Bertukar ke Web Blog baru www.hariridaud.com

2008 at 10.10 pm07 | In Peristiwa | 3 Comments

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada teman-teman yang melayari Web Blog ini. Saya dengan rendah diri memaklumkan mulai 4 Julai 2009 Web Blog ini bertukar ke Web Blog baru iaitu www.hariridaud.com

Saya jemput teman-teman untuk berkunjung ke Web Blog baru ini. Terima kasih kepada Tuan Salehuddin (Salleh@pts.com.my) membangunkan Web Blog baru ini. Insyallah akan dicantikkan dari masa kesemasa.

Jom Klik www.hariridaud.com

Sehari bersama Eldaterra Seri Puteri, Cyberjaya

2008 at 10.10 am06 | In Peristiwa | 5 Comments

Sabtu lalu, saya berpeluang untuk menjadi fasilitator RK Training sempena program motivasi PMR Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Pengemudi RK Training Tuan Ahmad Fadzli Yusof, Tuan Amin, Tuan Abdul Razak sebagai penceramah popular manakala saya dan sahabat saya zukhairi bertindak sebagai fasilitator pujaan ramai ;-) .

Happening, semangat, sepakat, persahabatan, menghormati orang, tidak putus asa, sentiasa inginkan cabaran itulah Eldaterra.

DSC01338

suasana di dalam dewan

DSC01354

Tuan Razak menamatkan sesi Explorace

DSC01352

Biar kalah tapi Happy ;-)

Masuk sahaja kami ke dalam dewan utama Pusat Komuniti Cyberjaya tempat program berlangsung sudah mendapat tepukan gemuruh dari Eldaterra. Sesi Ice breaking dimulakan dengan suasana penuh bersemangat dan menyeronokkan. Eldaterra sangat best….

Setiap sesi berlangsung, ketua Eldaterra mengucapkan salam buat kami dan berdoa beramai-ramai pembuka sesi dan apabila selesai majlis juga mengaminkan doa serta membaca surah al-asr beramai-ramai. Eldaterra sungguh sepakat dan menghormati orang lain…..

DSC01357

Jejak Kasih ;-)

eldaterra-4-10

Tugu Negara Eldaterra ;-)

eldaterra-4-11

Ya Allah sakitnya tapi aku tahan jua ;-)

Sanggup sujud dan 3 rakan lain berdiri atas tulang belakangnya semata-mata utuk mempertahankan piramid manusia mereka teguh. Tingginya nilai persahabatan dan kasih sayang mereka. Eldaterra mengagumkan….

Tuan Abdul Razak mengakhiri ucapan dengan 2 ayat “Carilah helah untuk bersahabat dan jangan cari alasan untuk bermusuh”.

Tuan Fadzli Yusof diakhir majlis penutup memberi kata-kata azimat dengan sebuah kisah agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail penuh inspirasi.

“Setiap kejayaan itu memerlukkan pengorbanan sebagimana tingginya pengorbanan Nabi Ibrahim kepada Allah”.

Terima kasih Tuan Amin kerana sudi memberi peluang kepada saya. Terima kasih RK Training. RK Training memang best….

Khemah Ibadah di SK Seri Saujana

2008 at 10.10 am06 | In Peristiwa | 6 Comments

“En Hariri pun kami sudah anggap sebahagian daripada warga Sekolah ini”. Kata Ustaz Nazri (Guru) kepada saya semasa saya datang berceramah di SK Seri Saujana, Cheras.

DSCN0383Tahun ini adalah tahun keempat pihak sekolah memilih untuk menjemput saya menyampaikan ceramah dalam program keagamaan dan motivasi untuk pelajar disini. Seingat saya, bermula dari tahun 2006 ketika saya Tahun kedua pengajian di USIM hinggalah saya kini, pihak sekolah masih sudi menjemput.

Kenapa tidaknya, dalam setahun 2,3 kali saya dijemput. Ini sudah tahun keempat.Maknanya lebih kurang 8 hingga 12kali saya memberi ceramah di sini.

Apa yang menarik di sekolah ini ialah kerjasama erat guru-guru walaupun berbeza matapelajaran yang di ajar namun sangat menyokong apa jua aktiviti keagamaan dan motivasi pelajar. Semoga sekolah ini terus sukses.

