UPSR 2007

2008 at 10.10 am08 | In Peristiwa | 1 Comment

_41195193_exam203.jpg

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2007

kepada semua calon-calon

khususnya buat adinda tercinta

Ain Nadirah Bt Haji Mohamad Daud

GOOD LUCK !!

Personality, Branding and Marketing

2008 at 10.10 am08 | In Motivasi Diri, Peristiwa | Leave a Comment

marketing.jpg

 Kata-kata ini saya ”copy and paste” daripada blog pensyarah Undang-Undang saya iaitu En Nizam Awang www.mooters-inc.blogspot.com. Saya tidak sangka perbualan saya dengan beliau baru-baru ini di “record” oleh beliau untuk dimasukkan dalam blognya. TQ en nizam memang best :-)  

” It is certainly amazing when somebody conclude the package of an excellent graduate under the three headings. I was sitting next to Hariri Daud, the President of Students’ Representative Council last night during the opening ceremony of Debat Alam Sekitar 2007. He’s such a guy where I could prospectively read how religiously he is when talking about what he would be in the next ten years. Out of other topics, I was diligently listening to him when he greatly appraised the quality of graduates studying abroad compared to the locals – personality, branding and marketing. Thanks to him because this three items would be my aim in situating syariah and law students in the greater position of legal profession. How would you develop personality, branding and marketing yourself here in university and in your future undertaking? Lets start thinking about it…”

Suara Hati 2 Generasi Anak Malaysia

2008 at 10.10 am08 | In Peristiwa | Leave a Comment

Kejayaan Tidak Datang Bergolek

2008 at 10.10 am08 | In Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | Leave a Comment

                         x.jpg
Saya adalah pelajar yang terkandas tetapi saya masih boleh berjaya. Kenapa ? Prinsipnya kalau orang lain boleh, mengapa tidak kita. Itulah pegangan kuat abang Najmil Faiz yang melalui laluan penuh berliku sebelum merasa nikmat kejayaan sepanjang pengajian beliau. Saya antara mereka yang bertuah untuk bertemu dengan insan ini sambil kami berbual mesra meneroka rahsia kejayaan beliau. Saya telah bertemu beliau di Heathrow Airport, london ketika itu Abang Najmil Faiz bersama Ustaz Erfino Johari menyambut kedatangan kami ke London di lapangan terbang itu.

Saya sudah lama membaca sejarah peribadi beliau dan coretan kisah kejayaan beliau sebagai antara golongan muda berjaya di Malaysia. Tidak sangka jodoh kami bertemu jua akhirnya. Kata beliau ” Saya mungkin pelajar Malaysia pertama diberi kesempatan untuk membentangkan hasil kajian saya di dalam House of Common. Parlimen British di Westminster di London. Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana mencatat sejarah yang tidak pernah terlintas dihati kecil ini.” Najmil Faiz melalui sejarah pengajiannya penuh berliku, beliau mencatat keputusan GRED 3 dalam SPM dan mendapat CGPA 2.2 dalam pengajian diploma.

 54904156_841f4a7fb3.jpg

Namun itu bukan penghalang semangat membara beliau untuk menawan puncak kegemilangan. Kegagalan bukan penyebab untuk tidak berjaya. Terhantuk dari kegagalan, beliau membetulkan visi, membina strategi, menongkah arus rintangan dengan cekal.Kajian Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) belia yang bertajuk ”Teknologi Nano dalam kejituan Kejuruteraan’ telah menarik minat para penyelidik hatta memukau Menteri Industri Britian, Dr Brian Iddon iaitu orang yang bertanggunjawab membawa beliau ke HOC, Parlimen Britian.

Tarikh 14 Mac 2005 menceritakan segala-galanya akan ketabahan seorang anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan berjuang daripada kegagalan kepada keagungan. Kejayaan Najmil Faiz antaranya ialah Anugerah Pencapaian Akademim Terbilang (YAB Perdana Menteri), Anugerah Pencapaian Akademik Gemilang (YAB Timbalan Perdana Menteri) dan calon anak gemilang Malaysia sempena 50 tahun kemerdekaan negara Malaysia. Dapatkan buku ”Meniti puncak : Antara Realiti & Fantasi” karangan Najmil Faiz sebagai pembakar semangat juang anda untuk berjaya dalam pelajaran.

