Nur HIDAYAH di Pusat Serenti Jelebu

2008 at 10.10 am09 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Tips Komunikasi | Leave a Comment

jy1.jpg  cimg1603.jpg

Inilah pengalaman pertama saya masuk ke sebuah Pusat Serenti iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan untuk menghadiri satu forum anjuran Unit Agama Pusat Serenti Jelebu. Syukran Jazilan kepada Ustaz Ramzi atas jemputan dan juga kepada rakan-rakan yang membuat praktikal dakwah di sana. Saya dijemput untuk berceramah atas tajuk ” Mencari Hidayah untuk kembali ke pangkal Jalan”

Dalam perjalanan saya ke sana penuh dengan debaran dan ada sedikit teruja kerana ini kali pertama saya berceramah ditempat sebegini. Rata-rata semua penghuni di sini sudah berusia melebihi 30 tahun ke atas dan kebanyyakkanya merupakan penagih tegar yang “keluar masuk” lebih dari 2 kali. Seperkara yang menginsafkan saya ialah ada juga daripada penagih di sini yang sudah lewat usianya dan ada juga yang merupakan bekas imam dan bilal. MasyaAllah !!! korban dadah tidak mengenal siapa.

cimg1500.jpg

Saya memulakan ceramah dengan beberapa pendekatan agar audience saya tidak jemu & “membuat kerja lain” semasa saya berceramah tatkala saya ini terlalu muda untuk memberi nasihat kepada mereka. Namun itu bukan pembantut semangat. Yakin, Ikhlas dan Tawakkal. Saya memulakan langkah dengan memberi kefahaman yang jelas kepada mereka tentang “HIDAYAH” atau “Petunjuk”.

Saya juga bercerita tentang kisah-kisah orang yang boleh berhijrah daripada kejahatan kepada kebaikan. Cerita-cerita ini saya berkongsi dengan mereka untuk memberi semangat bahawa setiap manusia ada “kuasa” untuk berubah dan mereka boleh berubah jika mereka mahu dan Allah buka hati mereka. Lalu diakhir ceramah, saya menekankan akan maghfirah, Sifat Allah yang maha pengampun lagi Mengasihani dan Fadhilat Ramadhan Al-Mubarak sebagai tempat paling sesuai untuk memohon keampunan. Maka “Taubat”, ingat kepada mati serta berdoa untuk berubah merupakan azimat terpenting yang perlu tersemat dihati manusia termasuk mereka (Penagih).

cimg1623.jpg

Jika kita renung akan Azab Allah, gerun serta takut dalam hati ini. Jika berfikir sejenak akan rahmat, kasih sayang dan pengampunan dari Allah, membangkit semangat dan hilang sikap putus asa mahu terus bertaubat. Jika dihitung akan nikmat Allah terasa diri kurang bersyukur.   

Semoga Allah memberi HIDAYAH dan petunjuk ke jalan yang benar buat mereka. Semoga usaha kerdil ini diberkati Allah. Ameen.  

No Comments Yet »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.