Email Pilihan : Gementar dalam berucap ?
2008 at 10.10 am02 | In Tips Komunikasi | 4 CommentsEmail Pilihan : From Putri 81
Ramai orang akan berasa takut apabila diminta untuk memberikan ucapan di khayalak ramai. Kadangkala mereka sanggup dipotong markah, buat kerja-kerja teknikal, kerja dibelakang tabir atau apa jasa tugasan asalkan tidak berada di atas pentas memberi ucapan. Adakah perkara ini suatu yang pelik atau masalah unik ? Tidak,!! gementar adalah perkara biasa bagi manusia kerana ianya sifat semulajadi yang sudah ada sejak azali. Gerun kepada balasan azab, takut kepada Pencipta, takut kepada Fitnah, Gementar dengan ancaman dan sebagainya. Ini sifat azali manusia. Namun, kenapa wujud manusia yang hebat di pentas tanpa ada rasa gugup ? Rahsianya ialah sejauhmana anda mengurus gementar atau ketakutan tersebut.
1. Kenapa anda gementar?. Rasa gementar hadir kerana anda ingin lakukan yang terbaik, tidak mahu dimalukan dihadapan khayalak dan mahukan “survive”. Takut kerana dihadapan anda ada tokoh-tokoh hebat. Sebenarnya rasa takut ini juga adalah satu kekuatan bukan kelemahan. Apabila anda bimbang menanti hari anda berucap maka persiapan secara terperinci dilakukan untuk memastikan ada tidak gagal. Jika anda tidak takut, mungkin persiapan anda biasa-biasa sahaja.
2. Kenali anggota gementar anda. Selalunya gementar akan dizahirkan melalui anggota badan anda sama ada tangan, lutut, kaki, pipi, muka, bibir dan sebagainya. Kenal pasti terlebih dahulu dan cuba kawal melalui laihan berterusan. Sebagai contoh, Jika tangan gemenar, elakkan memegang material seperti pen, kertas. Jika kaki, berucaplah dibelakang rostrum.
3. Jangan Hafal Membabi Buta. Bahaya !! jika anda bergantung sepenuhnya kepada hafalan bimbang anda mudah “blank” atau “panic” jika terlupa satu perkataan. Ini disebabkan focus anda kepada hafalan dan bukan kepada audience. Sebaiknya anda membawa teks atau susun isi-isi penting sahaja.
4. Berucaplah dengan selesa. Kadangkala penyebab kenapa gementar ialah anda sibuk untuk mencari perkataan bombastik untuk dimuatkan dalam ucapan. Anda tidak perlu begitu, berucaplah dengan ayat yang anda biasa gunakan dan selesa. Sebaiknya anda hafal ayat permulaan ucapan. Selalunya gementar ini bermula di awal ucapan. Setelah keyakinan terbit di awal ucapan. InsyaAllah momentum keyakinan itu akan berterusan.
5. Abaikan yang mencabar dan tumpukan pada yang membantu. Dihadapan anda ada bermacam-macam jenis audience. Ada yang saja-saja nak”test” penceramah dan ada juga yang senyum mengangguk tanda mengiakan ucapan. Jadi, alihkan mata anda kepada mereka yang membantu kerana ia akan menaikkan semangat anda. Abaikan mereka yang mencabar, mereka sekadar ingin “mengacau” anda sahaja.
6. Gementar tidak boleh hilang dalam masa sehari. Saya pasti ramai dari penceramah terkenal juga merasai gementar pada awal penglibatan mereka. Jadi, berlatihlah dan kutiplah pengalaman dari mereka yang berpengalaman. Gementar akan hilang sikit demi sedikit namun memerlukan pengorbanan masa. Saya juga ada cerita tersendiri dalam soal gementar di atas pentas dan apa yang saya dapat daripada pengalaman tersebut. Nantikan cerita tersebut dalam entri yang akan datang.
4 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

Salam. Pinjam tips ni untuk letak kat blog saya ye. untuk dikongsi dengan rakan yang lain.
Komen oleh Pjoyz — 2008 #
Minta izin untuk saya ambil tips-tips yang lain di blog ini untuk dikongsi bersama rakan yang lain ye selepas ni.
.
Hariri : Silakan Tuan
Komen oleh Pjoyz — 2008 #
Minta izin untuk saya ambil tips-tips yang lain di blog ini untuk dikongsi bersama rakan yang lain ye pada masa depan.
Komen oleh Pjoyz — 2008 #
tips yg mmbntu…sy pn akn ad syrhan bsk n nervous dp smlm smpai kna athma attack haha..
.
Hariri : Terima kasih anna kerana menjadikan artikel ini sebagai rujukan. Sy doakan anna berjaya dlm syarahan nanti. “Pukau semua penonton dengan syarahan anda”
Komen oleh anna — 2008 #