Petua komunikasi dari Pakar Pidato

2008 at 10.10 pm10 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | 6 Comments

Semakin banyak kita berlatih, kita akan semakin tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu serta apa yang tidak boleh dilakukan semasa berucap. (Daud Mat Din)

Daud bersama Tun Mahathir

Mohd Daud bin Mat Din satu nama yang tidak asing lagi bagi penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan peminat-peminat aktiviti pengucapan awam diseluruh Negara. Beliau sering diangkat menjadi ikon remaja hasil daripada kejayaan dalam bidang pengucapan awam dan kehebatan memukau semua penonton yang menyaksikan ucapan beliau di pentas.

Graduan jurusan Undang-undang ini dilahirkan di negeri Kedah darul Aman dan sangat aktif melibatkan diri dalam bidang pengucapan awam. Saya juga pernah beberapa kali berdebat dengan beliau dalam banyak pertandingan Debat intervarsiti . Fuh penat berlawan hujah dengan beliau :-)

Oleh sebab itu Mohd Daud telah menerima banyak anugerah dan pencapaian yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pendebat Universiti sebelum ini. Beliau telah dipilih sebagai Wakil Belia Malaysia ke Komanwel dan Wakil Belia Malaysia ke Regional Youth Caucus (Asia) dari tahun 2006 sehingga 2008. Selain itu antara kejayaan-kejayaan yang pernah dilakarkan oleh Mohd daud ialah Naib Johan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2007, Johan Debat Perdana Majlis Peguam pada tahun 2003, 2005 & 2006, Johan Debat Diraja Kategori Utama 2007, Johan Debat Alam Sekitar tiga tahun berturut-turut 2005,2006,2007, Johan Pidato Kemerdekaan IPT 2006 dan boleh dikatakan setiap pertandingan debat atau pidato yang pernah dianjurkan untuk pelajar IPT semuanya pernah dimenanginya. MasyaAllah, kelebihan yang tidak disia-siakan.

Apa rahsia pemuda berwibawa ini.

Kata beliau , Ini adalah anugerah dari Allah. tapi sebagai manusia perkara yang paling penting adalah perlu sentiasa mengenali dan mengasah bakat yang diberi. Bukan senang untuk sampi ketahap ini, apa yang saya lakukan selama ini adalah hasil dari latihan dan usaha yang berulang-ulang. semakin banyak berlatih, kita akan semakin tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dan tidak boleh dilakukan  semasa berucap. Lihat, apa yang dilakukan oleh Mohd Daud untuk sampai ke tahap ini, beliau latih, latih, latih dan terus latih.

Apabila anda membuat banyak latihan anda, ia akan menjadikan anda mahir. Apabila sudah mahir, anda akan menjadi cekap. Begitu juga dalam berkomunikasi, anda tidak boleh dapat menjadi seorang best speaker atau best communicator dalam masa sehari latihan tetapi perlu dengan latihan yang berulang-ulang.

Tambah Mohd Daud, beliau juga sering membuat latihan menerusi rakaman video yang dirakam oleh teman-teman ketika beliau berdebat. Latihan menerusi visual ini akan membantu beliau menganalisa dan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan lantas menceri jalan untuk mengatasi kesilapan tadi. Jadi, jika anda berhasrat untuk menjadi seperti Mohd Daud lakukan latihan berulang-ulang dan istiqamah.

6 komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. thanx! suka entry ni
    .
    Hariri Daud : Terima kasih sakinah kerana membaca. Peminat Daud ke ? :-)

  2. hehe.ade ke pulak!

  3. penah lawan bahas dgn dia tapi kalah. hehe
    madjiwa vs saina.
    tahun 2000
    Then jumpa lagi skali kat UMS tapi die je berbahas.
    Dan pada waktu itu juga jumpa Hariri setelah kian lama berpisah sejak sekolah rendah. :)
    .
    Hariri Daud : Sweet memories :-)

  4. Wow…nice info…
    .
    Hariri Daud : TQ.Enjoy reading

  5. salam alaik :)

    brother daud ni dulu sekolah menengah mane eh?
    ade tak ape ape laman yg lebih detail pasal dia?
    dan ade tak rakaman/video pertandingan debat yang dia masuk?

    hope to hear more,
    thx!
    :]
    .
    Hariri : Kalau tak silap saya, Daud sekolh di Sek Men Sains Pokok Sena, Kedah. di You Tube ada rakaman debat beliau dalam debat IPT.

  6. kalau ahmad azizi tak further study overseas, i so believe daud ada pencabar yg lebih hebat dr nye. mungkin org akan melihat ahmad azizi dr daud pd ketika ini..
    .
    Hariri : mungkin jgk.setiap org ada rezekinya ;-)


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.