Susah Mengingat – Ada caranya
2008 at 10.10 am10 | In Idea Sukses | 14 CommentsPeperiksaan Akhir semester untuk siswa-siswi IPT akan berlangsung tidak lama lagi termasuk juga saya yang akan memulakan peperiksaan pada 1 November ini (Doakan saya) . Saya ingin berkongsi dengan anda rakan pembaca dengan teknik mengingat sempena dengan musim peperiksaan. Ramai orang yang siang malam membaca tapi gagal mengingat apa yang dibaca. Ada juga situasi mereka yang study maut membaca tetapi “blank” didewan peperiksaan. Apa yang terjadi? beberapa anggapan boleh dibuat sama ada mereka membaca membabi buta sahaja tanpa memahaminya atau salah teknik hafalannya atau tidak membaca buku langsung.
Tony Buzan, seorang pakar dalam bidang menguatkan ingatan (namun yang lebih pakar ialah para sahabat yang mengingat beribu-ribu Hadith & Hafaz Al-Quran) mengatakan bahawa masalah utama yang sering melanda minda dan otak seseorang adalah cepat lupa. Bagi beliau kurangnya ingatan seseorang bukan disebabkan usia namun berpunca daripada kurang memerahnya.
Sekiranya kita sentiasa mengasah minda dan otak kita maka tahap ingatan kita akan bertambah dari masa kesemasa. Bagaimana untuk mengasah Otak? Saya akan cuba membantu anda.
Baik saudara, otak kita mudah ingat dan berfungsi kepada sesuatu yang bersifat imaginasi dan gambaran. Kesukaran mengingat sesuatu perkara boleh diatasi dengan anda menukarkan fakta atau info yang anda baca dengan mengaitkan sesuatu imej yang lain. Menurut ahli psikologi Amerika Roger Sperry mendapati bahawa kedua-dua bahagian otak kita mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

Otak Kanan – memberi fokus kepada emosi, muzik, imej, warna warni, kira-kira
Otak Kiri – memberi fokus kepada objek hitam putih, bahasa, arahan
Jesteru untuk melatih minda anda supaya aktif berfikir serta cepat ingat cuba anda tukarkan info bacaan anda dengan imej yang lain atau dengan kaedah mudah iaitu PETA MINDA. Anda juga boleh mewarnakan nota anda dengan “highlighter” dengan warna yang ceria supaya minda anda terangsang untuk minat membacanya dan mengingatnya. Jangan biarkan nota anda kosong sahaja. Cubalah anda akan merasai satu perubahan kepada kekuatan ingatan anda.
Sedikit renungan ” Sehebat-hebat teknik ingatan ialah dengan membaca dan menghafaz Al-Quran”
14 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

Betul tu hariri… saya dah lama gunakan teknik ni (peta minda)..Alhamdulillah,cepat ingat..slain tu bleh juge gunekan teknik menggunakan pangkal kata keyword dn jadikan satu ayat yg humor…very interesting! u will grab it so easy.. byk teknik sbnrnyakn..jgn mkn makanan yg boleh buat kita lupa mcm mknn masam, kepala ikan..bykkan mknn yg menguatkan ingatan mcm kismis,soya,kurma,madu dll… gud luck tuk hariri for dis coming exam..may u get what u dream…always dream in mind that u are achieving dean award and first class..gambaran minda or mind illustration will help your dream come true!!! best of luck for u k!! i believe in you and u must believe in your self also!!…
p/s : sekadar perkongsian dari ex-student usim..
Komen oleh hudawassini — 2008 #
Alhamdulillah. Saya sebagai PJJ dlm bidang psikologi (tamat pd ogos 2003) pernah menggunakan peta minda. Sebagai mahasiswa yang sedang bekerja penguruan aktiviti harian tertumpu kepada pelbagai demensi. Keluarga, kerjaya dan pencapaian diri. Ianya amat mencabar. Waktu belajar amat penting. Guna waktu yang sedikit untuk mengimbanggi tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Sehinggakan ketika peperikaan sedang berjalan, saya dapat membayangkan semula nota-nota peta minda yang saya bina. Gabungan otak kiri dan kanan di tambah dengan keupayaan memanggil kembali ingatan dibawah sedar amat membantu. alhamdulillah ianya sangat dan amat membantu saya. walaupun pencapaian tidaklah cemerlang namun saya bersyukur dapat melalui PJJ dengan tabaah, tenang, dan berjaya mencapai cita-cita.
