Email Pilihan : ” Maid in Manhattan “

2008 at 10.10 am03 | In Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | 1 Comment

PENGIRIM : Irma Nur Zahrah

SALAM

Saya ada tengok gambar yang mana tajuknya adalah ‘maid in manhattan’.
Dalam cerita ni,ada seorang Gabenor yang muda.Dia telah berjumpa dengan seorang budak yang amat mengagumi beliau kerana kepetahan beliau bercakap di khalayak ramai.
Tetapi budak ini mahu menjadi seperti Gabenor muda ni tapi malangnya budak ni agak pemalu dan gemuruh apabila bercakap dengan orang lain.
Gabenor ini memberitahu cara beliau memhilangkan kegusaran ketika bercakap di hdpn org ramai dengan menggenggam 2,3 biji klip kertas.katanya cas yang negatif didalam badan kita akan mengalir ke atas klip kertas ni dan rasa gemuruh itu akan hilang.
so,disini saya nak bertanya bagaimana cara Sdr Hariri hilangkan nerveous di dpn org ramai ketika berucap..

. 

Ini satu tips baru yang saya pelajari dari cerita ini dan saya juga belum ketemui dalam buku pembacaan saya tetang pengucapan awam. Sangat Menarik. Apa yang saya pernah lalui dan melalui pengalaman saya mungkin boleh memberi sedikit panduan buat saudari.

.

Gementar terpancar pada pancaindera kita. Apabila anda gementar selalunya kaki mengeletar, mulut pucat, muka merah, perut rasa kosong, tekak menjadi kering, sering batuk, anda berasa loya, tangan berpeluh, anda berasa seram sejuk, pandangan menjadi kabur dan sebagainya.Ini beberapa situasi anda berada di dalam gementar. Bagaimana mengatasinya ? Sekiranya mulut dan tekak anda kering, pastikan anda siap sedia dengan segelas air untuk di minum. Sekiranya tangan anda mengeletar, dinasihatkan perlulah mengelak daripada memegang apa- apa  material seperti pen, nota atau sebagainya untuk dipegang kerana bila anda memegang apa- apa material, kegugupan anda akan lebih terserlah dan dapat dikesan oleh audien. Sekiranya kaki anda terketar-ketar, dinasihatkan anda berucap menggunakan “rostrum”. Ini dapat menyembunyikan kaki anda yang kuat mengelentar. Insyallah anda dapat atasi gementar anda dengan tenang. Sebaiknya juga anda mendapat nasihat dari mereka yang sudah lama terlibat dalam bidang pengucapan awam, bertanya tentang cara mereka mengurus ketakutan mereka. Kegugupan dan perasaan gementar boleh diubat dengan beberapa siri latihan dan pengalaman anda. Paling penting anda perlu terus cool, tenang dan jangan tertekan.  

Bila Rasa Gementar, Aktifkan dirimu. Apabila anda menggerakkan anggota badan anda secara tidak langsung boleh mengurangkan perasaan gementar. Anda boleh berjalan ke kiri atau ke kanan, berjalan ke arah audience supaya saluran darah anda aktif. Apabila salur darah anda aktif, ia akan menambahkan kekuatan badan anda. Badan yang sihat, cergas serta aktif akan menambahkan kuasa dalaman anda untuk menambahkan keyakinan anda. Anda juga boleh lakukan sedikit senaman ringan untuk meredakan keadaan tersebut.

1 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. Salam. tips yang menarik. Pada ana enta dah begitu berjaya mengawal rasa gemuruh sejak zaman sekolah lagi melalui penglibatan aktiviti persembahan pentas dan pidato. Pemupukan “keberanian” berada di pentas sejak kecil lagi pastinya satu usaha melahirkan kepimpinan baru masa hadapan… Tahniah kepada enta. [kejayaan dah jauh meninggalkan ana]


Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.