MALAYSIAKU GEMILANG

2008 at 10.10 am08 | In Peristiwa | Leave a Comment

442891273.jpg

Syukur ke hadrat ILAHI MALAYSIAKU aman harmoni

Syukur pada Maha Pencipta MALAYSIAKU dilimpahi rezeki

Syukur Ya Allah MALAYSIAKU Merdeka

h1.jpg

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE/50

Malaysiaku Gemilang 

Menggilap Impian Permata Darul Izzah

2008 at 10.10 am08 | In Motivasi Diri, Peristiwa | 2 Comments

pict0959.jpg

Kejayaan adalah milik semua orang yang ingin untuk berjaya. Baik orang dewasa, remaja, kanak-kanak, orang berada, pertengahan mahupun miskin semuanya berhak untuk memiliki sebuah impian kejayaan. Namun, untuk mengecapi sebuah mahkota kejayaan memerlukan sedikit pengorbanan, jatuh bangun semuanya diharungi. Bak kata pepatah ” yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang”.

Saya berkesempatan buat kali pertama memberi ceramah motivasi membangkitkan semangat kepada adik-adik rumah anak yatim iaitu di Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bangi, Selangor. Wah! bersemangat sungguh adik-adik ini menghayati setiap kata-kata yang terucap. Jauh dari sudut hati mereka menginginkan suatu hari nanti menjadi “somebody” yang berjaya. Namun kali ini saya ingin berkongsi dengan anda hakikat sebuah kecemerlangan.

pict0967.jpg

Rasulullah dalam khutbah wida’ ada menyebut ” Tiada beza antara orang arab dan orang bukan arab kecuali TAQWA”. Perhitungan Allah jua tiada unsur diskriminasi sama ada berpangkat besar, keturunan arab dan sebagainya melainkan mereka yang taat dan takut kepada Allah. Begitu jua dengan hakikat kecemerlangan ia tidak kenal siapa kita? dari mana kita datang? apa status kita? namun ia hak milik semua orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

 InsayAllah dilain waktu saya akan bercerita tentang profil orang yang berjaya mengorak langkah menuju medan kecemerlangan. Sangat menarik !! Tungguuuu.     

Pesanan Keramat – Tan Sri Jins Samsuddin

2008 at 10.10 am08 | In Kembara Ilmu, Petua Kejayaan | Leave a Comment

p1010364.jpg

Siapa yang tidak kenal dengan seniman agung negara Tan Sri Jins Samsuddin. Watak-watak yang dibawa oleh beliau sering mendapat tempat dihati penonton seperti filem Bukit Kepong, Isabella dan sebagainya. Tan Sri jins Samsuddin juga merupakan seniman pertama yang diangkat menjadi senator Dewan Negara dan sering bertindak sebagai ”pembela anak seni” di Dewan Negara. Tidak keterlaluan saya katakan beliau adalah penganti kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee alaf baru.

Saya telah berkesempatan untuk berjumpa dan beramah dengan beliau di Malaysian Hall, London semasa lawatan pemimpin pelajar ke eropah pada bulan mei yang lalu. Kebetulan pada ketika itu di London sedang berlangsung ”Malaysia week” yang dirasmikan oleh Dato Dr Rais Yatim, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan bertujuan untuk mempromosikan kempen Melawat Malaysia 2007 sempena 50 tahun kemerdekaan. Terdapat pelbagai program yang disusun antaranya ialah Festival Filem Malaysia yang menayangkan beberapa filem terbaik Malaysia kepada masyarakat London seperti Cicak Man, Waris Jari Hantu, Jangan Pandang Belakang dan lain-lain.

Di celah-celah kepadatan jadual di London, saya sempat menceduk beberapa resipi kejayaan daripada Tan Sri semasa kami sedang makan. Saya meminta nasihat beliau buat para pemimpin muda seperti kami (ahli rombongan)? Lantas beliau menjawab, buat ”personal touch”. Ringkas tapi penuh mendalam maksudnya (orang seni katakan). Pemimpin yang baik ialah mereka yang selalu mendampingi rakyatnya sama ada dengan  memberi salam, bertanya khabar, senyum penuh mesra, berbual seketika, bersukan dan bergaul dengan mereka. Jangan sesekali membangga diri, bongkak dan takabbur dengan jawatan yang diberi. Pemimpin yang sombong tidak akan bertahan lama. Pemimpin yang sentiasa mengamalkan sifat bertanya khabar lebih baik dari membuat program yang besar-besar. Inilah pemimpin yang baik.  

