Apa yang Dipilih : Kerja atau Gaji ?

2008 at 10.10 pm05 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 6 Comments

cari_kerja_dikoran2

Photo by Google Image Seacrh

TAHNIAH kepada mereka yang sudah menamatkan pengajian masing-masing di IPT. Mungkin sekarang ini sibuk membuka laman web, membeli surat khabar dan menghantar seberapa banyak resume kepada syarikat-syarikat terpilih. Itu suasana biasa bagi “fresh graduate”. Ada beberapa orang telah menghubungi saya bertanyakan kerja kosong. Saya pun mencadangkan beberapa tempat dan kerja kosong yang saya ketahui.

Tempat ini ada jawatan kosong. Kerja begini…………. Gaji pula sebanyak ini ……….. Kalau berminat hantar resume dengan segera.

Aku tak retila nak kerja macam ini…..,

Aku tak minatlah……., Carilah yang Ok sikit

Apasal gaji sikit, aku ada digree…..

Ini antara jawapan yang saya terima. saya pun tidak berminat lagi untuk tawarkan kepada orang seperti ini. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan Ahmad Fadzli Yusof dalam artikel yang dipetik dari blog beliau www.kuasamotivasi.com apabila berbicara soal budaya mencari pekerjaan. Mungkin kita juga seperti ini.

Memilih Pekerjaan vs Memilih Gaji

Jauh bezanya di antara memilih pekerjaan dengan memilih gaji. Jika seseorang itu ada matlamat jangka panjang, dia sepatutnya memilih pekerjaan yang ada kaitan dengan impiannya itu; tidak kira berapa jumlah bayaran yang dia terima. Masalah ramai penganggur ialah; mereka tiada impian yang besar, tiada impian jangka panjang. Akhirnya, otak mereka tertumpu kepada pekerjaan yang senang, dengan bayaran yang tinggi. Mereka melompat-lompat dari satu industri, ke industri yang lain. Mula-mula operasi perkilangan, lepas itu pengurusan hartanah, lepas itu pemasaran pertanian, dan kemudiannya khidmat pelanggan di bank. Selepas itu dia asyik lompat dan lompat, tanpa membina kredibiliti dalam bidang tertentu.Fokus mereka adalah ‘berapa RM yang masuk dalam akaun setiap hujung bulan’.

Saya pernah mendapat resume daripada seorang pemohon yang mempunyai ‘pengalaman bekerja’ dengan 7 buah organisasi dalam masa dua tahun! Dia menyatakan dengan bangga tentang ‘pengalamannya’ itu, dengan meminta gaji tinggi yang tidak setimpal pun dengan kredibilitinya. Dahlah daripada background jawatan-industri yang berbeza, kerja pula tak sampai dua bulan,kemudian berhenti. Itu bukan pengalaman namanya, itu ‘pendurhakaan kerjaya’. Setelah penat organisasi meluangkan masa dan kos untuk latihan kecekapan, alih-alih dia keluar pula!

Sebaliknya, orang yang mempunyai impian yang besar sepatutnya memohon kerja yang ada kena-mengena dengan impian tersebut. Jikalau dia bercita-cita untuk memiliki rangkaian restoran francais 20 tahun akan datang, maka dia perlu sanggup bekerja sebagai juruwang, pelayan, penyambut tetamu, pencuci pinggan, tukang masak dan bermacam lagi kerja yang berkait dengan industri tersebut; tanpa memberikan pertimbangan yang terlalu besar terhadap berapa gaji yang diperolehi.  Pilih pekerjaan, bukan pilih gaji!

6 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. Ikut pemikiran masing2. ada orang suka dengan kerja walaupun gaji sedikit tapi dia happy, ada orang pulak suka dengan gaji walaupun kerjanya cukup menyampah
    .
    Hariri : Saya bersetuju. Buat kerja yang diminati, hidup lebih tenang. Buat apa poket tebal tapi stress.

  2. Jika saya?
    Tanamkan aper yg di idamkan..Insyaallah,ada rezeki akan dapat.
    Kadang2, yg menjadi masalah aper yg nak tu tak dapat..terpaksalah melompat2 untuk mencari sesuatu yg di ingini..manalah tau kot2 sekali lagi melompat akan dapat jalan yg diingini. Skang ni pun, nk dapat lebih usaha kenala lebih..Yg penting…Diri sendiri kena cepat sedar…
    .
    Hariri : Teruskan melompat loko. ;-) Insyallah rajin usaha, Allah permudahkan.

  3. Berkerja bermajikan Tuhan… Gaji lebat, Ganjaran Hebat, Hidup Berkat… Setuju???
    .
    Hariri : sangat setuju. besar falsafah Tuan farid

  4. saya ingin kerja tp xkisah..

  5. sy umo 23 dah tua pun,bf pun xda hehehehe.. aku dah 2 tahun kerja dok asyok tukar je, paling lame aku kerja 6bulan je.. aku kerja bhgian kitchen pastry..yang buat masalah pada diri aku sendiri bukan orang lain. bila aku kerja dalam kitchen, time work aku cakap aku lembap sangat buat kerja.aku dah cube usaha nak buat fast but tetap lembab,aku boleh buat kerja..aku seorang yang pelupa, badan aku selalu sakit disebabkan selalu kebas(tak boleh duduk satu tempat je). tu masalah aku tempat kerja.
    baru-baru ini aku berhenti sebab aku tak boleh terima sebab dalam umah sewa budak myanmar bawa masuk tokong,aku terus pitam.dan aku tiada bilik dalam umah tu n aku tak tahan sebab lepas myanmar mandi bau kuat,walau selepas drang mandi. aku dah britahu pihak manager tuk sattle problem ni. tapi aku jenis tak boleh sabar dengan masalah remeh cam ni aku cepat sangat mengalah n tak sabar.. masalah yang berat n susah aku boleh sabar, tp benda remeh cam ni tahap sabar telalu tipis. contoh orang kutuk la aku cam ner pun hal kerja, aku sabar n buat bodoh n try atasi sebab tu masalah aku,aku btnggungjwb.

    maybe aku tak tgungjwab tentang hal remeh cam tu,sebab tu aku blah kot(malas nk bnde kcik cm tu) kot la…aku pun tak faham dengan diri aku..

    aku tak de impian dlm kerjaya tuk aku fokos pada kerja n tiada tanggungjawab n tanggungan pada kereta,insurant,or ape saje.. apa yang perlu aku buat sebenarnye? tolong bantu aku..aku perlu bantuan dan nasihat yang serius..

  6. cukup menyampah dengan tempat keje baru nie. ingatkan tempat keje lama tak ok rupa2nya tersangat la ok. ade ke kat sini semua keje kene buat. penatnye nak mampus dah la gaji melampaunye kecik.asyik kene buat ini n ini langsung tak de skop keje langsung. company banggang btl. menyesal tahap cipan keluar dari company lama
    menyampah tersangat2nye skrg nie


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.