Pikat Audience Anda dengan ” 5 Teknik Komunikasi “

2008 at 10.10 pm06 | In Tips Komunikasi | Leave a Comment

 

Strategi ini amat sesuai untuk mempengaruhi audience supaya menerima penjelasan kita semasa ucapan. Audience adalah sumber penting semasa ucapan, tanpa mereka siapalah kita dihadapan. Gunakanlah strategi-strategi tang berkesan untuk menarik minat audience.

 

Langah Pertama           : Bercakap dengan mereka seolah-oleh kita sedang membayangkan   sesuatu. Dengan menggunakan kaedah ini audience akan menggambarkan sesuatu dan akan menggerakkan seluruh perhatian mereka kepada apa yang kita minta digambarkan. “ Cuba tuan-tuan bayangkan bagaimana Negara kita penuh dengan sampah sarap ” atau “ saudara-saudara bayangkan kita sedang berada di tepi tasik yang indah.”.

 

Langkah Kedua              : Ceritakan keadaan sebenar yang sedang berlaku. Mainkan perasaan audience dengan bercerita secara berkesan seperti gunakan intonasi rendah dan sedih, gunakan gambar-gambar kejadian tersebut dan lain-lain. Secara tidak langsung akan tergerak hati audience untuk memikirkan apa yang kita perkatakan.

“ Beginilah keadaan universiti kita sekanag. Sampah merata tempat, jalan berlopak-lopak dan tandas diconteng oleh pelajar. Inilah pula gambar keadaan universiti kita sekiranya bersih dengan halaman yang cantik serta pemandangan yang indah. Jadi kita perlu bekerjasama sama mengembalikan suasana ini.”

 

“ Inilah kedaan riangnya pelajar-pelajar SPM yang cermerlang dan pernah mengikuti program kami pada tahun lalu. Saudar juga boleh cemerlang seperti mereka. Jadi sertailah program kami ini untuk menjadi seperti mereka”.

 

Langkah Ketiga              : Beri penjelasan tentang aktiviti yang hendak dijalankan dan tunjukkan bukti supaya audience yakin.

 

                                    “ Inilah rentetan cerita seorang usahawan yang berjaya. Dalam masa 15 bulan sahaja beliau telah berjaya menjadi jutawan. Ingin tahu rahsianya. Saya akan terangkan satu persatu”.

 

Langkah Keempat          : Tarik minat mereka membayangkan faedah dan keistimewaan yang akan mereka rasai selepas melakukan aktiviti ini. Kajian menunjukkan manusia lebih suka mengetahui faedah yang akan diterima berbanding kerja yang dilakukan.

 

                                    “ Bayangkan apabila kita sudah berjaya, kita akan kecapi kejayaan yang cukup berharga. Ibu Bapa akan seronok dan gembira dengan keayaan kita. Kita akan berbakti kepada masyarakat dengan bertanggungjawab”.

 

Langkah Kelima             : Ajak mereka memikirkan apa yang boleh dibuat untuk menjayakannya.

                                   

“ Kita berharap semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap kerja ini.”

No Comments Yet »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.