Pengucapan Awam – Seni yang Unik
2008 at 10.10 am09 | In Tips Komunikasi | 14 Comments
Pelbagai bentuk pengucapan awam sama ada pidato, debat, perbahasan, pembentanagan, forum atau syarahan adalah merupakan satu seni yang unik. Seni pengucapan awam ini tidak semua yang mampu mengusainya tetapi boleh di pupuk dengan latihan dan komitmen yang tinggi. Bagaimana yang dikatakan seni pengucapan awam ?
1. Seni memujuk. Selalunya aspek pujukan digunakan pada hujung pengucapan anda. Ianya tidak bersifat terlalu mengada-ngada sehingga mendatangkan kebencian audience tetapi teknik pujukan ini secara “gentleman” yang dimempersonakan. Selalunya kemahiran teknik ini digunakan oleh pemidato atau pendebat. Mereka akan menggunakan 1 minit yang terakhir untuk memujuk audience dan hakim mempercayai terhadap hujah mereka. Selalunya nada yang syahdu serta berkeyakinan. Jika teknik ini digunakan sepenuhnya, i mampu membuatkan para penonton anda bangun memberi tepukan gemuruh kepada anda.
2. Seni pegunkan audience. Bukan senang untuk melahirkan kepercayaan audience kepada “speaker”. Ianya memerlukan aura yang tersendiri untuk pegunkan audience. Intonasi suara serta gaya yang berkeyakinan antara faktor penting untuk mempengaruhi audience. Seluruh anggota badan termasuk mata serta dijadikan x-factor untuk bersama-sama mempengaruhi audience.
3. Seni mengubah hipotesis audience. Selalunya audience akan membuat tanggapan atau “jatuh hukum” awal terhadap topic sebelum anda membentangkannya. Seorang pemidato yang hebat, mereka dapat mengubah pendirian seseorang untuk mempercayai mereka pula. Seni ini memerlukan kepada penelitian, bermain dengan struktur ayat, bahasa dan fakta. Setiap perkataan yang digunakan diperincikannya. Tidak hairanlah seorang peguam boleh menang kes dengan hanya kerana satu perkataan.
4. Seni bahasa badan dan mimik muka. Kita juga akan mudah boring jika si pembentang hanya berdiri kaku seperti ‘robot” menyampaikan hujah. Tidak langsung menggerakkan badan dan wajah semasa berucap. Jesteru, kepakaran menggunakan anggota badan sangat penting untuk mempengaruhi audience seperti senyum, bermain dengan wajah sama ada marah, sedih dan sebagainya. Audience akan lebih mudah faham jika kombinasi hujah dan bahasa badan anda disepadukan bersama.
5. Seni gaya bersahaja. Tidak dinafikan untuk mengayampaikan ucapan dengan bersahaja tanpa gementar bukan mudah. Ia memerlukan latihan dan pengalaman. Wajah yang tenang, gaya yang bersahaja serta bercakap dengan spontan antara seni yang terdapat pada seorang yang pemidato yang hebat. Seni ini selalunya ada pada pendebat-pendebat kerana mereka hanya diperuntukkan setengah jam sahaja untuk memikirkan tajuk yang akan dibahasakan. Namun, mereka kebanyakkanya berjaya menyampaikan hujah dengan spontan dan yakin.
7. Seni menjawab soalan secara spontan. Salah satu babak yang di takuti oleh pembentang ialah pasa sesi soal jawab. Kebanyakkan dari pembentang sengaja melanjutkan ucapan mereka menyebabkan masa sangat suntuk untuk soal jawab. Ada juga audience yang sengaja menanyakan soalan yang “pelik” dan macam-macam lagi. Memberi respon terhadap soalan secara spontan adalah satu seni yang perlu dimiliki oelh semua pembentang. Keyakinan semasa menjawab, memberi respon yang tepat serta tenang merupakan seni pada pengucapan awam.
7. Seni mengawal suasana serta reaksi audience. Kita akan bertemu dengan berbagai ragam audience. Sikap-sikap seperti tidur, bercakap sesame sendiri di kalangan peserta, mimik muka tanda tidak faham dan mimic muka tanda tidak bersetuju dan sebagainya akan kita ketemui. Bagaimana kita hendak mengembalikan perhatian mereka kepada anda? Bagaimana hendak memukau mereka untuk faham apa yang diperbincangkan ? Semuanya ini satu seni yang memerlukan kepada pengalaman serta kemahiran.
14 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

dalam dunia komunikasi yang sedang berkembang kominikasi elektronik (e-communication) sering tidak mengambil kira faktor psikologi. Pembujukkan hampir sukar untuk menjadi realiti. Khalayak biasanya mempunyai mind set yang telah dipengaruhi pengetahuan sedia ada…
Komen oleh nurabadi — 2008 #
Salam Hariri, selamat berpuasa dan beramal ibadat, first time di blog ini dan terfikir utk link kan url anda buat edisi khas-Fellow Debaters….