Saya pernah berseloroh “Tahun ini jemput orang lain pula kot,saya nak rehat.” Puan Guru Besar jawab kepada saya “Kami pun nak cari orang lain, tapi apabila mesyuarat nama En Hariri juga yang keluar.”

Terima kasih guru-guru SK Seri Saujana kerana “setia” menjemput saya.

Hadiah Buat Pengantin Baru

2008 at 10.10 pm06 | In Idea Sukses, Peristiwa, Tazkirah Rohani | 2 Comments

Entri ini lewat sedikit masuk namun saya tetap ingin dedikasikan khas buat sahabat-sahabat saya. Cuti sekolah yang lalu saya mengisi hari minggu saya dengan berkunjung ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat saya. Terima kasih kerana mengundang dan maaf juga kepada sahabat-sahabat yang menjemput namun tidak berkesempatan untuk hadir. Walaubagaimanapun, saya ucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru.

Dedikasi Khas Selamat pengantin Baru buat :-

1. Ustaz Hafiz Badaruzzaman dan Ustazah Nabilah

2. Ustaz Hanif Zakaria dan Cikgu Nana

3. Ustaz Asrul dan Ustazah Salma

4. Wan Siti Khadijah dan pasangan

5. Nor Faizah dan pasangan

6. Ustazah Railah Akal dan pasangan serta sahabat-sahabat yang lain yang saya mengetahui berita gembira ini namun belum sampai kad jemputannya.;-)

Apa yang saya hadiahkan kepada mereka? Peti Ais ? Kereta Toyota Cambry? Gelas Kaca? bukan jua tetapi hadiah keperluan pasangan dan sebuah buku istimewa “Hadiah Buat pengatin”. buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.

phpThumb_generated_thumbnailjpg

Hadiah

Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan.

Semoga nashkah kecil ini mengabadikan hadiah saya dalam doa mereka. Amin Ya Rabb.

Ya Allah Tuhan Kami, kurniakan kami isteri-isteri dan keturunan kami yang baik dan mengembirakan hati melihatnya. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.Amin

Selamat Hari Bapa Mithali

2008 at 10.10 pm06 | In Peristiwa | 6 Comments

Jumaat yang lalu, saya solat jumaat di Masjid Wangsa Melawati. Khatib ketika itu membaca khutbah bertajuk Bapa Mithali sempena Hari Bapa. Terlintas untuk saya dedikasikan Selamat Hari Bapa buat Ayahanda tercinta Tuan Haji Mohamad Daud bin Othman. Semoga Allah memberi kesihatan, panjang umur dalam peliharaan iman dan kebahagian di atas rahmat Allah. amin

papa-001

Selamat Hari Bapa Mithali dari anakanda

Madah Hiasan Mukmin

2008 at 10.10 pm06 | In Tazkirah Rohani | 2 Comments

Dalam sujud

Tuhan, Engkau Maha Besar,

Jauhkan aku dari segala salah

Seperti Engkau jauhkan timur dan barat

Bersihkan aku dari kesalahan

Seperti pakaian putih bersih dari kotoran

Cucilah segala salahku dengan air,salju dan embun.

Engkau Maha Suci

Dengan memujiMu aku mohon ampun

Semoga Engkau mendengar orang yang memuji

Ampunilah

Kasihanilah

cukupilah

Tunjukilah

Curahkanlah rezeki untukku.

Tuhan, aku berlindung kepadaMu

Dari siksa jahanam dan kubur

Dari fitnah hidup dan mati

Dari fitnah pengembara yang dusta

Berbahagialah dengan rahmat dan berkat Allah Tuhan  yang Maha Pengasih.

Kata-kata ini saya ambil dari buku 40 Hiasan Mukmin : Jalan Mudah Menjadi Mukmin Sejati hasil karya Prof Dr H.Muhammad Chirzin. Ketika saya sedang membaca buku ini, saya temui kata-kata ini yang saya kira penuh falsafah keinsafan. Semoga kita mendapat manfaatnya. Insyallah saya bercadang untuk memasukkan kategori baru iaitu Duniaku Buku.Semoga istiqamah.

