7 Strategi Pengurusan Efektif
2008 at 10.10 am06 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Tips Komunikasi | 1 Comment Setiap organisasi bukan sahaja diukur parameter pencapaiannya melalui pr
ogram, ucapan Tuan Presiden mahupun personaliti barisan exco tetapi ia juga dilihat melalui budaya kerjanya. Kecemerlangan budaya kerja para anggota organisasi adalah suatu permulaan bagi kita memperkasa kembali struktur gerak kerja, aliran kerja, sikap, persepsi dan “behavior” dalam organisasi. Budaya kerja dalam organisasi akan melambangkan kematangan, pergerakkan dan keharmonian dalam panorama organisasi anda.
Jesteru, dalam kesempatan ini saya suka untuk berkongsi dengan dengan anda atas dasar “sharing is loving” beberapa tips-tips memupuk budaya kerja yang efektif dalam organisasi. Ok, disini ada 7 strategi yang boleh anda fikirkan dan aplikasikan.
1. Syura asas kesepakatan. Terapkan eleman musyawarah dalam setiap perancangan dan tindakan organisasi dan masukkan elemen disiplin seperti minit mesyuarat, agenda, buku catatan serta tujuan meeting anda. Jangan terlalu “skema”, ceriakan meeting anda dengan unsur-unsur motivasi dan bersungguh-sungguh.
2. Hormat-Menghormati. Sesama ahli saling hormat-menghormati, berhikmah dalam setiap perselisihan dan memberi kepatuhan kepada ketua supaya ti
dak timbul ” Satu Bahtera Dua Nahkhoda”.
3. Profesional. Bekerjalah dalam keadaan bersungguh-sungguh menuju kepada kesempurnaan. Jangan amalkan kerja “last minute” dan kerja tiada tujuan hanya untuk suka-suka sahaja.
4. Wassini. Harmonikan “biah” organisasi anda dengan budaya nasihat-menasihati secara berhikmah dan jauhi sikap “pancung-memancung” atau “paku-memaku” sesama ahli.
5. Bantu-Membantu. Memperluaaskan sistem pengurusan sumber manusia dalam mengagih ahli secara saksama dan sekata dalam front atau platform organisasi. Hidupkan budaya kebersamaan dalam organisasi.
6. Tanggungjawab. Memastikan ahli bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang diberikan secara “cheak list” dan menekankan aspek tanggungjawab dalam kerja.
7. Muhasabah. Setiap kerja yang dilakukan di akhiri dengan slot muhasabah untuk penambahbaikkan di masa hadapan. Ingat!! jangan beremosi dalam slot ini.
” Tidak cukup dengan hanya merenung anak tangga, kita mesti panjat naik tangga itu”
Semoga anda beroleh manfaat atas perkongsian ini dan selamat berjaya…
1 Komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
Salam. Saya pinjam tips ini pula ye. terima kasih.
.
Hariri Daud : boleh.silakan copy.no problem
Komen oleh Pjoyz — 2008 #