PTPTN : MPP serah MEMORANDUM

2008 at 10.10 am09 | In Peristiwa | Leave a Comment

2205975389.jpg

Semalam (6 September) saya bersama dengan 8 orang YDP MPP IPTA telah berkunjung ke pejabat PTPTN untuk bertemu serta berbincang dengan pihak pengurusan PTPTN tentang isu kelewatan pembayaran pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru sesi 2007/2008 dan juga isu penggunaan PTPTN online aplication yang diperkenalkan pada sesi ini.

 Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Pengurusi PTPTN Dato’ Razali Ismail, Dato Adham Baba Setiausaha Parlimen KPT, pegawai pengurusan PTPTN dan wakil pemberita BERNAMA. Pengaplikasian sistem online aplication ini telah mengundang pelbagai masalah khasnya buat para pemohon yang baru kerana ianya melibatkan permohonan yang perlu di isi melalui internet dan juga syarat baru iaitu mengenakan syarat ibu bapa sebagai penjamin. Jesteru, banyak masalah timbul ekoran dari perkara tersebut antaranya masalah sistem ID, pencetakkan borang, penjamin yang sudah bercerai, no akaun salah, terma serta prosedur yang tidak jelas dan juga kedhaifan pengetahuan internet dikalangan pelajar.

2695209765.jpg

MPP IPTA hadir mewakili suara MPPK menyerahkan memorandum cadangan penambahbaikkan kepada sistem online yang digunakan. Terdapat 5 cadangan khusus mengenai perkara tersebut yang diutarakan. MPP IPTA juga menyatakan hasrat agar bunga 3% yang dikenakan kepada peminjam dimansuhkan. Pengerusi PTPTN menyatakan beliau sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri tentang perkara itu dan menunggu “green light” dari YAB Perdana Menteri. Selain itu juga MPP IPTA menyatakan sokongan penuh kepada peralihan sistem daripada manual kepada penggunaan elektronik dalam pengurusan PTPTN agar lebih efektif dan efisen.

PTPTN juga berjanji akan menyelesaikan isu kelewatan pembayaran kepada kelompok kedua permohonan seramai 31 ribu pelajar iaitu selewat-lewatnya 21 september 2007. Terima kasih atas kesudian PTPTN untuk berdialog bersama dengan pemimpin-pemimpin pelajar. Semoga segala usaha kerdil ini diberkati.ameen.

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.