Ada Kemahuan, Ada Kejayaan
2008 at 10.10 am07 | In Tips Komunikasi | 2 CommentsJika anda pernah menyaksikan pertandingan pidato atau mana-mana pertandingan debat, anda akan dapat melihat pelbagai ragam dan gaya seorang pemidato atau pendebat beraksi menyampaikan hujah mereka. Ada di antara meraka yang begitu berkeyakinan, tenang dalam berbicara dan struktur hujah yang sangat mempersona. Tidak kurang pula ada yang “gelabah”, wajah seolah-olah dirundung masalah dan asyik menyebut aaaa, eerrr walaupun di atas meja mereka dihampar berpuluh-puluh nota atau fakta.
Baik, apa masalah mereka? Sudah pasti jawapannya gemuruh dan kurang persediaan. Begitulah juga keadaannya situasi kepada oarang yang memberi ucapan atau forum.
Ramai diantara kita sering menyebut “aahh aku bukan dilahirkan sebagai orang yang pandai bercakap atau bila nak mula cakap jer, habis panyakit “parkinson” aku mula datang” emm macam-macam lagi. Stephen Covey ada menyebut tentang teknik “asah gergaji” iaitu anda perlu sentiasa mempertajamkan kemahiran anda. Setiap manusia mempunyai potensi dan setiap potensi ini BOLEH di gilap dan dipertajamkan. Syaratnya “dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan”.Saya suka untuk “membongkar rahsia” seorang pendebat bahasa arab USIM dan pernah menjadi pendebat b.arab terbaik IPTA tahun 2006 pada pertandingan Debat Diraja Kategori B.Arab iaitu saudara Nor Syafwan Norawavi. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau tetapi roh semangat beliau yang saya ingin kongsi bersama anda.
Beliau tidak pernah memasuki pertandingan debat sama ada b.melayu, inggeris mahupun b.arab pada peringkat sekolah. Pada tahun pertama di USIM, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia pengucapan awam khususnya debat. Bermula dengan sekadar menjadi pendengar, pembantu mencari bahan untuk pendebat, tolong angkat beg pendebat, juru gambar dan akhirnya menjadi pendebat. Kali pertama mendengar beliau berdebat, semua orang akan mentertawakan beliau. Anda juga mungkin begitu.
Namun beliau tidak pernah putus asa, disiplin untuk turun latihan, sentiasa berlatih seorang diri mahupun secara berkumpulan dan sering berjumpa jurulatih sehingga orang ramai menggelarkan beliau “adik angkat ustaz…….”. Usaha berterusan ini dari tahun 1 hinggalah tahun 3. Apa yang berlaku, pada penghujung semester pengajian beliau di USIM natijah dari usaha beliau sudah boleh dituai.
Beliau diangkat menjadi pendebat terbaik b.arab IPTA 2006 dan juga top 10 pendebat b.arab terbaik kejohanan debat b.arab ASEAN 2006. Percaya atau tidak orang yang pernah menjadi juru gambar itu adalah pendebat terbaik !! Inilah kuasa tidak putus asa dan mahu belajar menjadikan beliau sudah berjaya.
Walaupun beliau bukanlah ikon dalam dunia pendebatan tetapi sekurang-kurangnya beliau sudah mengatasi kelemahan yang ada dalam diri beliau 3 tahun yang lalu. Hari ini, beliau sedang giat melatih junior-junior baru USIM untuk persiapan Debat B.Arab ASEAN 2007.
2 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.





sebaik sahaja saya habis membaca artikel ni..
saya tiba-tiba jadi bersemangat..
saya pun baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam arena perdebatan ni..
bila pertama kali berdebat.. tangan saya secara automatiknya mengigil.. tak tau nak cakap ape..
tapi saya cakap juga dan akhirnya saya dpt 1 pengalaman yang berharga..
sy akan cuba utk mjadi mcm abg ni.. jadi pendebat yg terbaik.. insyaallah..
Komen oleh black sakura — 2008 #
salam..berdebat memanglah bagus untuk menajamkan fikiran dan kebolehan bercakap hdpan org..tp ramai juga pendebat yg dok berasa ‘hebat’ nie asyik nak menang je bila bcakap dengan orang..terikut sgt dengan dbat dia tu..problem jgak tu..salam.
Komen oleh ishak salim — 2008 #