Pengalaman Guru Yang Terbaik

2008 at 10.10 am06 | In Peristiwa, Tips Komunikasi | Leave a Comment

Hari ini (20 April) awal-awal pagi lagi saya sudah mengharungi sesak kota raya Kuala Lumpur untuk ke SK Seri Saujana, Sri Petaling, KL. 2 hari yang lalu saya berada di SMK Seri Saujana menyampaikan ceramah Maulidur Rasul tetapi hari ini saya berada disini atas jemputan menyampaikan ceramah motivasi kepada adik-adik SK Seri Saujana. Wah!! bersemangat sungguh adik-adik SK Seri Saujana.

Bak kata pepatah ” Pengalaman adalah guru yang terbaik”. Hari ini baru saya ketahui begitu besar makna erti sebuah pengalaman. Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan memberi ceramah kepada adik-adik di sekolah rendah suatu perkara yang mudah berbanding dengan orang dewasa. Namun, bukan semudah yang disangka. Situasi diluar jangkaan akan berlaku. Anda bercakap dihadapan, mereka juga bercakap dibelakang. Anda sibuk menyampaikan cerama, mereka juga sibuk bermain dengan rakan-rakan. Pening juga dibuatnya.

Mungkin apa yang saya lakukan boleh anda aplikasikannya apabila anda bertemu keadaan seperti ini.

1. Saya menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak memerlukan kepada pentafsiran yang mendalam. Bahasa yang “bombastik” akan menyebabkan adik-adik dihadapan anda akan menjadi “blur”.

2. Saya mempelbagaikan input ceramah saya dengan melakukan aktiviti-aktiviti ringan. Mereka yang berumur 12 tahun ke bawah selalunya sangat aktif. Jesteru dengan sedikit permainan yang “bermesej” ia dapat membantu anda memberi input kepada mereka secara bersantai.

3. Saya juga ada menyelitkan unsur-unsur humor seperti cerita-cerita lawak atau berlakon seperti kanak-kanak untuk menarik perhatian mereka. Selain itu, saya sering bernasyid menyanyi dan mempelbagaikan intonasi suara saya. Semua ini adalah “colourful” dalam ceramah saya.

Mungkin ini sebahagian daripada tips yang pernah anda dengar tetapi dengan sedikit pengalaman yang berharga ini saya berasa bertuah kerana dapat berkongsi dengan anda.

Manusia yang belajar daripada kesilapan dan pengalaman adalah manusia yang berjaya. Fikirkanlah dan selamat mencuba…..

No Comments Yet »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.