Komunikasi berkesan dalam Minggu Taaruf

2008 at 10.10 am07 | In Tips Komunikasi | 1 Comment

Indahnya ikatan sebuah Pertemuan

Minggu ini, pelajar baru “Penggilan Kedua” akan mendaftarkan diri dan bermula episod Minggu Taaruf bagi sebilangan pelajar ini. Minggu ini juga diadakan Minggu Taaruf peringkat fakulti dan anda akan bertemu dengan ramai kenalan baru sekuliah dengan anda. Sepanjang Minggu ini juga setiap pelajar akan mula berbual-bual, bertanya khabar dan beramah mesra sesama rakan-rakan baru lantas mula bertanya tentang latarbelakang masing-masing. Namun, ramai daripada para pelajar yang “takut-takut” dan kekok untuk memulakan perbualan. Apa yang saya perlu lakukan ?

1. Memberi Salam & Bertanya Khabar. Mulakan komunikasi anda dengan memberi salam sebagai tanda anda ingin berkomunikasi dengannya seperti Assalamualaikum, Selamat pagi, Hai atau Hello. Sapaan yang mesra seperti ini akan menarik individu lain berkeinginan untuk berbual dengan anda. Mulakan perbualan anda itu dengan bertanya khabar dan soalan-soalan yang ringkas terlebih dahulu.

2. Lemparkan senyuman manis anda. Orang yang mudah melemparkan senyuman selalunya mempunyai ramai kawan berbanding dengan mereka yang asyik berkerut dahi, masam sepanjang masa. Anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun dari dompet anda untuk mengukir senyuman dan hanya berbekalkan dengan aset di wajah anda sahaja.

3. Berjabat tangan tanda pengikat. Adab berjabat tangan sangat digalakkan sebagai tanda perhubungan atau perkenalan antara 2 insan. Sebagai contoh masyarakat arab mempunyai budaya tersendiri iaitu berjabat tangan dan saling berpelukan antara sesama rakan satu jantina sebagai tanda keakraban persahabatan.

4. Kenalkan nama anda. Selepas anda memberi salam atau berjabat tangan sebaiknya anda memperkenalkan diri terlebih dahulu anda kepada kenalan baru anda itu agar perbualan seterusnya akan menjadi mudah. Sebagai contoh, ” Saya Husni Zaim, boleh saya tahu nama kamu” atau ” Saya Siti Nazhirah dan kamu pula ? “.

5. Gunakan Kata ganti nama yang betul. Kata ganti diri bagi semua negeri di Malaysia sangat berbeza diantara satu sama lain. Sebagai contoh kalau di utara memanggil “hang”, di pantai timur memanggil “demo, mu,”, negeri-negeri di sebelah selatan memanggil “engkau” dan negeri di kepulauan borneo memanggil “ko”. Longat bahasa seperti ini sering digunakan di kampus dan perlu berhati-hati menggunakannya diawal perbualan ketika di Minggu Suai kenal. Wujud keadaan ketidakselesaan bagi sesetengah orang yang tidak biasa menggunakannya seperti orang johor menganggap panggilan “hang” terlalu kasar namun bagi orang di sebelah utara mengaggap panggilan ini adalah perkara biasa dan tidak keterlaluan. Begitulah jua keadaannya bagi negeri-negeri yang lain.

6. Buang sikap “kenegerian” atau berpuak-puak. Hapuskan budaya berpuak-puak, asabiyah dan “memilih bulu” dalam berkenalan. Luaskan empayar persahabatan seluas yang mungkin dalam Minggu Suai kenal ini.

7. Akhiri pertemuan anda dengan kegembiraan. Sebagai contoh “saya sangat gembira bertemu dengan kamu”, “semoga kita bertemu lagi di lain waktu”, “saya seronok dapat berkenalan dengan kamu” atau “jumpa lagi”.

1 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. saya nak tambah ckit ttg adab berkenalan.

    1.jgan buruk sangka terhadap orag len
    .
    Hariri Daud : TQ Hidayah atas tambahan tips yang sangat bagus. “First impression” selalu berlaku perkara ini.


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.