KOmunikasi Pendakwah Muda di Kampus
2008 at 10.10 am03 | In Motivasi Diri, Tips Komunikasi | 1 Comment
Berdakwah bukan sahaja terhad di masjid-masjid atau musalla sahaja namun proses untuk mengajak orang membuat kebaikan juga boleh dilakukan di alam kampus. Kampus merupakan wadah kepada penyebaran dakwah menyeru kepada kebenaran dan komunikasi merupakan wasilah atau penghubung kepada tujuan tersebut. Perlu diingatkan jua, panggilan pendakwah bukan hanya terhad kepada pelajar di Fakulti Pengajian Islam atau mereka yang mengambil kursus seperti Syariah, usuluddin, dakwah atau disiplin lain pengajian Islam. Namun, aktiviti dakwah atau menyeru kepada kebaikan adalah milik sesiapa sahaja yang ingin mengajak orang lain ke arah kebenaran termasuk anda.
Secara asasnya, Dakwah mempunyai mempunyai 3 rukun atau perkara penting iaitu Pendakwah (Dai’e), Golongan sasaran (Mad’u) dan bahan yang ingin disampaikan (Manhaj). Sebagai siswa yang mempunyai kesedaran untuk menarik rakan-rakan kampus menghayati agama lantas akan menjadikan kariernya sebagai pelajar untuk berdakwah di Universiti. Kawan pun dapat, pahala pun dapat. Bagi membincangkan tajuk ini saya akan pecahkan kepada 3 bahagian iaitu persiapan untuk pendakwah, berhubung dengan orang yang ingin didakwahkan dan bahan serta pendekatan efektif dalam berdakwah.

Imej dan Penampilan Seorang pendakwah Muda
Rasulullah S.A.W. adalah seorang idola agung dalam sudur akhlak, ilmu dan juga sebagai pendfakwah yang berjaya membina empayar Islam sehingga bertapak disetiap pelusuk dunia. Seorang penulis Barat Micheal H.Hart menulis di dalam bukunya 100 orang yang berpengarauh sepanjang zaman telah menyusun mengikut turutan 100 orang yang berpengarauh mengikut pandangan beliau. Apa yang menakjubkan ialah orang yang pertama beliau nyatakan ialah Nabi Muhammad S.A.W. Kehebatan kepimpinan Nabi Muhammad juga dipandang tinggi oleh orang Barat apatah lagi seorang Muslim. Seorang pendakwah perlu menampilkan imej yang positif untuk menarik orang lain mendengar dan dipengaruhi olehnya ke arah kebaikan. Rupa paras, pakaian, gerak geri merupakan penilaian pertama orang lain kepada anda. Jesteru, penampilan yang tampan, mesra bersosial menjadi magnet kepada proses merubah sikap orang lain.
1 Komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

-elok dihuraikan lagi 3 rukun dakwah tadi..
- huraian ttg komunikasi juga kurang mendalam
- anyway,tahniah & tq atas sharing of ideas…
- moga Allah beri hidayah atas jalanNya yg benar,aamiin.
.
Hariri Daud : Syukran pak anjang atas idea. Insyaallah ana akan perincikan 3 rukun dakwah tersebut.
Komen oleh pak anjang — 2008 #