Susah Mengingat – Ada caranya

2008 at 10.10 am10 | In Idea Sukses | 14 Comments

Peperiksaan Akhir semester untuk siswa-siswi IPT akan berlangsung tidak lama lagi termasuk juga saya yang akan memulakan peperiksaan pada 1 November ini (Doakan saya) . Saya ingin berkongsi dengan anda rakan pembaca dengan teknik mengingat sempena dengan musim peperiksaan. Ramai orang yang siang malam membaca tapi gagal mengingat apa yang dibaca. Ada juga situasi mereka yang study maut membaca tetapi “blank” didewan peperiksaan. Apa yang terjadi? beberapa anggapan boleh dibuat sama ada mereka membaca membabi buta sahaja tanpa memahaminya atau salah teknik hafalannya atau tidak membaca buku langsung.

Tony Buzan, seorang pakar dalam bidang menguatkan ingatan (namun yang lebih pakar ialah para sahabat yang mengingat beribu-ribu Hadith & Hafaz Al-Quran) mengatakan bahawa masalah utama yang sering melanda minda dan otak seseorang adalah cepat lupa. Bagi beliau kurangnya ingatan seseorang bukan disebabkan usia namun berpunca daripada kurang memerahnya.

Sekiranya kita sentiasa mengasah minda dan otak kita maka tahap ingatan kita akan bertambah dari masa kesemasa. Bagaimana untuk mengasah Otak? Saya akan cuba membantu anda.

Baik saudara, otak kita mudah ingat dan berfungsi kepada sesuatu yang bersifat imaginasi dan gambaran. Kesukaran mengingat sesuatu perkara boleh diatasi dengan anda menukarkan fakta atau info yang anda baca dengan mengaitkan sesuatu imej yang lain.  Menurut ahli psikologi Amerika Roger Sperry mendapati bahawa kedua-dua bahagian otak kita mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

Otak Kananmemberi fokus kepada emosi, muzik, imej, warna warni, kira-kira

Otak Kirimemberi fokus kepada objek hitam putih, bahasa, arahan

Jesteru untuk melatih minda anda supaya aktif berfikir serta cepat ingat cuba anda tukarkan info bacaan anda dengan imej yang lain atau dengan kaedah mudah iaitu PETA MINDA. Anda juga boleh mewarnakan nota anda dengan “highlighter” dengan warna yang ceria supaya minda anda terangsang untuk minat membacanya dan mengingatnya. Jangan biarkan nota anda kosong sahaja. Cubalah anda akan merasai satu perubahan kepada kekuatan ingatan anda.

Sedikit renungan ” Sehebat-hebat teknik ingatan ialah dengan membaca dan menghafaz Al-Quran”   

Percayalah kepada IMPIAN anda

2008 at 10.10 pm10 | In Motivasi Diri | 2 Comments

Ini antara kata-kata terakhir yang sempat dinukilkan oleh Angkasawan Negara dalam blog Dr Sheikh Muszaphar sebelum beliau berangkat ke ISS pada 9.21 minit malam tadi. Apa yang saya perhalusi dalam kata-kata ini adalah semangat dan impian beliau yang menjadi kenyataan. Perhatikan tulisan berwarna merah yang telah saya highlight kan untuk anda teman-teman pembaca hayati. Fikirkan teman-teman……

To all my beloved Malaysians,

Today will be my last night on earth before launching to space on the Soyuz capsule. I am very excited for this historic moment. I am very relaxed and calm even to this day. Why ?

Goodbye

For I know that this is what I have dreamt of since I was 10.
This is for all the Malaysian people thriving for success.
This is for all the scientists who has worked hard for the experiments.
This is for my beloved UKM , MRSM Muar and St. Paul.
This is for MOSTI and ANGKASA for making this programme a success.
This is for all the people who believed in themselves.
This is for those who want to make changes for the better of mankind.
This is for all the youth hoping to change their mindset.
This is for all the schoolchildren who will be leaders in the near future.
This is for all the Malaysian who have believed in the angkasawan programme.
This is for all the Muslims all over the world.
This is for all parents who raise their kids to become great achievers.

And most importantly this is for both my mom and dad who has made me what I am today , who believed in me right from the very beginning and whom have never given up hope in me. Never ever. Thank you Abah & Umi for your blessing and for allowing me to go to space.

This is all for you Malaysia !

Start dreaming big and believe in them. One day it will become a reality. It took me 25 years to fulfill my dream. And if I could do it, I truly believe you could too!

Thank you for all your support.
Love you Malaysia!

Wassalam
Dr Sheikh Muszaphar
Angkasawan Malaysia

Video

SALAM EiD-MUBARAK

2008 at 10.10 am10 | In Peristiwa | 2 Comments

Selamat Hari Raya Aldilfitri buat semua pelawat-pelawat laman ini.

Terima Kasih atas sokongan anda.

Bina Sampai ke Puncak – Dato’ Dr Abdul Shukor

2008 at 10.10 am10 | In Motivasi Diri, Petua Kejayaan | 1 Comment

Namanya sudah masyhur diserata tempat dalam dan luar negara, itulah Dato’ Dr Abdul Shukor Haji Hussin. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia berkelulusan B.A Hons, Master dan Phd dari Universiti Al-Azhar Mesir, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, dan pelbagai jawatan penting negara disandang oleh beliau. Setiap kandungan dari ucapan beliau sarat dengan mutiara kata, nasihat dan pembakar semangat para mahasiswa khususnya mahasiswa USIM .

Sepanjang memegang tampok kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, saya bersama rakan-rakan MPP sering bersidang dan bertukar-tukar fikiran dengan Ahli Lembaga Pengurusan Universiti termasuk dengan Dato’ Abdul Shukor. Saya masih ingat dengan pesanan Dato’ Abdul Shukor kepaada saya dan rakan-rakan semasa mesyuarat kali terakhir MPP bersama dato’ Abdul Shukor sebelum tamat tempoh MPP sesi ini iaitu 6 perkara penting. Namun saya ingin berkongsi 1 tips berharga beliau kepada kami iaitu ”bina karier atau kerjaya sampai berjaya dan jangan lompat-lompat.”


Ya, jangan lompat-lompat seperti katak yang tiada prinsip hidup untuk berjaya. Apabila anda terjun ke dalam satu kerjaya maka bina kerjaya anda sehingga berjaya. Sebagai contoh sekiranya anda menjadi guru, lakukan sehingga menjadi Guru Besar, jika anda menjadi pensyarah, lakukan sehingga menjadi Professor, jika anda menjadi pegawai kerajaan, lakukan sehingga anda menjadi pengarah jabatan dan sekiranya anda menjadi pegawai syarikat swasta, lakukan sehingga anda duduk di kerusi pengurus. Jangan asyik melompat-lompat mencari kerjaya namun entah kemana tujuannya. Orang yang berjaya juga adalah mereka yang bijak menggunakan peluang yang ada dan sentiasa yakin serta optimis dengan potensi dirinya.

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.