Namun apa yang saya kagum dengan Tan Sri ialah sepanjang perbualan kami beliau sering memegang paha dan bahu saya agar saya tidak berasa gugup berbual dengan beliau. Sikap kemesraan yang dipamerkan memberi kesan kepada hati saya. Terima Kasih Tan Sri !!

Masjid Rotterdam yang menginsafkan

2008 at 10.10 am08 | In Kembara Ilmu | 1 Comment

p1010090.jpg

Hujan renyai-renyai turun membasahi kami dalam perjalanan pergi ke sebuah masjid bagi menunaikan solat zohor di bumi Rotterdam. Memang sukar untuk temui masjid disini, namun kami terpaksa berjalan hampir 5km dari Universiti Islam Rotterdam ke masjid yang terletak di pinggiran Bandar Rotterdam. Alhamdulillah, kami tiba juga di perkarangan masjid Rotterdam. Banggunan masjid yang tersergam indah ini tidak sebesar masjid Nilai namun ianya sangat unik. Tiba sahaja di masjid ini, kami disambut oleh para jemaah dengan begitu mesra sekali.

p1010086.jpg

bersama dengan sahabat Muhammad Umar (Sukarelawan Masjid)

Ada apa dengan masjid ini ? Mungkin anda tidak pernah terfikir bahawa di dalam sebuah masjid akan ada beberapa meja snuker atau pusat cyber café. Inilah keunikkan dalam masjid ini. Masjid ini mempunyai 3 tingkat, tingkat 1 masjid adalah ruang solat lelaki, tingkat 2 pula memuatkan jemaah perempuan untuk solat dan bahagian bawah masjid merupakan tempat istirehat para jemaah. Tempat istirehat ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti permainan snuker, pusat internet, perpustakaan dan cafeteria sebagai tempat para jemaah berbual sambil menunggu azan berkumandang. Mungkin ini adalah strategi untuk menarik para remaja dan masyarakat islam untuk dekat dengan Masjid. Ternyata ramai daripada para remaja dating ke Masjid ini untuk solat dan meluangkan masa lapang mereka. Lantas saya terfikir alangkah baiknya Masjid kita di Malaysia dihidupkan dalam suasana mesra jemaah serta dijadikan “One Stop Center” untuk para jemaah singgah untuk solat.

p1010087.jpg

Tempat Muazzin untuk melaungkan azan

Seperkara lagi yang membuatkan saya kagum ialah insan yang bernama Muhammad Umar yang berumur 25 tahun iaitu seorang sukarelawan yang bekerja sebagai “Tok Siak” di Masjid ini. Beliau dilahirkan di Maghribi tetapi sudah lama tinggal di Belanda dan juga merupakan penuntut di Universiti Islam Rotterdam. Apabila ada waktu lapang maka beliau akan singgah ke Masjid ini untuk bekerja. MasyaAllah !! Saya mendoakan sahabat saya Umar mendapat lindungan rahmat Allah atas keikhlasannya.

RM 25,000,00 Untuk Orang Berjaya

2008 at 10.10 am08 | In Motivasi Diri, Peristiwa | 3 Comments

 ”Hendak seribu daya, malas seribu dalih”. Hari ini orang yang berjaya di universiti iaitu mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bukan sahaja mendapat pengiktirafan dari universiti sama ada sijil mahupun kewangan tetapi sekarang Kerejaan Negeri sudah mula “melabur” memberi insentif kepada mereka. Itulah nikmat kejayaan bukan sahaja atas kepuasan diri atas usaha yang bersungguh-sungguh bahkan dihargai pula oleh orang sekeliling.

d.jpg 

Bergaya di University of Lieden, Belanda

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan kepada sesiapa anak- negeri sembilan yang mendapt Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama maka akan diberi saguhtai sebanyak RM 25 ribu seorang.  Perkara ini lama sudah diperhebahkan namun baru-baru YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan kepada mahasiswa USIM di Majlis Penutup Pesta Konvokesyen (C-Fest 07). Macam-macam boleh dibuat dengn wang sebesar itu. Tunggu apa lagi wahai anak-anak negori, berjuanglah. Banyak tuu….

Tapi, jangan kerana wang yang dikejar semata kerana bimbang jiwa memberontak kerana nafsu meterialistik dan biarlah keredhoan Allah yang menjadi tujuan. Renungan :Wang yang berjuta akan habis tetapi ilmu bermanfaat akan menjaga kita. 

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.