Terima Kasih Bapak Muhammad Alexander

2008 at 10.10 pm06 | In Peristiwa | 3 Comments

Alhamdulillah sudah selesai jelajah promosi bersama Bapak Muhammad Alexander ke Malaysia. Terima kasih kepada banyak pihak yang membantu terutamanya MPH Mid Valley, MPH Alamanda, Ustaz Razi mewakili Masjid Nilai dan En Din mewakili Surau An-Naim.

Sedikit foto yang sempat saya ambil. Insyallah saya akan upload gambar dan cerita menarik sepanjang jelajah ini berlangsung.

DSC01289

Team Islamika bersama Penulis

DSC01280

Bapak Muhammad Alexander sedang berdiskusi

DSC01288

Pelakon Drama Kisah Kaisara : Aben sedang bertanya soalan

DSC01295

Suasana di MPH Alamanda

DSC01296

di Surau An-Naim

Karya Bestseller 2009 Yakjuj Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung

2008 at 10.10 pm05 | In Peristiwa | 6 Comments
yakjuj-makjuj

Bestseller 2009

Buku terlaris di MPH ketika ini adalah buku Yakjuj Makjuj : Bencana disebalik Gunung karya Muhammad Alexander yang merupakan Pensyarah Sejarah dan Tamadun di Universitas Brawijaya, Indonesia. Karya ini adalah hasil kajian Tesis PhD beliau. Sempena Pesta Buku Read Malaysia 2009 bertempat di The Mines, Seri Kembangan Beliau akan hadir berdiskusi dengan peminat dan pembaca karya ini.

“Sebuah karya yang serius mengenai Yakjuj Makjuj. Menggabungkan 3 kitab iaitu Al-Quran, Taurat dan Injil”.

- Prof Dr Zulkifly Yusof (Uni. Malaya)

YM2xl

Berikut adalah jadual jelajah promosi penulis buku Yakjuj Makjuj : Bencana disebalik gunung

30 Mei 2009 (Sabtu)

3.00 – 4.00 pm

Diskusi Buku di MPH Mid Valley, K.Lumpur

31 Mei 2009 (Ahad)

11.00 – 1.00 pm

Forum Diskusi Buku di Pesta Buku Read Malaysia

Panel : Bapak Wisnu Sasongko (Penulis)

: Dr Muhd Rumaizuddin Ghazali (Pensyarah USIM)

Moderator : Ustaz Zamri Zainal Abidin (IKIM)

31 Mei 2009 (Ahad)

3.00 – 4.00 pm

Diskusi Buku di MPH Alamanda, Putrajaya

31 Mei 2009 (Ahad)

7.30 pm

Kuliah Maghrib di Masjid Putra Nilai, Nilai

1 Jun 2009 (Isnin)

7.30 pm

Kuliah Maghrib di Surau An-Naim, Wangsa Maju

Ceramah di SK St John, Bukit Nenas, KL

2008 at 10.10 pm05 | In Peristiwa | 4 Comments

HaririSabtu yang lalu saya ke SK St. John Bukit Nenas, Kuala Lumpur atas jemputan ceramah disana. Kali ini saya berkongsi dengan para pelajar tentang Motivasi Solat bersempena dengan program solat sekolah ini. Terima kasih buat Ustaz Khairuddin atas jemputan dan kepercayaan.

Alhamdulillah, walaupun sekolah ini dikelilingi gereja namun kesuburan aktiviti agama terus berkembang. Syabas. Moga-moga anak-anak ini terpelihara solat dan iman mereka. Namun apa yang saya ingin berkongsi dengan teman-teman ialah sewaktu saya sedang menikmati juadah selepas ceramah. Tiba-tiba ada seorang murid tahun 3 datang bertemu dengan saya.

Ustaz, saya nak tanya. Kenapa Allah tidak tolong Nabi apabila Nabi dilontar batu oleh orang Kafir? Sedangkan Allah berkata “siapa yang menolong Allah, Allah akan menolong mereka”

Tersedak saya seketika, tidak menjangkakan soalan seperti itu keluar dari murid tahun 3. saya ingatkan dia nak salam dengan saya atau minta autograf ;-) Saya mengajak adik itu tadi duduk sebelah saya. Saya berkata “Pertolongan Allah hadir selepas kita berusaha sedaya mungkin dan akhirnya tawakkal berserah kepada Allah.” Begitu juga kepada Nabi-Nabi, mukjizat Nabi hadir selepas mereka berusaha bersungguh-sungguh dan Allah datangkan pertolongan”. Seperti kisah Nabi Musa, Nabi Noh, dan Nabi kita Muhammad”.

