah

Tunjukilah

Curahkanlah rezeki untukku.

Tuhan, aku berlindung kepadaMu

Dari siksa jahanam dan kubur

Dari fitnah hidup dan mati

Dari fitnah pengembara yang dusta

Berbahagialah dengan rahmat dan berkat Allah Tuhan  yang Maha Pengasih.

Kata-kata ini saya ambil dari buku 40 Hiasan Mukmin : Jalan Mudah Menjadi Mukmin Sejati hasil karya Prof Dr H.Muhammad Chirzin. Ketika saya sedang membaca buku ini, saya temui kata-kata ini yang saya kira penuh falsafah keinsafan. Semoga kita mendapat manfaatnya. Insyallah saya bercadang untuk memasukkan kategori baru iaitu Duniaku Buku.Semoga istiqamah.

Terima Kasih Bapak Muhammad Alexander

2008 at 10.10 pm06 | In Peristiwa | 3 Comments

Alhamdulillah sudah selesai jelajah promosi bersama Bapak Muhammad Alexander ke Malaysia. Terima kasih kepada banyak pihak yang membantu terutamanya MPH Mid Valley, MPH Alamanda, Ustaz Razi mewakili Masjid Nilai dan En Din mewakili Surau An-Naim.

Sedikit foto yang sempat saya ambil. Insyallah saya akan upload gambar dan cerita menarik sepanjang jelajah ini berlangsung.

DSC01289

Team Islamika bersama Penulis

DSC01280

Bapak Muhammad Alexander sedang berdiskusi

DSC01288

Pelakon Drama Kisah Kaisara : Aben sedang bertanya soalan

DSC01295

Suasana di MPH Alamanda

DSC01296

di Surau An-Naim

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.