Jadilah Pendengar yang Setia : TPM

2008 at 10.10 pm09 | In Peristiwa, Petua Kejayaan, Tips Komunikasi | Leave a Comment

g1.jpg

Pemimpin yang baik bukan sahaja perlu bijak dan petah berkata-kata tetapi juga perlu menjadi seorang pendengar yang baik kepada rakyatnya. Siapa yang tidak mengenali Tokoh Pemimpin Negara ini iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga sangat popular dengan istilah yang beliau kemukakan iaitu manusia GLOKAL. Pengalaman yang saya tidak dapat lupakan ialah semasa mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaaan (MPPK) iaitu sesi dialog diantara pemimpin-pemimpin pelajar IPT dengan pemimpin negara. MPPK dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang diadakan 2 kali setahun.

Apa yang menarik perhatian saya ialah sepanjang mesyuarat ini berlangsung selama 1 jam 30 minit, YAB Dato Seri hanya bertindak sebagai pendengar sepanjang 1 jam 15 minit mendengar luahan dari para pemimpin pelajar mengenai pelbagai isu.

Bayangkan 1 jam 15 minit hanya mendengar sehinggakan beliau menyebut ”ada sesiapa lagi yang hendak bercakap, kalau tidak bercakap hari ini tidak dapat tidur nyenyak”.  Nilai kemesraan yang ditonjolkan membuatkan seluruh mahasiswa yang hadir pada mulanya membuak-buak emosi tetapi kembali tenang dengan sikap mendengar YAB Dato Seri Najib. 15 minit sahaja digunakan oleh beliau untuk memberi respon kepada semua persoalan yang dibangkitkan.

312954782.jpg

Kebanyyakkan pemimpin banyak bercakap atau mengomel tanpa memberi ruang kepada orang lain menyatakan pendapat mereka atau menyuarakan sesuatu perkara. Mungkin kerana penyakit syok sendiri maka kita anggap meraka yang dibawah hanyalah pak turut mendengar arahan sahaja. Sikap inilah yang dijelaskan oleh Stephen Covey sebagai MANUSIA ROBOT dalam buku terbarunya “Tabiat ke-8 : Daripada Keberkesanan kepada Keagungan”. Jiwa dan suara hati mereka terpenjara dek kerana ruang untuk mereka menyatakan pendapat digelapkan. Jadilah anda pendengar yang setia sebelum anda memberi respon atau memutuskan sesuatu keputusan.

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.