Begitulah jua apabila adik belajar, tidak belajar dan hanya mengharap pertolongan Allah sahaja tidak boleh. Mesti berusaha bersungguh-sungguh lantas Allah datangkan pertolongan atas kesungguhan kita tadi

Sempat juga saya menceritakan kisah Nabi Musa membelah sungai Nil. Walaupun tidak lama kerana ayahnya sudah menunggu untuk pulang. Satu pengalaman yang menarik untuk hari itu. Tiada foto yang diambil sebab terlupa membawa kamera.(satu pengajaran juga)

Apa yang Dipilih : Kerja atau Gaji ?

2008 at 10.10 pm05 | In Idea Sukses, Motivasi Diri, Peristiwa, Petua Kejayaan | 5 Comments

cari_kerja_dikoran2

Photo by Google Image Seacrh

TAHNIAH kepada mereka yang sudah menamatkan pengajian masing-masing di IPT. Mungkin sekarang ini sibuk membuka laman web, membeli surat khabar dan menghantar seberapa banyak resume kepada syarikat-syarikat terpilih. Itu suasana biasa bagi “fresh graduate”. Ada beberapa orang telah menghubungi saya bertanyakan kerja kosong. Saya pun mencadangkan beberapa tempat dan kerja kosong yang saya ketahui.

Tempat ini ada jawatan kosong. Kerja begini…………. Gaji pula sebanyak ini ……….. Kalau berminat hantar resume dengan segera.

Aku tak retila nak kerja macam ini…..,

Aku tak minatlah……., Carilah yang Ok sikit

Apasal gaji sikit, aku ada digree…..

Ini antara jawapan yang saya terima. saya pun tidak berminat lagi untuk tawarkan kepada orang seperti ini. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan Ahmad Fadzli Yusof dalam artikel yang dipetik dari blog beliau www.kuasamotivasi.com apabila berbicara soal budaya mencari pekerjaan. Mungkin kita juga seperti ini.

Memilih Pekerjaan vs Memilih Gaji

Jauh bezanya di antara memilih pekerjaan dengan memilih gaji. Jika seseorang itu ada matlamat jangka panjang, dia sepatutnya memilih pekerjaan yang ada kaitan dengan impiannya itu; tidak kira berapa jumlah bayaran yang dia terima. Masalah ramai penganggur ialah; mereka tiada impian yang besar, tiada impian jangka panjang. Akhirnya, otak mereka tertumpu kepada pekerjaan yang senang, dengan bayaran yang tinggi. Mereka melompat-lompat dari satu industri, ke industri yang lain. Mula-mula operasi perkilangan, lepas itu pengurusan hartanah, lepas itu pemasaran pertanian, dan kemudiannya khidmat pelanggan di bank. Selepas itu dia asyik lompat dan lompat, tanpa membina kredibiliti dalam bidang tertentu.Fokus mereka adalah ‘berapa RM yang masuk dalam akaun setiap hujung bulan’.

Saya pernah mendapat resume daripada seorang pemohon yang mempunyai ‘pengalaman bekerja’ dengan 7 buah organisasi dalam masa dua tahun! Dia menyatakan dengan bangga tentang ‘pengalamannya’ itu, dengan meminta gaji tinggi yang tidak setimpal pun dengan kredibilitinya. Dahlah daripada background jawatan-industri yang berbeza, kerja pula tak sampai dua bulan,kemudian berhenti. Itu bukan pengalaman namanya, itu ‘pendurhakaan kerjaya’. Setelah penat organisasi meluangkan masa dan kos untuk latihan kecekapan, alih-alih dia keluar pula!

Sebaliknya, orang yang mempunyai impian yang besar sepatutnya memohon kerja yang ada kena-mengena dengan impian tersebut. Jikalau dia bercita-cita untuk memiliki rangkaian restoran francais 20 tahun akan datang, maka dia perlu sanggup bekerja sebagai juruwang, pelayan, penyambut tetamu, pencuci pinggan, tukang masak dan bermacam lagi kerja yang berkait dengan industri tersebut; tanpa memberikan pertimbangan yang terlalu besar terhadap berapa gaji yang diperolehi.  Pilih pekerjaan, bukan pilih gaji!

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.