5 Bulan 5 Ribu Pengajaran
2008 at 10.10 pm04 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 4 CommentsHari ini adalah hari terakhir saya praktikal di Bahagian Dakwah JAKIM setelah hampir 5 bulan disini. Daripada berseminar dalam dewan berhawa dingin, penjara hinggalah ke kg orang asli telah dilalui dan dirasai. Ucapan terima kasih saya tidak terhingga kepada Penyelia saya iaitu Ustaz Amaludin Bin Dollah (Pen. Pengarah Bhg Dakwah) dan Ustaz Khairi Mahyuddin selaku Penyelia dari USIM serta Prof Syamsul Bahri Andigaligo iaitu Penyelia Thesis saya. Siap juga akhirnya.

Di Pejabat JAKIM
Ramai orang berpendapat, tiada faedahnya praktikal di industri lama-lama kalau tak kena fotostat, buat surat dan hantar surat. itu je. Memualkan. Namun bagi saya, ia bukan sekadar itu tetapi nilainya lebih daripada itu. Disiplin, menjatuhkan keegoan dan merasai kerja orang bawah sebelum menjadi orang atasan.
20 hari selepas saya mula masuk berpraktikal, ada seorang pegawai (agak senior) dia memanggil saya dan kami sempat berbual sedikit sebanyak. Ada 2 soalan yang dia tanyakan ?
1. Apa yang kamu nak cari disini?
2. Apa yang kamu nak sumbangkan kepada Bahagian ini?
Terkedu saya mendengarnya dan saya tak prepare langsung jawapan sebelum ini. Lantas, ayat skema saya pun terpacul keluar “nak cari pengalaman, pengetahuan, sumbang tenaga, ilmu”. Itu sahaja jawapan saya.
Kata Ustaz tadi kalau kamu datang nak buat surat, fotostat, kelip kertas ramai staf disini boleh buat tetapi kamu kena fikir apa yang kamu nak disini dan fikir macam mana nak dapatkannya. Saya termenung seketika dan saya berfikir lantas mengiakan kata-kata Ustaz tadi.
Alhamdulillah saya telah temui apa yang saya tidak dapat di dalam dewan kuliah selama 4 tahun pengajian. Jika dihitung lebih 5ribu pengalaman dan pengajaran yang saya temui secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih semua pegawai dan staf khususnya di Bahagian Dakwah dan semua bahagian di JAKIM.
Berkahirnya pengajian degree saya.tungu konvo la plak. Saya pun tidak sempat untuk menggangur, Alhamdulillah saya telah memulakan tugas ditempat kerja baru. Dimana? Adalah…Syarikat Penerbitan Terkemuka
4 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
selamat bersara dari praktikal abg..dah dapat dah pangkat tun ni..hehe..hebat la abg tak sempat mengangur dah kerja ni di syarikat penerbitn terkemuka, saya tahu ni katna..tak abg buat novel kat alaf 21 persis ayat2 cinta tapi ada unsur motivasi skittttt takpun jadi wartawan berita harian ruangan agama+sukan (untuk liverpool jer)..huhu..selamat beramal syeikh!
.
Hariri : Jumpa di Pesta Buku. Ana Fanatik Man U.
Comment oleh Zaini — 2008 #
tak nak tulis ker tentang isu yang berlaku di usim skang abg? bersihkan nama usim..abg kan mantan ydp usim, mesti rasa tanggungjawab skit.lagipun abg nak grad atas nama usim kan,huhu.. abg farid pun dah ulas banyak untuk bersihkan fitnah jahat ni
.
Hariri : xperlu ulas la.xberminat nk ulas.publisiti murahan seorang pensyarah.kegagalan anak murid pun punca dari kegagaln pensyarah yang mengajar.Itu sahaja komen ringkas ana.
Comment oleh anakdesa — 2008 #
Tahniah…moga terus sukses…
.
Hariri : Terima kasih Firdaus
Comment oleh Firdaus — 2008 #
rezekilah x perlu tanam anggur lama2..
.
Hariri : rezeki.Syukurillah
Comment oleh alongwairnazz — 2008 #