Tips Komunikasi : Mencuri Perhatian Audience
2008 at 10.10 pm11 | In Tips Komunikasi | Leave a Comment
Menarik perhatian serta memukau penonton semasa anda berucap adalah sesuatu perkara yang bukan mudah. Tumpuan serta konsentrasi penonton bukan boleh dipaksa tetapi kombinasi antara tajuk, pengisian serta ”aura” anda yang akan membuatkan mereka terpegun tehadap anda. Baik, saya suka untuk berkongsi dengan anda 3 Tips yang boleh anda perhatikan sebagai panduan buat anda. Namun ini baru segmen pertama, ada lagi “rahsia” yang saya akan kongsikan. Tunggu segmen s
eterusnya…….
1. Hadirkan diri kamu dalam suasana tersebut
Seorang pembentang yang baik ialah mereka yang memberi sepenuh perhatian dan tumpuan sama ada pancaindera atau pergerakan semasa sesi pembentangan. Pembentang mestilah menunjukan minat yang amat mendalam dan memberi fokus terhadap bahan pembentangan kita. Sembunyikan masalah atau tekanan kita yang ada di luar kelas, pejabat dan keluarga. Jasad di sini, fikiran melayang entah kemana. Kajian menunjukkan pembentangan yang berpengaruh ialah pembentang menunjukkan semangat, berucap dengan lantang dan jelas berbanding dengan pembentang yang hanya sekadar melepas batuk di tangga atau tiada semangat dihadapan audience.
Pada 2 atau 3 minit pertama adalah amat penting untuk menarik perhatian audience. Sebelum kita mula bercakap maka pandangan pertama audience ialah tertumpu kepada pakaian dan perwatakan kita. Kajian juga menunjukkan cara diri kita mengumpul maklumat adalah 87 peratus melalui penglihatan.
2. Senyum
Senyum adalah pemanis wajah dan penenang hati yang gundah. Seeloknya kita murah dengan senyuman semasa membuat pembentangan. Apabila raut wajah kita manis maka ia akan memberikan rasa selesa kepada pembentang dan juga audience. Antara kajian yang pernah dibuat oleh pakar motivasi seorang lelaki senyum 4 kali sehari, wanita senyum 80 kali sehari manakala kanak-kanak senyum 400 kali sehari. Kemesraan boleh dipupuk dengan senyuman.
3. Menggunakan intonasi suara yang menarik
Kebanyakkan pakar-pakar motivasi sangat pandai menggunakan intonasi suara mereka. Suara dan intonasi memainkan peranan penting dalam menjadikan pembentangan kita menarik. Intonasi yang sentiasa rendah akan menyebabkan audience mudah rasa jemu dan mengantok. Intonasi yang sentiasa tinggi pula akan membuat audience tertekan mendengar. Jadi, kita perlu pelbagaikan intonasi suara kita. Berilah penekanan kepada perkataan atau ayat yang penting atau key word . Sekiranya perlu, ulang beberapa kali ayat tersebut supaya audience jelas dan menganlpasti ianya sangat penting.
Sekiranya semasa pembentangan kita menggunakan pembesar suara maka pastikan pembesar suara berfungsi terlebih dahulu dan tidak terlalu dekkat dengan mulut supaya tidak berdesing. Ingat, seorang pembentang yang cemerlang akan menjadikan suaranya sebagai suara emas. Naik turun serta lengok suara amat penting. Biarkan audience terindu-rindu akan suara kita bukan sebagai penyanyi tetapi pembentang yang hebat.
No Comments Yet »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.




