Pembubaran MPP IPTA sesi 2006/2007
2008 at 10.10 am09 | In Peristiwa | 3 Comments
MPP USIM sesi 2006/2007 dalam kenangan
Permulaan sesuatu kisah pasti ada pengakhirannya. Begitulah jua hakikatnya dengan usia serta kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007 yang sudah berakhir waktu pemerintahanya. Pada 24 September 2007 (Isnin) adalah merupakan tarikh pembubaran MPP IPTA bagi sesi 2006/2007 dan tarikh Pilihan Raya MPP IPTA sesi baru dijangka berlangsung pada 2 Oktober 2007 (Selasa).
Saya juga akan mendapat gelaran “Tun” selepas proses pembubaran ini. Merdeka !!! Saya bersyukur kerana selama 1 sesi saya diberi amanah sebagai Yang Dipertua MPP USIM telah banyak pengalaman, suka duka, hikmah, ilmu dan pengajaran yang dapat saya timba sepanjang perjalanan dalam MPP. Saya juga berasa sangat bertuah kena berpeluang untuk merantau ke luar negara dan bertemu dengan ramai cendiakawan serta berdiskusi dengan ramai kenalan. Terima kasih kepada semua terutamanya USIM, KPT, Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, Kelab dan kepada 21 exco MPP USIM yang telah bersama-sama saya dalam susah mahupun senang.
Apa yang berlaku sepanjang satu sesi ini ? Mungkin tidak cukup untuk saya coretkan dalam ruangan sekecil ini namun sekurang-kurangnya barisan MPP sesi ini telah melakukan sesuatu untuk kebajikan dan kemajuan 70 ribu mahasiswa negara. Continue reading Pembubaran MPP IPTA sesi 2006/2007…
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.