Saya ditimpa BENCANA di Cheras Jaya
2008 at 10.10 am06 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Tips Komunikasi | 4 CommentsSemalam (27 Jun 2008) saya berkesempatan dengan izin Allah untuk berceramah di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya untuk Kem Solat Bestari sekolah tersebut. Slot saya adalah pengisian Slot Bisikan Nurani (Muhasabah Diri) . Saya sampai ke sekolah tersebut lebih awal, bimbang sesat lagi tambahan pula saya belum pernah sampai ke kawasan tersebut. Selepas selesai solat Isyak, saya dijemput untuk minum terlebih dahulu sebelum memulakan ceramah sambil Ustaz Roslan (Guru Sekolah tersebut) membuat persiapan LCD, Laptop dan sebagainya.
Tungu punya tungu di bilik jamuan sambil berbual dengan beberapa orang guru tentang NGV kereta, saya belum dipanggil untuk menyampaikan ceramah yang sepatutnya bermula jam 9 mlm. Jam ditangan saya menunjukkan 9.50mlm. Apa yang berlaku ? Datang seorang guru memberitahu saya bahawa LCD gagal berfungsi walaupun sudah 3 kali menukar Laptop. Apa ? hati saya mula gelabah namun tetap tenang (Control macho). Ini sudah BENCANA bagi saya.
1. Semua isi penting ceramah saya ada di dalam Pendrive
2. Hampir 3 jam sebelum datang ceramah saya menyiapkan Slide Power Point termasuk gmbar dan video-video menarik untuk slot tersebut.
3. Saya juga telah siapkan video bisikan nurani (Video Maker) khusus untuk slot ini sarat dengan instrumen muzik dan video yang saya upload dari internet. Berceramah untuk pelajar-pelajar sekolah Rendah khususnya perlukan semua ini agar mereka tidak boring dan bermain ketika mendengar ceramah (Strategi menarik minat Audience).
Secara jujurnya saya bergantung sepenuhnya kepada Slide tersebut. Tapi berlaku tidak seperti yang dirancang. Jam menunjukkan 10.00 mlm saya memberitahu Ustaz Roslan bahawa kita teruskan program tanpa alat bantuan LCD, saya ceramah seperti biasa. Saya mulakan ceramah saya dengan BERSEMANGAT, YAKIN, MELUPAKAN MASALAH tadi dan BERTENAGA. Apa yang dapat saya pelajari ialah :-
1. Tidak semua yang dirancang akan berjalan lancar (Belajar mengharunginya).
2. Sentiasa bersedia dengan bahan “Backup” khususnya dalam keadaan seperti ini.
3. Jangan menghampakan penganjur, teruskan berceramah dengan penuh bersemangat, yakin dan bertenaga.
Alhamdulillah saya berjaya juga menjayakan program malam tersebut dengan baik. Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Ustaz Roslan, Ustaz Rosli, Ustazah Afnizah.
4 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

Tahniah untuk saudara…daripada 5 bintang.Kesemuanya adalah untuk ‘koi’..Itulah..apapun kita kena bersedia dalam Apa jua keadaan dengan HIPUP PENUH CABARAN…Pengalaman mengajar kita..
.
Hariri Daud : Betul, kena bersedia delan plan B. Jangan main-main, blur kita dibuatnya nanti
Komen oleh loko9691963 — 2008 #
Berkat kesabaran akan menolong segala pekerjaan dan setiap kesusahan dan kepayahan itu tersembunyi nasihat-nasihat kebijaksanaan…
.
Hariri Daud : Cik Hana, terima kasih atas pandangan. Belajar melalui kesusahan kita cepat menghargainya, bukan.
Komen oleh hana ismail — 2008 #
Takziah ler…
Ana ari tuu pun dah nak jadik dah..
tunggu 20minit gak sementara nak idup lcd..
cuma dia ada tapi colour mono..
huhu..
apapun tq hariri..
.
Hariri Daud : Letih ana mengomel malam tuu.tapi legalah berjalan lancar
Komen oleh hafizbad — 2008 #
besa la tu..hidup kita ni penuh dengan dugaan…sabo dgn dugaan..
.
Hariri Daud : belajar melalui pengalaman
Komen oleh wajib — 2008 #