Berehatlah…..anda akan CEMERLANG
2008 at 10.10 am09 | In Idea Sukses, Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | 2 CommentsSaya bersama exco MPP USIM semasa di Tasik Kenyir, Terengganu untuk program terakhir MPP sebelum dibubarkan.
Ada orang yang mati kerana banyak bekerja. Pagi petang siang malam sentiasa berfikir tentang kerja sehingga lupa akan kehidupan keluarga hatta tidak cukup masa untuk beribadat kepada Allah. Kerja kerja kerja kerja itu sahaja yang ada dimindanya. Di dalam sebuah badan organisasi mempunyai pelbagai ragam pekerjanya sama ada anda berada dalm organisasi sekolah, persatuan pelajar, badan pengawas ataupun organisasi besar tempat anda bekerja.
Ragam organisasi juga sering mengelombang dengan konflik dan konflik ini adalah lumrah didalam organisasi sama ada konflik sesama rakan sekerja, pekerja dengan majikan, pengawas dengan ketua pengawas, exco dengan pengerusi, ajk sesama ajk dan sebagainya. Perbezaan pendapat, pendirian serta idea yang sering bertembung didalam mesyuarat sebenarnya menguatkan organisasi anda. Jika organisasi anda hanya “anguk-anguk, geleng-geleng” sahaja maka ia memberi petanda kepada organisasi yang lemah dan lembap kerana semuanya jadi pak turut semata.
Apa yang perlu anda lakukan untuk kembalikan keharmonian organisasi? Banyak cara yang boleh dilakukan dalam pengurusan konflik namun apa yang saya nak di “highlight” kan ialah bercuti. Bercuti tidak semestinya memakan masa 2 atau 3 hari tetapi cukup sehari tetapi impaknya besar seperti family day atau program berbuka puasa. Bercuti bukan sahaja menjadi formula terbaik untuk persekitaran organisasi anda tetapi baik juga untuk yang seisi keluarga. Jesteru, ada beberapa perkara sebagai tips di hari indah anda bersama organisasi :-
1. Pilih tempat yang sesuai seperti tasik, pantai atau taman rekreasi (tidak perlu memilih tempat yang mahal atau perlukan kos yang tinggi kerana membazir sahaja).
2. Lakukan aktiviti yang ringan-ringan sahaja dan tidak memerlukan mereka berfikir secara kritikal.
3. Libatkan semua peserta dalam setiap aktiviti dan pastikan jangan wujud diskriminasi atau berpuak-puak.
4. Wujudkan interaksi harmoni sesama ahli dan gambarkan mereka kepada situasi yang indah jika suasana ini wujud ditempat kerja nanti.
Minda dan tubuh anda perlukan rehat untuk menghilangkan stress. Jadi, berehatlah untuk berjaya.
2 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
Assalamualaikum. Salam Perpaduan. Salam Perkenalan. SEmoga Perjuangan Anda Tetap Diteruskan Walaupun Telah Meletakkan Jawatan Sebagai MPP.
Komen oleh Qaiyum — 2008 #
terjun dalam khidmat masyarakat nih satu kene ingat bro …we dont demand for any appreciation…but if there is sumthing for us..we should take it as we deserve to have it.. Ramadhan Kareem
Komen oleh muqreez — 2008 #