Semoga blog ini dapat dijadikan medium untuk kita terus memperjuangkan yang hak dan melawan yang batil…
.
Hariri Daud : Selamat Berpuasa Hodayat. lama tidak turun gelanggang debat.gian jgk kadang-kadang
Komen oleh hidayat — 2008 #
Sebelum saya mengikuti kelas pengucapan awam, saya sangka ianya mudah kerana kebetulan saya seorang guru. Sebenarnya tidak! Terutama, berkaitan persuasive speech.
Mempelajari seni pengucapan memang penting, tetapi yang lebih penting dari itu ialah kandungan yang hendak kita sampaikan..
.
Hariri Daud : Betul Fairuz. Public Speaking bukan sekadar bercakap tapi menuntut lebih dari itu. bukan sehari dua boleh mantap, latih latih latih akan memahirkan kita.
Komen oleh Fairuz — 2008 #
salam. bleh x awk kemukakan sejarah dan perkembangan pengucapan dakwah
Komen oleh syahira — 2008 #
ops! sori silap2 hehe…
bkn sejarah dan perkembangan pengucapan
Komen oleh syahira — 2008 #
sy nk tau sejarah pengucapan awam. bile bermula n cmner ia berkembang
> jabatan dakwah UM <
Komen oleh syahira — 2008 #
TQ Syahira kerana sudi membaca entri ini. Sejarah Pengucapan Awam? emm, kalu blh saya sebutkan ia bermula zaman nabi Muhammad ketika berdakwah berucap dihadapan orang Makkah. Cth Ketika Peristiwa Isra’ Mijraj, Haji WIda’.
Atau mungkin ketika zaman Nabi adam pun, Nabi Adam pernah berdakwah dengan berucap. Sebab Pengucapan Awam ini xSEMESTINYA perlu ada DEWAN ECON, MIC SPEAKER, AUDIENCE yang ramai, PENTAS cantik. Asalkan ada pendengar dan perucap untuk sampaikan mesej kepada orang awam. Ia sudah dipanggil PENGUCAPAN AWAM.Itu pendapat peribadi saya.
Komen oleh hariridaud — 2008 #
salam…teruja saya melihat seni pengucapan awam yang telah dikemukakan…masalah yang melanda saya sekarang,bagaimana untuk menyampaikan sesuatu hujah tanpa perasaan gementar???wlpun saya pernah wakil sekolah dalam debat ttp prasaan 2 still ada…huhu…
.
Hariri Daud : TAHNIAH, cikin ada potensi dan berbakat. Tapi cikin, bakat sahaja blum cukup. Stephen Covey sebut “asah gergaji”. Kita perlu sentiasa mangasak bakat supaya tajam dan hebat. jangan biarkan ia tumpul. Cikin boleh !
Komen oleh cikin — 2008 #
slm..klo x keberatan blh tak berikan sedikit ulasan dan pendapat hariridaud tentang penguacapan awam diyakini boleh meningkatkan pembangunan diri,kerjaya dan mempengaruhi masyarakat.
.
Hariri Daud : Idea yang sangat bagus Ruzi. Dunia kerjaya hari ini bukan sahaja nak kpd ijazah tapi kemahiran. Saya akan cuba bincangkan nanti. TQ atas sumbangan idea
Komen oleh ruzi — 2008 #
salam… saya merupakan pelajar IPTA dan mengalami masalah gabra di hadapan penonton ketika hendak membentangkan usul atau apa-apa sahaja pembentangan sehingga saya terlupa apa input yang saya perlu sampaikan…. setelah membaca tips-tips di laman web ini, saya rasa lebih bersemangat dan yakin sekarang.
.
Hariri Daud : Terima Kasih Sinar. Teruskan membaca
Komen oleh sinar — 2008 #
salam istiqamah…slmt menyambut ramadhan yg bakal tiba..
.
Hariri Daud : Salam Ramadhan Al-Karim
Komen oleh asy shahida — 2008 #
salam hariri…saya merupakan pelajar kolej…saya nak minta tolong hariri..tolong terangkan mcm mana nak berucap dalam situasi ‘pengucapan awam’ ni dengan tajuk sesuatu penyakit..boleh ke kita masukkan jenaka? mahupun hadis-hadis nabi?? ataupun sebaliknya..minta hariri nyatakan contoh…
Komen oleh Siti Khairunnisa — 2008 #
harap2..hariri dapat jelaskan secara lanjut mengenai pengucapan awam dgn pelajar2 kolej..
Komen oleh Siti Khairunnisa — 2008 #
salam..afwan, nk mnta izin utk jdkan artikel nie sbg rujukan.. kalau xkberatan, bley x nk tau, artikel nie dibuat sndiri or drujuk mn2 bku ye?? n if dr buku..bley tau x bku ape??
.
Hariri : Silakan saudari.semoga beroleh manfaat. Artikel ini saya buat untuk penulisan buku saya.komunikasi pelajar.blum siap sepenuhnya lagi.
Komen oleh iman — 2008 #