Ada apa dengan Ms Sophie Hogerzeil

2008 at 10.10 pm08 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tips Komunikasi | 1 Comment

Memimpin badan tertinggi pelajar di sebuah Universiti 15 terbaik didunia bukanlah perkara yang mudah. Namun, itulah tanggungjawab yang perlu digalas oleh Presiden of Lieden Students Council iaitu Ms Sophie Hogerzeil dan merupakan pelajar tahun 3 dalam jurusan kesenian di University of Lieden, Belanda. Baru berusia 19 tahun namun sudah menggalas tugas besar sebagai pemimpin pelajar disini.

Ini cerita kembara tahun lalu (2007) tetapi saya baru menulis pengalaman ini. Ketika itu, saya pertama kali mendengar beliau berucap semasa dalam sesi dialog pemimpin pelajar University of Leiden dan pemimpin pelajar Malaysia amat teruja saya dibuatnya. Apa tidaknya, kehebatan beliau menyampaikan ucapan dan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya telah menambat hati semua pendengar. Tidak hairanlah beliau menang besar dalam pemilihan sebagai seorang Presiden pelajar.

Selepas selesai sesi dialog, saya telah berpeluang untuk berbual sambil menikmati hidangan tengahari iaitu minuman oren jus dan sebiji epal. Sempat juga saya belajar beberapa perkataan bahasa Belanda dari beliau. Dalam kerancakkan perbualan kami, saya bertanyakan kepada beliau apakah cabaran kepada beliau sebagai seorang Presiden pelajar seorang wanita, masih muda dan berhadapan dengan karenah pelajar dari pelbagai negara. Kata Sophie, bina hubungan baik dengan semua orang. Anggaplah mereka semua rakan baik anda.

Saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Presiden pelajar tetapi saya jadikan diri saya sebahagian dari mereka. Apa yang saya lakukan ialah Student Council pimpinan saya tidak akan membuat sebarang program. Program hanya dilakukan oleh Kelab dan persatuan yang ada disini. Kami hanya memberi sokongan. Jadi apa yang kamu lakukan?

Katanya, Saya dan rakan-rakan hanya bertindak sebagai penasihat dan penghubung di antara pelajar dan pentadbiran. Tugas saya hanya menumpukan kepada mesyuarat dengan pentadbir dan perkara-perkara dasar Universiti yang berkait dengan pelajar. Itu sahaja.

Mungkin ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari pemimpin wanita ini iaitu membina hubungan baik dengan semua orang dan menumpukan kepada tugas asasi sahaja.

1 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. wahhh bestnyaa~ hebat2
    .
    Hariri Daud : Husna, nati bolehla citekan apa yang menarik & siapa yang awak jumpa kt sana. Story in ur blog. Teruja ingin membacanya.


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.