Komen oleh nurabadi — 2008 #
alhamdulillah… TFS
http://www.sohib.info
Komen oleh izzt — 2008 #
benar bila ingin kita tidaklupa lakukan konsentrai pada waktu mengingat sesuatu.Mungkin didalam agama ini yg dinamakan khusu’. Tetapi juga saya sependapat bahwa mengkonokasi memori dengan suatu image adalah bermakna unuk cepat dan lama mengingat
Komen oleh syafruddin yunus — 2008 #
saya mahasiswa tua, fulltime study UKM mohon ajar kedah nak ingat mcm mana…cara dia tu mcm mana tak kiralah mindmap ke dan sebgainya..tolong deh..
.
Hariri Daud : Insyallah saya akan cuba membantu Tuan Haji sebaik mungkin dari saya yang lemah ini juga. Nanti saya akan posting kan entri dan send pada email Tuan Haji.
Komen oleh hj.ghazali — 2008 #
saya mahasiswi dari politeknik kota bharu…saya sependapat bahawa mengingat secara bayangan @ peta minda memang berkesan…tapi masalah saya,saya susah nak huraikan sesuatu fakta…bleh tlg berikan saya tip utk senang nak ingat huraian sesuatu fakta….supaya saya dapat jawab soalan esei dgn tepat dan mengikut spt yg dikhndaki oleh skima peperiksaan…
.
Hariri Daud : Tq fatin atas komen. Dalam esei yg pntg ialah FAHAM bkn HAFAL membuta tuli. Bila faten FAHAM barulah dpt menghurai dgn baik. SLMT BERJAYa Faten
Komen oleh fateen_89 — 2008 #
sekum saya student usim…saya nak tip macam mana nak bagi cepat faham bila kita study…kdg2 saya rasa susah nak Faham bagi sesuatu topik terutama bg subjek susah..memang payah nak gambarkan apa y sesuatu fakta 2 bagi tahu… ini menyebabkan saya jdi bosan dan stress…saya harap abg dapat bantu masalah saya ini………
.
Hariri Daud : TQ syubaili atad komentar. A.hariri bukan pakar smart stdy jgk, bukan semua orang mempunyai kaedah bljr yang sama.Ia bergntung kepada kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. penting sekali, kenal cara kita bljr dahulu dan barulah sesuaikan dgn diri kita. Nati a.hariri search mana2 sumber yg blh tlg syubaili.
Komen oleh syubaili — 2008 #
nyatakan cara yang berkesan utk mmerah otak?
.
Hariri Daud : TQ james for coming here. ini sebahagian dari teori tony buzan. nanti saya cuba tulis dalam entri seterusnya.TQ for ur suggestion idea.
Komen oleh james — 2008 #
sy akan cuba cara ini.mudah-mudahan sy berjaya.
.
Hariri : Selamat berjaya buat syafiq
Komen oleh syaffiq — 2008 #
tidak kah cara ini melambatkan proses untuk belajar…cthnya..sehari diperuntukkan ms belajar selama 3jam(paling lm)..untuk mencipta gambaran seiring dgn nota..tidakkah mengambil ms yg lm…
.
Hariri : Terima kasih Jue atas komentar. Emm, sebaiknya nota dibuat awal dan diguna pada saat-saat menghadapi peperiksaan. Baca, Faham, Tulis Nota, Hafal dan terjemah dalam peperiksaan. Otak manusia lebih mudah mengingati sesuatu gambar berbanding tulisan.
Komen oleh jue — 2008 #
apa seh yang dimaksud peta minda,saya belum mengerti !!|?? beri masukan dunk… kebtulan saya paling sulit yang namanya mengingat? tolong kirim ke mail saya ya????please
.
Hariri : Ok,Nanti saya kirimkan ke email saudara.
Komen oleh bahtiar pakulla — 2008 #
saya sedihhh…misalan kata saya baca hari ini..memang ingat..gila2 ingat..tapi lepas 2 hari dah lupa..bila baca balik..senang je ingat…nape??
Komen oleh suhaila — 2008 #
sedih..bila lihat orang pandai..mereka itu senang jew nak mengingat..saya …entahla..harapan mak n ayah nak suruh ay berjaya..tapi tengok buku pun saya malas…sedih taw..baru baca dah bosan..tapi saya lebih suka baca sambil tengok tivi…baru ada semangat..saya tak suka duduk seorang2 bila study..
Komen oleh suhaila — 2008 #
sya mohd.ikhwan hziq dri dungun,trgganu..skrg ni bljr university college tati..sy ssh nk mmbca,ingt pun ssh,klu buat pta mnda lgi lar ssh nk buat..tk cara lain ke slain pta minda..trtama mathemtic..mathmtic mmg sy lmah..bnyk angka dlm kpla..itu mmbuat kn sy rsa mls nk bljr..2mnggu lgi sy da nk final exam..sy rse tk smpat nk stdy..
Komen oleh haziq — 2008 #